Setiap pekerjaan mempunyai permulaan dan pengakhiran. Ini cerita permulaan kerana pengakhiran perjalanan aku masih samar-samar. Dunia ini terlalu luas bagi aku untuk bersara dari mengembara.
Thailand adalah titik mula. Ketika itu aku masih muda dan penuh dengan tenaga cuma faktor wang biasanya menjadi penghalang. Pada tahun itu trend backpacking belum lagi mainstream seperti sekarang. Aku teruja dengan ideologi mengembara bebas tanpa kekangan. Cuti semester aku manfaatkan dengan mengembara ke Thailand. Destinasi tujuan: Krabi dan Phuket.
Aku berjaya memujuk (dan memaksa) tiga orang rakan baik untuk ikut bersama dengan janji-janji manis. Mulanya agak sukar untuk mengumpul mereka yang sanggup. Aku menggunakan teknik psikologi iaitu memancing mereka dengan kemahuan terpendam yang ada dalam diri mereka.
Untuk Didi aku janjikan heroic return selepas pulang ke Malaysia. Aku yakinkannya dia pasti akan menjadi lagenda di politeknik tempat dia sedang menimba ilmu sekarang.
Untuk Peter atau nama IC nya Akmal bin Azemi, aku janjikan disana terdapat helmet fullface murah dan berjenama sesuai dengan gaya hidup terkininya sebagai rider motorsikal Yamaha FZ150.
Untuk Arif yang baru menceburkan diri dalam bidang fotografi, aku gambarkan betapa cantiknya pemandangan di sana. Pasti skill fotografinya meningkat dan juga boleh mencuba massage asli Thailand yang biasanya berakhir dengan happy ending.
Untuk aku cukup lah pengalaman yang bakal aku timba bersama rakan-rakan di tempat asing (juga massage).
Kami tiba di Krabi setelah 5 jam bersesakan di dalam van siam. Langit mulai gelap, dan kami sebenarnya tiada perancangan lengkap. Misi malam itu, mencari hotel murah dan makanan halal. Setelah puas keluar masuk lebih 10 hotel kami bersetuju untuk memilih hotel paling murah - RM12.50 seorang semalam. Bilik-bilik hotel hanya dilapisi papan playwood sebagai dinding. Kalau jiran sebelah buat projek pasti telinga jiran- jiran lain selang dua tiga bilik boleh menghayati irama sensual mereka.
Keesoknanya aku dan Didi menyewa motorsikal untuk meronda sekitar bandar mencari hotel yang lebih murah untuk semalam dua lagi. Kami disapa ejen penyewa motorsikal sebaik sahaja keluar dari hotel. Ketika sedang tawar menawar harga sewaan, seorang lelaki berambut panjang diikat tocang, berbaju jersi tanpa lengan dan berseluar pendek paras paha menegur kami berdua.
"Hey friend you drink this. For stamina." katanya sambil mempelawa kami minum air berjenama Shark. Aku dah tentu menolak. Tak kan nak kongsi minum dengan mamat tak di kenali. Kena sipilis naya ja walaupun aku tahu air tu cuma energy drink persis RedBull dan Livita.
Didi pun menolak. Hampa terpancar di raut wajah lelaki itu. "You must drink this friend. It's good for this... " katanya lagi sambil mengeluarkan sesuatu dari bekas besi di atas meja tempat jualan minyak petrol dalam botol-botol kaca.
Lelaki itu mengeluarkan sebatang kayu, lebih kurang 6 inci berdiameter lebih 4cm, tegap menegak, berkilat terpancar dek memantul dipukul sinaran mentari dan di ukir kemas seperti...
"Haram. Kote kot. Kote kayu!" Didi terkejut tidak menduganya.
Lelaki itu melambai-lambai ukiran alat kemaluan lelaki itu dan meletakkan sejajar dengan kemaluan nya sendiri.
"Look friend look here. You drink this, your thing is strong like this. See here my friends!" katanya lagi sambil mengoyang-goyang batang kayu itu kekiri kekanan seolah batang itu asli miliknya. Mungkin dirasakkan alat sulitnya persis begitu.
Aku terkelu dan malu diperlakukan sebegitu. Begini agaknya perasaan wanita dicabul mata tanpa kerelaan. Tapi bila melihat keterujaan lelaki itu menyuruh kami minum air tenaga itu untuk tujuan batin aku tertawa janggal. Thanks, but no thanks. Didi mengusap janggutnya seperti sedang berfikir sesuatu. Berminat agaknya, dugaku tak ingin tahu.
YOU ARE READING
Pengembara Bebas
AdventureKoleksi cerita pendek pengalaman penulis sebagai pengembara nubis kubis