Part 1

5.4K 354 4
                                    

Matahari sudahpun terpamer di langit yang terbentang luas berwarna biru. Pagi telahpun menjelang. Puan Jeon perlahan-lahan naik anak tangga untuk ke bilik anaknya, Jungkook. Puan Jeon mengetuk bilik anaknya berkali-kali dan membuka daun pintu tersebut.

Kelihatan Jungkook sedang lena tidur dalam liputan selimut yang tebal kerana biliknya dipasang penghawa dingin yang hampir 17 darjah celcius dikatakan. Puan Jeon memeluk tubuhnya sendiri kerana sejuk apabila masuk ke dalam bilik Jungkook.

"Kook,yah! Bangunlah,dah pagi ni!" tegas Puan Jeon sambil menarik selimut Jungkook.

"Eomma...awal lagilah..bagilah Kook tidur 5 minit lagi,kacaulah!!" kata Jungkook dengan nada sedikit tinggi.

"Amboii, 5 minit kau kata?? Yahh, bangunlah cepat!! Nanti lewat nak ke sekolah! Aigoo this kid!" kata Puan Jeon lalu mencampakkan bantal tepat ke muka Jungkook.

"Yahh, eomma! Kalau ye pun.. janganlah campak kat muka Kook yang hensem ni!" tegas Jungkook lalu bangun dari katil dengan perasaan yang geram. Puan Jeon ketawa pendek lalu menutup penghawa dingin itu kerana terlalu sejuk bagaikan ais.

Jungkook dengak keadaan masih mamai terus masuk ke dalam bilik air dan terus menjerit kerans terlalu stress hendak ke sekolah.

- Di meja makan -

"Selamat pagi...." kata Jungkook dengan malas lalu duduk di atas kerusi bersebalahan dengn Puan Jeon.

"Ay, nampak macam takde mood aje? Waeyo?" tanya Encik Jeon sambil menghirup kopi yang segar ke dalam mulutnya.

Jungkook tidak menjawab. Dia hanya mengambil sekeping roti yang telah disalut dengan jem strawberi dan minum segelas air masak sahaja. Selepas itu, dia segera masuk ke dalam kereta pemandunya tanpa mencium atau mengucap 'pergi dulu' kepada kedua-dua ibubapanya. Puan Jeon menggeleng kepala melihat kelakuan anaknya yang kurang sopan itu.

- Seoul International High School -

"Nanti balik, jangan lambat ambil aku tau??" tegas Jungkook kepada pemandunya itu. Dia hanya mengangguk lalu menggerakkan keretanya pulang.

"Aigoo, sekolah yang membosankan!" jerit Jungkook lalu melangkah masuk ke dalam kawasan sekolau itu dengan perasaan yang tidak puas hati.

be with you ◇ JKWhere stories live. Discover now