Andai

646 24 8
                                    

Pernah bila kita terjaga dari sesuatu yang memenatkan, kita akan mencari sesuatu? Kadang-kadang kita sendiri tak pasti apa yang di cari.

Mata masih jelas nampak, tapi diri sendiri tak tahu di mana harus menapak? Selalu cuba untuk melangkah dengan lebih jauh tapi akhirnya rebah di simpang jalan. Mengelamun dan menyumpah diri sendiri atas masa yang terbuang.

Rasa lapar, tapi bukan pada makanan. Terbit haus tapi bukan pada minuman. Tekak perit, seolah danau yang hampir kering. Masih cuba untuk memahami, masih cuba untuk selami kenapa terbit rasa lapar dan haus tetapi bukan pada dilepaskan kepada bahan, lebih kepada perasaan.

Kita tersenyum, kita ketawa. Punca yang mungkin kerdil cuma. Tapi kenapa kita ketawa kalau bukan sebenar ikhlas kita lahirkan perasaan enak tu? Kenapa perlu mengikut, kenapa perlu turut? Jangan disebabkan sayang kita jadi enak untuk tipu diri sendiri.

"Ya, aku bahagia! Lihatlah! Aku senyum! Aku bergembira dan bergelak tawa! Lihatlah!"

Ah, mungkin aku selesa mengikut. Mungkin juga sudah terbiasa mencari dan menjadi sesuatu yang bukan datangnya dari restu diri sendiri. Lagipun bila kita bersedih, bila kita berduka dalam kesepian yang datang mengunci dalam cengkaman.. Di mana kunci kebahagiaan? Dalam diri sendiri atau terletak beban itu di bahu insan lain?

Insan lain, yang entah wujud atau tidak? Kadang kita sendiri kreatif. Bijak mewujudkan satu rasa bahagia yang lahir dari imaginasi 'Aku Mahu Bahagia Juga'. Terus tanpa rasa bersalah tanamkan dalam diri sendiri.

"Eh, aku bahagia lah. Aku selesa begini. Usah risau, i'm okay.. I'm good to be exact! Never better!"

Baguslah. Teruskan menipu diri sendiri demi mengejar Oscar nominee yang mana jurinya sudah termaktub milik hipokrasi. Apa guna piala yang dimenangi andai berasaskan kroni yang datang dari diri sendiri? Terlalu payah nak pijak pada bumi realiti, terus bina satu kebahagiaan infiniti tapi bukan alami.. Hanya fantasi.. Kesian kan?

Cubit rasa sakit, pijak rasa perit. Senyum rasa pedih, tangis rasa lapang. Lapang? Gila ke? Menangis rasa lapang? Tak percaya? Oh ya.. Kebenaran kadang memang menyakitkan. Payah nak mengaku sesuatu yang khilaf itu milik sendiri. Lebih rela untuk ditunggang oleh sikap menyendiri yang tidak mahu ditemani oleh sesiapa pun. Kononnya lebih senang begitu. Bila lihat yang lain bahagia, yang lain bergelak tawa, peritnya senyuman di wajah. Bila menekup wajah, perlahan menyerah kepada perasaan dan menangis, lega kan? Betul?

Biarlah, andai suatu hari kekuatan itu bakal kita pegang dan resap. Semoga yang sunyi menjadi indah, semoga yang tuli menjadi manis dengan alunan nyanyian kebahagiaan. Andai suatu hari nanti..

AndaiWhere stories live. Discover now