HANANI tersedar. Terdengar esak kecil, perlahan... dan kecil sangat yang menghampiri tiada. Dunia sangat asing baginya sekarang, dan senyap juga. Mata dipejam lagi sebelum dibuka kembali. Keadaan lebih jelas, dan siling putih direnung di atas sana.
"Astaghfirullahalazim... Allahuakbar... Astaghfirullahalazim... Astaghfirullahalazim... Allahuakbar..." Berkali-kali. Berulang kali tanpa henti. Langsung tidak berhenti walau senafas. Anak matanya dikerlingkan ke ekor mata, dan seorang lelaki tak berbaju sedang duduk membongkok di sebelahnya. Wajahnya tidak nampak kerana kepala yang ditundukkan, sementara tangan yang saling bergenggaman itu kelihatan erat sekali hingga timbul urat lengannya.
"Siapa..." Hanani menyoal.
Lafaz zikrullah itu terhenti. Lelaki itu spontan mendongak, memaparkan wajah Lukman. Mata Hanani terbuntang luas, spontan terbangun dan berunur-undur hinggar terlanggar kepala katil. Selimut lekas ditarik menutup tubuh.
"Sorry! Sorry!! Aku minta maaf!! Tolong jangan bogelkan aku! Tolong jangan..." Wajahnya menghangat, mahu menangis.
Lelaki itu masih senyap, kekal membeku dalam keadaan duduk membongkok. Kulit mukanya juga bertambah merah dengan mata yang kelihatan berkaca. Ah, Hanani baru perasan mata itu nampak bengkak.
"Sorry." Lukman memaksa senyum. "I went a little too far with you... awak ada baju kat badan awak tu," tuturnya, lalu bangkit.
"Huh?" Selimut ditolak, melihat baju Lukman di tubuhnya. "Kenapa saya pakai baju awak?" Lekas dia menyoal melihat lelaki itu melangkah hingga menghilang di sebalik pintu.
"Baju awak koyak."
Mengingati kejadian tadi, darahnya berderau lagi. Betul-betul putus nafas melihat lelaki itu menggila. Umar pula boleh biarkan je. Tapi kenapa mereka sanggup melayannya sekasar itu??
Umar marah sedangkan pertama kali berjumpa lepas bertahun-tahun. Lukman naik hantu sampai mengoyakkan pakaiannya. Hanya satu jawapan, iaitu dia tak boleh dibawa berbincang baik-baik melainkan dengan kekasaran.
Hanani menjadi haru. Baju Lukman ditarik ke hidung, menghidu bau bekas suaminya. Lelaki itu menyuruhnya meminta maaf pada Azizah... tapi Lukman sendiri macammana??
Mana pulak mamat tu pergi? Kaki dilipat bersila dan sekeliling dipandang. Bilik itu kosong. Hidung menghidu-hidu bau ubat yang agak kuat, maka dia mengagak bahawa dia di klinik sekarang?
Perhatian teralih lagi Lukman membawa masuk seorang doktor.
"Awak dah bangun? Baguslah. Saya takut sangat kalau awak pengsan lama sangat... dan, erm... awak ialah suami dia, kan?" Lukman dipandang kemudian.
"Bekas." Serentak keduanya menyahut. Terkebil seketika doktor itu dibuatnya.
"Okay.... Bekas isteri encik tiada luka atau apa-apa. Cuma calar balar sedikit. Overall, she is fine."
"Tapi kenapa tiba-tiba pengsan?" Lukman menyoal.
"Severe dehydration dan demam. Saya maklum sekarang bulan puasa, tapi puan kena jaga nutrisi badan puan," ujarnya sambil memandang Lukman dan Hanani silih berganti. Kedua-dua mereka senyap tanpa kata, lalu doctor itu meneruskan kata. "Selain itu, jantung dia alami kejutan melampau sampai berhenti berdenyut sekejap. Saya tak pasti apa yang berlaku tadi, tapi saya harap puan akan lebih aware dengan environment puan lepas ni..."
"Oh... okay... saya akan berjaga-jaga. Sorry," Lukman menggaru dada yang masih terdedah. Hanani mengerut dahi pada si lelaki kerana menjawab bagi pihaknya.
Doktor itu menghela nafas pendek. "Lepas ni nurse akan bagi awak lauk untuk makan. Maaf tapi puan kena batal puasa hari ni sebab keadaan kesihatan puan tak membenarkan. Kita taknak complication berlaku kat bayi puan sebab mak dia taknak makan..."
YOU ARE READING
Hanani
RomanceHanani perempuan normal. Sekurang-kurangnya, itulah yang Lukman fahami tentang wanita itu. Apa yang menjadikan Hanani sedikit istimewa di matanya ialah wanita itu memiliki pemikiran yang tersendiri. Penuh dengan kejutan, dan hubungan mereka rupa-rup...