Bab 5 : Restu yang tak terjangka

318 17 0
                                    

Yuri Darius tunduk hormat kepada Tuanku Sultan Ruixi Daruddin yang sedang sibuk membaca laporan bulanan Kota Perdanawata. Tuanku Sultan tersenyum sebelum meletakkan gulungan laporan yang dibacanya itu ke meja.

"Bangun Anakanda. Mari duduk sini bersama Beta."

Tuanku Sultan bangkit dan mencapai bahu Yuri Darius supaya berdiri. tidak mahu terlalu formal dengan anak muda yang banyak berjasa kepada Kota Perdanawata dan juga keluarganya itu.

"tidak mengapa Tuanku. Saya begini saja.."

"sudah! Mari sini. Temankan beta minum. Lagi pula ada perkara yang beta mahu bincangkan dengan kamu Wi.."

Yuri Darius mengangguk tanda bersetuju. Mereka berdua mengambil tempat di meja ais yang cantik berukir dan kelihatan sungguh elegan sekali bila terpantul kilauannya.

Yuri Darius mengambil teko the diperbuat dari barangan tembikar purba yang berfungsi sebagai penebat haba menjadikan teh masih lagi panas berasap. Air teh dituang buat Tuanku dan juga dirinya.

Suasana sepi diantara mereka buat seketika bila masing masing masih menyisip teh yang hangat itu.

"Tuanku mahu bincang apa dengan saya?"

Tuanku Sultan Ruixi Daruddin terdiam sesaat sebelum berkata. "beta ada tugasan untuk kamu.."

Dahi Yuri Darius berkerut sedikit. "Tugasan apa?"

"setiap petang, bawa anakanda beta ke lapangan. Latih dia sampai selayaknya dia berdiri sebagai Puteri yang berketurunan Ruixi.."

"maksud Tuanku Puteri Andriana?"

Tuanku Sultan Ruixi mengangguk seklai sebelum menyisip teh nya sedikit. Hangat. Wajah Yuri yang seperti keberatan itu dipandangnya.

"kamu menolak?"

"saya tidak bermaksud mahu murka. Cuma saya ada persoalan..."

"khabarkan padaku..."

"bukankah...di Kota Gojara itu, Puteri dilatih dari setiap segi. Bukan sekadar akademik.."

Tuanku Sultan Ruixi itu ketawa besar. Sehingga bergema ruang kerjanya yang luas itu. Mungkin kerana dindingnya terdiri dari Ais. Melantun kuat pantulan dan gemaan suara.

"Beta ini seorang ayah Wi. Bukan sekadar ayah yang biasa. Aku ini pemerintah Perdanawata. Sekilas aku pandang Puteriku itu sudah kutahu bagaimana dirinya. Kebolehannya. Apa yang mampu dicapainya. Dan kamu..."

Yuri Darius memandang. "saya?" dia menuding jari telunjuk ke arah dirinya sendiri.

"kenapa dengan saya Tuanku? Saya ada buat salah?"

Tuanku Sultan berdiri setelah menghabiskan teh di dalam gelas Ais yang telah menjadi kaca itu. Yuri Darius turut bangkit dan mengikut langkahnya dari belakang sebelum dia berpaling. Lelaki itu terpana

"sekilas ku pandang Puteriku, sudahku tahu siapa kamu dihati nya. Ingat! Jaga Anakanda beta dengan jiwa dan nyawa."

"hummm.. ba..baik Tuanku."

Yuri Darius berkerut dahi memikirkan kata kata Tuanku Sultan Ruixi tadi.

"kamu boleh keluar sekarang. Dan jangan lupa uruskan segala keperluan anakanda beta.."

"baik Tuanku. Saya keluar dulu..."

Tuanku Sultan Ruixi mengangguk sebelum meneruskan kerja kerjanya yang yang ditinggalkan sebentar tadi. Tidak sampai sesaat, Tuanku Sultan Ruixi termenung kembali memikirkan anak daranya itu. 'Jaga anak perempuan seorang sudah begini susah...' bisiknya dalam hati.

p/s : sambungan bab yang seterusnya bakal diupdate later on ea.

sila bace, sila komen, sila sudi vote, dan sila bergumbiraaa! huhuh..


awak, bodyguard saya selamanya tahu!!Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora