Bab 4

13.7K 508 9
                                    

TE angah yang sedang ketawa terbahak-bahak sambil berguling di atas permaidani kupandang dengan rasa sebal. Aku hempuk jugak abang aku ni!

"Gelaklah puas-puas. Gelak sampai rahang bawah tu cramp." Sindirku geram. Angah sudah terbatuk-batuk akibat terlalu banyak gelak.

"Sorry, sorry! Angah penat hold gelak ni dari tadi. Tapi sekarang memang tak boleh nak hold lagi. Iman, Iman. Lawaklah adik angah ni." Balas angah dan kembali ketawa kuat.

"You were not in my shoes on that time." Balasku dengan nada suara yang sudah bertukar sedih. Aku sedih tahu! Ingatkan abang aku ni nak membantu, rupanya membantu menggelakkan aku adalah. Bertuah sungguh!

"Alolo, sorry dik! So, Iman memang terus cabut lari dari anak Auntie Julia tu?" Soal angah apabila tawanya reda.

"Iman terkejut gila tau time tu. Tiba-tiba reflex action terus angkat kaki dari situ. Dah la mat salih tu macam nak cari gaduh je." Jawabku. Masih terpahat kuat di dalam ingatan betapa tajamnya mata Ian Hadif !

"Kiranya memang Iman cabut lari dan tinggalkan Ian sorang-sorang dekat situ ?"

"Tak adalah sorang-sorang. Pekerja-pekerja butik yang lain still ada dalam kedai."

Angah ketawa lagi. Bantal kecil di atas sofa aku capai dan kubaling ke arah angah.

"Iman lupa ke yang Auntie Julia kahwin dengan mat salih? Uncle Mikhail tu kan British?" Soal angah.

"Manalah Iman ingat. Auntie Julia tu pun Iman ingat-ingat lupa tau tak. Inikan pulak nak ingat siapa husband Auntie Julia and macam mana rupa anak-anak Auntie Julia tu." Jawabku.

"So, you were shocked by two facts. One, he is the so-called your husband-to-be. Two, he is a 'mat salih'? " Soal angah, sambil mengangkat dua jarinya di hadapan aku.

Aku sudah menepuk dahi! Dah datang dah lawyer-syndrome dia tu.

"I am not your client and we are not in court. Jangan nak loyar buruk sangat."

Angah ketawa lagi dan bahuku dipaut erat.

"Mama tahu tak pasal ni ?" Soal angah sambil menangkat kedua-dua belah kening.

"Nope. Jangan gatal mulut nak pergi report kat mama."

Angah hanya tersengih, menayangkan barisan giginya yang tersusun rapi. Adui, abang aku ni kan!

"Iman, cepatlah! Ian dengan umi dia dah sampai depan rumah ni." Jerit mama dari tingkat bawah.

Aku merapikan tudung, mencapai handbag di atas katil dan terus berlari menuruni tangga. Mama sedang menantiku di muka pintu.

"Mama, kalau mama aje yang pergi boleh ? Iman ingat, Iman nak tinggal dekat rumah je lah. Kesian rumah kita ni, tak ada orang nak jaga." Ujarku, masih tidak mahu keluar dari rumah. Aduh, apa lagi alasan yang logik yang boleh aku bagi dekat mama ?

Bila petang semalam mama memberitahu yang Ian mahu berbincang tentang hal kahwin, aku terus spontan melompat dari sofa. Dah macam peserta sukan olimpik untuk acara lompat jauh ! Membayangkan yang aku perlu menghadap mat salih yang mempunyai sepasang mata yang sangat tajam itu, perutku terus terasa kecut.

"Dah,dah ! Jangan nak bagi alasan kindergarten. Ni siapa yang nak kahwin ni? Iman ke mama ?" Balas mama sambil bercekak pinggang.

Encik Suami Mat Salih Celup (Adaptasi ke Slot Dahlia TV3 mulai 25/06/2017)Where stories live. Discover now