College Ibarat Penjara Pudu

603 16 2
                                    

Selepas menamatkan pengajian menengah aku. Aku lanjutkan pelajaran ke Menara KLCC. Eh silap, Menara gading. Celah mana digadingkan punn aku tak tahu. Pada awalnya, UPU aku ditolak. Aku ni bukan orang jenis boleh kena tolak. Pantang ditolak, aku dah nak give up. Aku start memohon nak masuk satu private college ni. And aku dapat. Sebuah University di ibu kota. Aku masuk punn bukan sebab suka-suka. Bukan sebab desakan keluarga ala-ala mendesak kahwin rancang. Tapi atas desakan makwe aku. Iyeee para sahabat yang dirahmati sekalian. Aku bercinta dari sekolah sampai la aku masuk kolej. Masuk kolej punn nak sama-sama acacah relationship goals gittew. Di kolej lah aku mula bersua muka bersama orang yang selama ini aku hanya LDR. Okay, skip bab cinta aku tu.

Masuk je aku ke alam kolej. Baru aku tahu ini adalah penjara kedua selain penjara pudu atau kajang tu. Peraturan kewtart nokrom! Okay skip lagi, aku ada la sorng rumet ni. Nama dia Wan. Mula kenai, dia ni aku boleh ibaratkan macam malaikat sebelah kanan hampa semua. Baik gila. Pijak semut, semut siap carwash bawah tapak kaki dia sebab tak mati. Muka bajet alim. Alim tahik kucing dia la. Cerita pasai Wan ni agak menarik. Wan ni kuat menipu. Dia la Dewa segala penipu. Kalau masuk Maharaja Penipu. Confirm korang semua undi dia.

First day of college, standard la bagi pelajar baru masuk. Hari pertama, ada orientasi. Si Wan ni, malam sebelum tu dia habaq nak kejut member-member hat lain semua untuk solat subuh berjemaah. Tapi pada pagi yang hening disiul sendiri oleh aku itu, aku lah antara yang terawal mangkit berbanding rakan-rakan ku yang lain. Aku terus pandang katil Wan. Dia sedap membongkang lagi. Aku kejut depa semua. Pastu aku tanya Wan, dia solat subuh dak. Dengan muka yang tak seberapa nak pandai tu, dia kata dah. Pukui 6 tadi dia solat. Kepada pembaca-pembaca yang dikasihi sekalian, jam yang ditunjukkan pada telefon pintar dari tuan aku baru pukui 6.03 minit. Laju mana menatang tu solat. Takkan la solat apak laju serupa ada malaikat duk ligan belakang?

Penipuan kedua, si polan yang bernama Wan ni sibuk mengatakan dia ada Nissan Skyline GT-R35. Bukan  itu sahaja, dia juga turut mengatakan dia merupakan 10 years experienced drag race driver di Australia. Kalau ikut akal logik disini, 10 tahun sebelum masihi si bingai tu baru darjah 4. HANG DRAG RACE DEKAT MANA CIBAI MASA DARJAH 4?! DRAG RACE ATAS LITAR PINTAS KA PADIA LOKLAQ KHINZIR!!

Usai cerita drag race. Penipuan Wan berterusan. Kali ini, aku dengan rakan-rakan seperjuangan ku yang lain memancing Wan. Aku mula lontarkan soalan, " Wan, kete nissan kau tu 2 stroke ke 4 stroke? ". Wan ibarat terpinga pinga dengan soalan yang dilontarkan. Aku mula operasi menyorong bantal, memberi dia skema jawapan yang boleh dipilih. " standard kalau kete laju ni 2 stroke ". Tahap bingai Wan sekali lagi melonjak tinggi. Dia meng-iya kan jawapan aku itu. Rakan ku mula lontarkan soalan ke dua. " Wan, kete kau tuti busuk ke wangi ". Dengan selamba anjing dia, dia menjawab tuti wangi. Mapundek, nak hat wangi saja. Tuti busuk lagi padu baq ang! Soalan ketiga ini amat mencabar minda. Rakan ku seorang lagi tanya " Wan, kete kau tu kan. Absorber dia macam mana? Selalunya nissan ni mono shock setahu aku. " dengan otak yang tak seberapa nak bijak itu dia punn menjawab " haaaa yes yes mono shock ".

Hidup aku dengan si polan tu tak lama. Sekadar sampai sem ke tiga je. Lepastu dia kena differ. Dasaq loklaq memang patut kena differ. Dah kalau setiap hari aku kene hadap tipu dia tu lagu mana. Bukan aku tak cuba suruh dia stop menipu, tapi dia hat takmau. Sibuk duk kata insaf insaf tapi hat aku nampak outsaf ja. Tu belum sampai tahap aku suruh rapatkansaf! Haaaa marahhh marahhhh!!

Disini bukan pengakhirnya, ada sambungan yang lain der......

Hidup AkuWhere stories live. Discover now