Assalamualaikum.. hari ni special story sikit sebab benda ni berlaku pada diri sendiri dan juga aku tak pernah cerita kepada siapa siapa. Jadinya story ni masih hot mcm ayam peha yang jual dekat pasar malam tu. Anyway kepada yang duduk bilik sengsorang menghadap gajet korang tu baca cerita seram sementara tunggu mata longlai mengantuk be carefull. Aku takut lagi lagi yg tengah ngantuk dan lemah semangat tapi masih degil keras kepala nak baca kes pengalaman aku sendiri. Baiklah.. masih berkeras aku mulakan...
Sewaktu aku berumur 11 tahun. Iya, darjah 5 masih segar diingatan aku sehingga kini. Aku tak berani kongsi cerita ni pada kawan-kawan aku kerana aku sendiri pun takut kes ni akan berulang kembali. Kini aku berumur 16tahun dan aku rasa memang amat sesuai untuk aku ceritakan hal ini kepada pembaca semua. Aik? aku dah mula tak takut ke? tbh, aku masih suam suam kuku dalam berani tak berani jugaklah. Mana aku dapat keberanian menulis dan menceritakan pengalaman aku? Jawapannya tawakal.
well, kakak aku berumur 16 tahun waktu tu. Dia tiada dirumah sewaktu benda itu menghantui aku. Family? biasalah keluar pergi beli barang keperluan dapur agaknya. Cliche kan? nak buat macam mana dah itu kenyataan. Jadi, aku berada dirumah sengsorang ketika itu. Nak dijadikan cerita, aku pun layan lah movie kat laptop milik kakak aku ni. Alaaaa yang kerajaan bagi tu notebook kan? punya berani aku ketika itu, aku layan lah cerita horror movie tak ingatlah aku cerita apa. Oh lupa! sewaktu aku layan movie tu aku dalam bilik yang suis lampunya ditutup dan bersendirian supaya dapat feel. Kenapa aku berani sangat? sebab aku tak pernah diganggu oleh mana mana makhluk ciptaan allah yang kita tak boleh nampak dan rumah aku pun tiada apa apa benda yang menyeramkan tetapi sampailah satu tahap ni aku kena ganggu. Alaa lagipun benda ni biasalah. Tipulah kalau korang tak pernah buat macam mana aku buat ni... Jadi benda ini sangat biasa dilakukan oleh manusia di seluruh dunia oleh itu tiada yang ganjil kalau aku buat.
Sedang syok aku layan movie tu tetiba aku terdengar satu bunyi..
knock knock knock
"mama ni tak bawak kunci ke?" Desis hati aku.
Tanpa bercakap dengan hati yang hanya tinggal persoalan better aku turun buka pintu. Tetapi yang peliknya sewaktu aku turun anak tangga untuk kebawah, tiada pulak kedengaran suara bercakap cakap. Okay itu sangat weird k bagi keluarga aku yang sentiasa bising je HAHA! tapi aku teruskan langkah dan buka lah pintu tetapi aku tak nampak sesiapa kereta pun tiada. Aku spechlees sebentar dan aku terfikir sejenak bahawa adakah aku sendiri yang salah dengar mahupun sebaliknya. Tapi aku masih berfikiran positif yang kebarangkalian family aku keluar balik mungkin lupa sesuatu. Entahlah memang agak bodoh aku fikir macam tu tapi waktu tu aku darjah 5 lah. Mungkin sebab aku terlalu takut dan cuba berfikiran positif.
"Call mama jap lah, tantah betul mama gi rumah kawan ke?" Aku beri cadangan untuk diri sendiri.
Apa lagi aku pun segera mendapatkan telefon rumah dan mendail selajunya nombor mak aku.
Tutt tuttt... tuttt tuttt.... tutt tuttt
"hello ma"
"ha napa? mama on the way balik ni dekat jambatan dah"
"ha? baru nak balik?"
"yelah, kenapa?"
aku kaku, terdiam dan membisu untuk seketika.
"hello? hello? haish dah kenapa tah budak ni" dengar samar2 suara mak aku di talian dan akhirnya segera dimatikan oleh mak aku sendiri.
..............
aku tersedar semula. "movie lah !" segera aku berlari lari anak untuk menaiki tangga.
PLAY
aku klik button untuk meneruskan menontin movie tadi.
knock knock knock
mata aku terus kalih ke anak tangga dan berfikir mungkin mama dah balik tapi...
knock knock knock
kepala aku terus menegak pandang kehadapan kerana baru aku sedar yang bunyi ketukan itu sebenarnya dari belakang kepala aku sendiri. Iya! bermakna aku membelangkangi bunyi dan tingkap tersebut.
Kepada kawan kawan aku yang mungkin baca ni mesti korang ada sesuatu yang bermain diminda seperti....
"weh kau kan ada beranda rumah tantah kucing kau ke?"
Fyi rumah aku direnovatedkan pada tahun 2012 sewaktu aku darjah enam baru siap tambah depan dan juga beranda di bilik aku. Jadi? adalagi persoalan? nyatakan diruang komen ehehehe.
Kemudian aku cuba kalih kepala aku untuk melihat siapakan gerangan yang mengetuk tingkap bilik aku tu. haha takdelah cuma nak pastikan....eh anyway memang benda tu drastik sendiri aku lakukan. tak terjanggkal dek akal aku punya berani macam tu. Lepas je aku toleh aku nampak sinar lampu kereta. apalagi dengan segera aku turun dan berlari kebawah untuk membuka pintu. Alangkah bersyukurnya aku waktu tu sebab keluarga aku dah balik. Muka aku yang tampak agak ketakutan disedari oleh mak aku.
"dah kenapa nampak kalut?"
"ermm takde apa apa lah"
sejak daripada kejadian aneh tersebut, aku diam sehingga kini. menyepi dan tidak menceritakan hal ini kepada sesiapa sehinggalah aku membuat untuk share cerita ini kepada pembaca certot seram.
Allhamdulillah.. sejak kejadian bunyi ketukan yang menghantui dan menganggu aku dulu tu telah pun tidak wujud lagi sekarang. Mungkin sementara ataupun selamanya?...