"Eunji, bangun sayang."
"Eunji sayang. Bangun.."
Aku membuka sedikit mataku. Satu wajah muncul dihadapan sambil tersenyum kepadaku. Aku memejamkan kembali mata dan mengukirkan senyuman bahagia.
"Jung Eunji!!" Terasa ada air menitis di mukaku.
"Yah!! Jung Eunji!! Bangun!!" Bahuku digoyang kasar. Aku mengerutkan dahiku. Sakitlah bangang!!
"Woi!! Jung Eunji!! Bangun!!!"
Bahuku digoyang dengan lebih kuat. Rasanya, boleh patah tulang badan aku kalau kena macam gini selalu.
Terasa ada benda yang menggigit kuat telingaku. Terus mataku mulat. Aku bangun dan duduk bersila sambil tangan mengusap telinga yang terasa pedih.
"Hidup pun lagi kau. Aku fikir kau dah ditarik nyawa masa tidur tadi."
Aku menjeling Chanyeol yang sedang tersenyum sinis kepadaku.
"Kau tak boleh ke kejut elok-elok?? Main gigit telinga orang pula! Sakit tahu!!" Aku mendengus. Perlu ke jadikan telinga aku ni macam telinga dia yang besar macam gajah tu?!!
Dahiku ditunjal. "Hoi! Kau nak suruh aku kejut kau elok-elok? Hampir setengah jam aku kejut kau tahu?! Rasanya kalau bom meletup sebelah rumah ni pun kau tak sedar kan? Huh! Tidur mati! Apa punya bini." Bebel Chanyeol ditelingaku.
Kau tau betapa berasap dan berdesingnya telinga aku bila dia membebel ntah apa-apa. Sudahlah sebelah aku pula tu. Kalah mama! Eh, mama pun tak pernah membebel dekat aku sampai macam ni!
"Patutnya tanggungjawab isteri yang kejut suami bangun selalunya! Ini tak, aku pula yang kena kejut kau bangun."
Aduh.. tak habis-habis lagi ke mamat capang ni nak membebel?
"Ahhhhh!!!!" Aku menjerit sekuat hati.
Chanyeol terkejut melihat aku dan dia menekup mulutku dengan tangannya.
"Woi! Yang kau menjerit tiba-tiba ni kenapa?" Soal Chanyeol, separuh bisik dan geram. Aku menjelingnya tanda, suka hati akulah nak jerit ke apa! Semak!
"Aku tanya jawablah!" Kata Chanyeol lagi. Aku buat bodoh je dengan soalan dia sambil tangan aku cuba menolak tangannya yang menekup mulutku.
"Bengong! Kau tak faham ke apa aku cakap?? Aku suruh jawab kan?? Jawablah!" Bisingnya lagi.
Aku menggulingkan bola mata dan menggigit tangannya kuat. Dia terlepas menekup tanganku dan mengibahkan tangannya.
"Aduh! Yang kau tetiba gigit tangan aku ni apahal?!" Katanya lalu berdiri.
Aku turut berdiri. Tangan mengambil tuala coklat yang dijadikan bantal dan disangkutkan ke bahu.
"Tak sangka kan? Nama je budak pandai tapi sebenarnya tin kosong!" Kataku lalu menapak ke bilik mandi.
"Woi! Kau tak jawab soalan aku pun tadi kan?? And apa? Hello! Aku pelajar terbaik sekolah tahu!" Kata Chanyeol.
Aku terus menutup pintu bilik mandi. Akhirnya! Senyap sekejap! Tak payah dengar si capang tu membebel!
Kejap. Aku baru teringat.
Aku mimpi si capang tu ke?? Dan dia panggil aku.. sayang?? SAYANG?!!!
----------
"Ha, bangun pun kamu berdua." Tegur omma sewaktu aku dan Park capang ni tiba di meja makan. Kami duduk sebelah menyebelah.
"Selamat pagi omma, appa." Kataku smabil menunduk sedikit muka kepada mereka. Omma membalas teguranku dan appa pula membalas dengan senyuman.
Appa melipat surat khabat yang dibaca dan diletakkan di sebelah.
Aku terus menyuap nasi goreng ke dalaa mulut. Lapar gila perut ni. Yalah, dari malam tadi tak makan. Gila tak lapar. Perut daripada tadi menyanyi lagu dangdut! Tak vogue langsung! Cubalah lagu Mr.Chu ke, Nonono ke, Remember ke, bestlah juga!
"Tadi pagi, appa ada dengar suara oraag menjerit. Kamu berdua ada dengar tak?" Tiba-tiba omma menyoal.
Aku terbatuk-batuk kerana tersedak. Tangan kanan menumbuk dada. Nak capai air, tak ada air yang dihidangkan.
"Nah." Tiba-tiba Chanyeol menghulurkan air teh panas. Again. Teh PANAS!
Aku menjelingnya kemudian eenghirup air tersebut. Sampai habis aku minum! Geram punya pasal. Kalau lidah aku yang cantik ni melecur aku saman dia!!
"Eunji, tak panas ke air teh tu kamu minum panas-panas?" Soal appa. Aku tersenyum kecil sambil menggelengkan kepala.
"Tak panas sangat." Jawabku.
Ye ye tak panas sangat. Tuhan sajalah tahu betapa panasnya dalam mulut aku ni. Tapi panas lagi hati aku!!!
----------
Kereta tak berbumbung milik Chanyeol berhenti di tepi jalan. Aku memandang Chanyeol. Dia juga memandang aku.
"Turun." Katanya.
"Huh?" Aku mengerutkan kening. Tak faham.
"Aku kata turun."
"Turun?" Lagi naik kening aku.
"Yelah. Turun. Tak faham ke? Kau nak aku guna bahasa Jerman?" Sinis katanya.
"Tapi, kenapa? Asal aku kena turun sini pula? Sekolahkan jauh lagi."
"Ah, peduli apa aku. Aku nak kau turun sini. Aku tak nak kena kontroversi dengan kau. Buat jatuh je air muka aku." Katanya selamba.
"Tapi, tak boleh ke kalau depan sikit? Ni jauh sangatlah."
"Pilih. Turun sendiri atau kau nak aku yang turunkan kau?" Soal Chanyeol.
Aku mendengus. Kalau Chanyeol turunkan aku karang, aku takut pula kalau dia terus campak aku jauh masuk dalam hutan sana.
Dengan terpaksa aku relakan.. eceh, drama! Ayat cliche lah katakan. Okey, okey sambung. Aku pun turunlah dari kereta tak berbumbung tu sambil memeluk tubuh. Sempat aku menyepak kereta tersebut. Ala, setakat sepak sikit je pun kan. Tak akannya calar. Lagipun, aku tak berani nak biat sampai calar kereta orang. Lagi-lagi kereta milik si capang ni walaupun aku tak takut dekat dia. Aku cuma takut kalau dia minta ganti rugi je!
"Woi! Tak payahlah tendang kereta aku! Calar, siap kau!" Marah si capang. Tapi aku tak takut! Aku menjelingnya lalu terus berjalan dengan perasaan geram.
Tiba-tiba ada kereta meluncur disebelahku, dan aku terkena renjisan air lopak! Oh my fish!! Kereta Chanyeol terus laju membelah jalan. Aku menghidu bau bajuku. Nasib baiklah bukan betul-betul air lopak! Nasib air biasa je. Tapi still, baju aku dan muka aku basah!!
Hai, maaf lama tak update. Saya bz dgn acc dua dan saya bz membaca cerita dlm wattpad serta tak ada mood dan idea melayang. Tapi, disebabkan idea sudah mari jd saya update je. Saya akn delete My Love Park Chorong tu sbb saya nk focus pd CMH dan cerita untuk acc kedua saya.Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca semua. Ada yang sampai mesej saya lagi tanya bila nak update. Saya sungguh terharu ~T_T~ Dan tganks sangat-sangat kepada pembaca yang masukkan cerita saya ke dlm reading list mereka. Saya.. saya.. saya xtau nk ucapkan terima kasih tu mcm mana. Just, very very thank you T_T
Jumpa lagi dalam ep seterusnya ^_^ jangan lupa vote dan kalau boleh komen sekali please. Saya nk tau juga mcm mana dgn cerita saya. Ok ke x semua. Okay, bye all :)