Krreeuukkk... kreeukk...
Perut aku berbunyi seperti nama famili awek Smallville tanda lapar. Aku baru balik dari membeli barangan dapur dari supermarket terdekat. Dengan bajet 20 euro seminggu, cukup untuk beli supply mingguan. Supply bujang sahaja, tiada bahan mentah super sedap seperti daging batang pinang atau salmon slice.
Aku yang sedang mengadap monitor pc menjengah ke arah dapur bujang yang terletak di hujung sudut studio. Terdapat periuk nasi kecil dan frying pan yang separa ditutup. Biarkan dulu, nanti kejap lagi aku sental cecukup. Bagi alas perut dulu.
Lalu aku meraba-raba kotak di bawah meja pc. Sebungkus biskut jenama Petit Prince perisa coklat dikeluarkan. Kotak itu aku panggil kotak ajaib. Diseluk pasti akan keluar makanan ringan dan kudapan-kudapan walaupun saban minggu aku mengisinya semula dengan benda-benda yang aku dah habiskan sebelum itu
Aku sebenarnya fokus melayari lautan informasi yang tiada hujung batas. Lagi-lagi dengan speed internet yang begitu laju sehingga terangkat kening. Maka lamalah tempoh punggung aku dihenyak ke kerusi. Adakalanya sehingga kebas.
Bunyi plastik bungkusan dibuka kedengaran, lalu biskut coklat di dalam menyapa 'hi' padaku. Tak sampai 3 saat lepas itu, hanya kedengaran kruupp, krrup, krupp memenuhi ruang bilik yang besarnya pernahku ceritakan di dalam Jangan Pandang Belakang.
Jari kiri aku kembali kebutang scroll mouse, mataku kembali membaca artikel 'History and background culture of Halloween'
Ya, aku sedang menempuh hujung bulan-bulan di dalam musim luruh. Aku tertarik mencari hal mengenai Halloween tatkala gambar-gambar rakanku dalam Friendster (ketika itu sangat femes dikalangan rakyat malaysia) menayangkan mereka berpakaian ala hantu.
"Hmm..Influenced by folk customs and beliefs from celtic-speaking countries and even believed to have pagan roots... Secularized in time..." monologku sendirian dengan mulut separuh penuh dengan biskut.
"Typically linked to Samhain... Mark of end of harvest season... Beginning of 'darker half' of the year"
Tik! Tik! Tik! Tik!
Pembacaanku diganggu bunyi ketukan halus di kaca tingkap. Jantung yang terkejut ditenangkan dengan imej ranting pokok yang berdekatan bergoyang-bergoyang dek angin musim luruh. Angin bertiup kuat ketika masuk musim yang femes dengan dedaun keperangan yang luruh menyembah bumi .
Langit di luar juga sudah kelam-kelam senja. Di Malaysia sepanjang tahun waktu senja tidak berubah. Kalau berubah pun sikit sahaja. Di negara 4 musim, tempoh matahari bertugas memancarkan UV berbeza sepanjang tahun. Setelah bekerja overtime ketika summer, sang mentari mula ambil shift pendek bermula musim luruh.
Tik! Tik! Tik! Tik!
Bunyi lagaan hujung ranting dengan kaca cermin berlaku lagi. Seluruh pokok sebenarnya bergoyang. Mataku melihat dedaun di pokok tersebut bertungkus-lumus berpaut pada induk pokok akibat tiupan angin kuat.
Aku tak sedar bilikku kian kelam. Aku teruskan pembacaan kerana cahaya di monitor sudah cukup. Tanganku pantas menyuap penuh sekeping biskut ke mulut sebelum aku meneruskan pembacaan dalam hati.
It was seen as a liminal time, when boundary between our world and the Otherworld thinned. This meant the spirits or fairies and other mystical creatures could easily come into our world and were particularly active.
"Eh! Kalau ada air teh panas ni sedap ni!" tiba-tiba teriakku bersendirian.
Aku bangkit mengisi cerek elektrik dengan air pili dapur sebelum kembali duduk membaca.
At Samhain, it was believed that the Aos Si (degraded versions of ancient gods) needed to be respected to ensure that the people and their livestock survived the winter. Offering of food and drinks, or portions of the crops are left outside for the Aos Si.
Tap!
Bunyi cerek yang selesai memanaskan air ke takat didih. Aku pantas mengambil mug yang tercarap di sinki berhampiran lalu memasukan seuncang teh twinning. Kepulan wap menerpa ke muka sebaik sahaja aku menuang. Bila aku kembali ke depan pc, baru aku perasan aku dah habiskan separuh dari bungkusan biskut. Tapi aku masih lapar... Ranting menyapa tingkap lagi, Aku endahkan lagi dan meneruskan pembacaan.
The souls of the dead were also said to revisit their homes seeking hospitality. Places were set at the dinner table and by the fire to welcome them. The belief that the souls of the dead return home on one night of the year seems to have ancient origins and is found in many cultures throughout the world.
Aku menyandarkan diri... Teringat aku di Malaysia yang kadang-kala akan dibakar colok bersaiz besar di tepi jalan atau di round about. Siap ada bendera bagai. Tapi itu budaya orang cina...
Tok! Tok!
Kali ini ketukan di pintu. Aku mengintip di peep-hole lalu membuka pintu. Berdiri Jawa di depan.
"Kau ada telur?"
"Ada. Nak ke?"
"Aah."
Aku meraba benda yang aku hargai sampai mati.
"Tak boleh la bro. Melekat kat situ.." Aku menyengih macam kerang busuk
"Putain! Bukan yang tu la! Telur ayam la bodo!"
"Haha.. Tranquille mec! Deux seconde"
Aku ke dapur kecilku mengambil tiga biji telur lalu aku hulurkan kat Jawa.
"Kau nak masak apa?"
"Sup telur. Tu veux?"
"Telur kau aku tak nak. Alang-alang ko masak. Rebuskan aku dua biji"
"Kau ada dapur takkan tak nak pakai?"
"Save karen brader."
Jawa berlalu menggeleng. Aku menutup pintu lalu kembali ke depan pc. Di bahagian carian google aku menaip 'Day of the Dead'.
Tok! Tok! Tok!
Pergh, cepat giler rebus telur!
Aku membuka pintu tanpa melihat dulu siapa diluar. Bukan Jawa yang berdiri.
Budak perempuan kecil berpakaian gothik berwarna hitam dan putih bersama dengan budak lelaki sama umur yang memakai jenis pakaian yang sama. Mata aku dan budak perempuan itu bertemu, lalu dia hulurkan bakulnya yang lengkap dihiasi ropol-ropol yang mengikut warna tema baju. Budak itu tak bersuara. Sekadar mengangkat-angkat sedikit bakulnya. Budak lelaki yang memegang Jack-o-Lantern hanya dia memandang dengan sebelah mata sebab sebelah lagi ditutup dengan eye-patch.
Minta gula-gula kot... tapi ni dah brapa aribulan.
Aku berpaling sekejap lalu mengambil dua paket biskut yang belum dibuka dari kotak ajaib. Dan masukkan dalam bakul budak perempuan tersebut tersebut. Kulitnya begitu pucat sekali. Rambutnya blonde keputihan. Sama seperti temannya. Mungkin adik-beradik kembar sebab muka lebih kurang.
"Desolee les petits. J'ai pas de bonbon."
Aku meminta maaf sebab tak de gula-gula untuk diberi. api budak perempuan itu tersenyum riang menampakkan barisan gigi kehitaman lalu berlari keriangan. Temannya tidak mengikut terus. Dia mengangguk kecil tanda terima kasih. Kemudian dia juga meninggalkan aku sambil menatang labu kuning yang besar yang di dalamnya ada lilin kecil . Aku kaku sedikit terkejut dengan gigi hitam yang aku nampak tadi. Tak gosok gigi ke apa?
Masa aku menutup pintu, telinga aku menangkap bunyi tawa kanak-kanak.
Perasaan je kot.
'Tik! Tik! Tik! Tik!'
Bunyi ranting mengetuk tingkap. Hati aku menjadi dicengkam seram. Angin ribut macam ni ada budak keluar rumah ke?
-Bersambung-
YOU ARE READING
Koleksi Seram dan Mistik sepanjang zaman - Slow update
ParanormalIni adalah himpunan cerita seram, mistik sepanjang zaman. At least; cerita yang berlaku atas diri aku la... Kalau cerita mulut tu aku tak jamin kesahihan... Takde sanad yang meyakinkan. haha.. Aku cuba kongsikan segalanya, dari aku zaman aku nampak...