Bab 10

55.2K 2K 34
                                    

Rumah Tengku yang besar itu agak sunyi sekali tanpa kehadiran satu keluarga.Menurut Mak Jah kalau Tengku dan keluarganya ada,rumah ini agal meriah.Memandangkan Encik Buaya belum datang lagi ,aku dan Mak Jah memutuskan untuk menunggu Encik Buaya.

PON!PON!

Bunyi hon kereta meganggu perbualan aku dan Mak Jah.Mak Jah meninjau keluar jendela.Dia tersenyum girang.

'Dhia ,cepat buka pintu.Tengku dan isterinya dah datang tu.'arah Mak Jah.Aku segera membuka pintu dan menyapa Tengku dan isterinya.Mak Jah datang membawa membawa dulang yang berisi dua gelas air.Puan Mariam memeluk Mak Jah.Begitu juga dengan Tengku menyalam tangan Mak Jah.Aku kagum dengam Tengku dan Puan Mariam.Walaupun mereka mempunyai pangkat tetapi mereka tetap hormat akan orang tua.Tidak lama kemudian ,kereta Encik Buaya memasuki halaman rumah.

'Mama dah balik?' tanya Encik Buaya penuh sopan.Eleh,pandai berlakon pula dia ni. Depan mak bukan main baik pula dia.

'Dah Aidil.Aidil pergi mana tadi?' sahut Puan Mariam sambil mencium dahi Aidil.Dia sanat rindu akan anaknya.Lagipun dia berjumpa dengan anaknya hanya sekali sekala.Aku menyampah pua mendengar Aidil berjumpa dengan kawannya,Syafiq.Nak kelentong ibu dia lah tu. Dosa besar.Ayah aku kalau aku tipu,sekejap je dia boleh hidu.

'Tuan Besar,Tuan Muda ,Puan.Makanlah .Lauk semua sudah saya sediakan.' jemput Mak Jah dengan sopan.Tengku juga menjemput aku dan Mak Jah makan.Pak Mat hanya makan di dalam pondok sekuriti untuk menjaga rumah Tengku.Aku mencuci pinggan mangkuk selepas makan dengan keluarga Encik Buaya dan Mak Jah.Puan Mariam memuji masakan aku yang setanding dengan chef lima bintang.Aku apa lagi.Makin syok sendiri.Tetapi lain pula kata-kata Encik Buaya.Dia mengatakan aku melihat buku masakan.Memang sah dengki.Itulah jangan gila perempuan ,masak pun tak tahu.

Aku duduk seketika sambil membalas mesej Risya.Dah lama aku tidak mendengar khabar kawan baikku. Dia apatah lagi tup tup dah ada boifren. Nama boifren nya Syafiq Haikal.Macam pernah dengar je tapi kat mana?Ye lah ,macam nama kawan Encik Buaya tadi.Ahh,bukan kawan dia je ada nama Syafiq.Aku terua mengambil novel yang aku baru beli tempoh hari.Sepanjang aku berada disini,dah 4 novel aku baca.Belum termasuk rumah aku tu. Aku khusyuk membaca novel sambil mendengar lagu menggunakan earphone. Lagu semua tentang kita memang menyedihkan tambah lagi novel yang aku baca.Boleh menangis dibuatnya.Nasib pula aku ni kebal.Tak kuat menangis.Aku perasan ada mata memandang aku.Aku mengangkat wajahku dan menarik fon telinga aku yang bewarna merah.Haih,apasal pula Encik Buaya ni tercegat dekat depan pintu aku.Dah lah dia senyum.Encik Buaya hanya memakai baju yang ada tulisan dan seluar panjang.Comel pula dia ni aku tengok.Eh.Mata Dee .Mata.Aku menarik nafas panjang.

'Hah,apahal lagi yang Encik Buaya nak?Berapa lama dah berdiri depan pintu ?'tanya ku kasar .Aku terus membaca novel.Kalau dilayan memang buat sesak nafas.

'Aku dari tadi berdehem kau tak dengar.Dah pekak rasanya.Eh,sepanjang aku tengok kau kat sini,asyik baca novel je.Naik rimas aku tengok ulat buku duduk kat rumah aku.Aa sa lah kau dengan spesies ulat bulu.Gatal.Asyik tengok saya saja.Jangan syok sudah.Hahaha
..'Terangnya.Amboi kalau rimas tutup lah mata .Tak payahlah tengok.Kau samakan aku dengan bintang yang aku geli.Eee.Aku memang ulat.Ulat buku.Bukan ulat bulu.Sebarang je mengata orang.Aku pun rimas tengok kau kat depan aku.Dah lah hensem. Dee o Dee. Kau ni dah gila agaknya.Malu aku kalau Encik Buaya tahu aku cakap dia hensem.Memang dia ingat aku syok kat dia lah nanti.Aku dah syok kat dia ke?Eh Tak mungkin.

'Kalau Encik Buaya rimas,tak payah lah tengok.Tutup mata.Hah macam ni,' kataku sambil menunjukkan aksi.Comel pula Qis ni.Getus Aidil di dalam hatinya.Dia tersenyum melihat kelakuan Dee yang macam budak-budak.

'Kalau aku tutup mata ,macam mana nak tengok awak?'Aku tergamam.Apa maksud Encik Buaya ni.Suka sangat tinggalkan banyak soalan.

'Dah lah Encik Buaya.Encik Buaya asyik tinggalkan banyak persoalan dalam otak saya.Sakit kepala saya fikir tau.'Dia hanya tersenyum melihatku.

'Dhia,teman saya dekat buaian jom.Lagipun ada angin.Jangan menolak .Saya suruh papa potong gaji awak nanti,'Encik Buaya berkata manja.Naik pula bulu aku dengar.Tak pernah-pernah dia buat suara macam tu. Aku hanya menurut sahaja.Malas nak berkata-kata.Dia bukannya ajak aku kahwin pun.Aku dan Encik buaya mula menapal ke arah buaian yang berwarna keemasan.Ini mesti dia yang punya.Takkan Tengku punya.Bilik Tengku dan Puan warna hijau.Mesra Alam.Sejuk mata memandang.Aku duduk bertentangan dengan Encik Buaya.Memandangkan buaian itu ada dua kerusi yang bertentangana,aku memilih untuk duduk berhadapan dengan dia.Takkan nak duduk sebelah dia.Encik Buaya memandang aku lalu tersenyum.Haa,dah kenapa pula ni.Aku malas membalas senyuman dia lalu mendongakkan kepala aku dekat atas.Banyak pula bintang malam ni.

'Awak suka bintang?' tanya Encik Buaya .Mimpi apa pula dia bercakap baik.Selalunya nak cari gaduh.Aku hanya mengangguk kecil.

'Saya pun suka.Kalau saya sedih saya tengok bintang dekat langit.Cantik kan?Tapi sekarang kalau saya sedih ,saya tengok bintang dekat depan saya.Lagi cantik,' katanya sambil mendongak ke atas.Apa yang Encik Buaya cakap ni. Aku menggaru-garu kepala aku yang tidak gatal.Dia ni bedrama pula.Sabar Dee.

'Abang,suka pula saya tengok mereka berdua tu.Sepadan kan?Seronok betul kalau tengok mereka kahwin.Kan abang?' Puan Mariam beria-ia berkata kepada suaminya.Mereka berdua berada di luar beranda rumah mereka dari tadi meninjau ke arah Dee dan Aidil.

'Awak ni tak habis-habis nak jodohkan Aidil.Tahu lah dia tu nanti.Kalau ada jodoh baguslah.Dhia tu pula baik orangya,' balas Tengku sambil tersenyum.

Perbualan aku dan Encik Tengku terhenti situ.Aku mula menguap dan mengantuk.Berat pula mata aku nak terbuka.

'Encik Buaya ,aku nak tidurlah.Aku balik bilik dulu tau.Encik Buaya kalau nak tinggal sini pun boleh.Kawan dengan nyamuk.'kataku sambil ketawa.Muka Encik Buaya tenang sahaja.Aku menggosok-gosok mataku.Mataku sudah menunggubmasa untuk tidur.Aku kembali membuka mataku.Eh sejak bila pula dia ni di depanku.Oleh kerana Encik Buaya agak tinggi aku terpaksa mendonggkan kepala aku melihat dia.Renungan Encik Buaya bertemu dengan renungan aku.Jantungku berdegup pantas.

'Ye lah.Awak tidur dulu.Goodnight Dhia.' balas Encik Buaya sambil menggosok kepala aku.Aku tergamam.Encik Buaya sudah hilang dari pandangan.Aku memegang kepalaku yang digosoknya tadi.Ish apahal aku tak keruan ni. Dee kau tak boleh tak boleh tak boleh jatuh cinta.Jangan.Dia tu buaya darat.Tugas dan cita-cita dia menyakitkan hati perempuan.

Buaya Darat vs Ulat BukuWhere stories live. Discover now