Ariana
"Ari,hari ni aku hantar kau ke pejabat."
"For what?? Kereta saya tak rosak lagi lah. Masih elok tau. Tak payahlah awak nak sebok sebok hantar saya." Aku jawab sambil menyumbatkan sekeping roti di mulutku.
"Tak pe...biar aku hantar kau. Nanti papa kau ingatkan aku ni pentingkan diri sendiri pulak."
Kau memang pentingkan diri sendiri pun...kau tak bilang,aku dah tahu dah Daniel.
"Tak apelah...kalau awak hantar saya nanti awak sampai kerja lambat pulak,lepastu nanti awak salahkan saya. Macam selalu tu..."
Yang dia beria ia nak hantar aku sangat ni kenapa?
"Kau ni degil kenapa? Aku cakap aku nak hantar kau maknanya aku hantar kau lah. Lagipun hari tu kau kan dah tolong aku hantar pergi kerja. So aku tak naklah diri aku ni rasa macam terhutang budi dengan kau."
"Yelah tu...abestu balik nanti macam mana? Awak jemput saya tak? Maklomlah hari tu kan saya tak jemput awak balik. Manalah tahu awak buat benda yang sama dekat saya?"
"Eh kau ingatkan aku ni jahat sangat ke sampai nak main balas balas dengan kau. Mestilah aku jemput kau balik. Dah sekarang kau jangan banyak bunyi,pergi cepat siap apa yang patut sebelum aku tukar fikiran."
Sampai sahaja di kerja,Murni,rakan sekerja ku tiba tiba tersenyum senyum sambil melihatku. Dia ni memang suka senyum tetapi kali ni senyuman dia tu amat menyeramkan. Macam ada aje benda yang tak kena. Senyuman dia tu seperti udang disebalik mee goreng.
"Murni kau ni dah kenapa? Asal kau pandang aku je kau senyum,asal senyum je kau pandang aku. Kau ni sihat tak..?"
"Aku nak tanya kau sikit boleh? Hehehe..."
"Tanyalah. Apa dia?"
"Yang tadi hantar kau tu siapa? Boyfriend kau ke scandal kau ke atau abang kau? hehehe...sori lah aku menyebok tapi aku curiga je. Sebab ni first time aku nampak orang hantar kau,kalau tidak kau yang hantar diri kau sendiri ke pejabat ni."
"Oh...tu suami aku." Dengan muka yang selamba aku menjawab pertanyaan Murni.
"Waahhh hensemnya hubby kau. Untung kau dapat suami yang good looking. Dia pun untung jugak sebab dapat isteri yang cantik,rajin pula tu. Sepadanlah korang ni. Hehehehe"
Kalau hensem je buat apa? Ego lebih plus tak romantik aja. Cuma tuhan aja lah tahu betapa sabarnya aku dengan dia.
"Dahlah aku nak buat kerja ni. Banyak kerja aku kena habiskan. Kita borak nanti nanti lah ye."
"Sorry Ariana aku ganggu kau. hehehe...nampaknya aku tak ada chance lah ni."
"Kau nak dia ambil lah..." Aku cakap dengan perlahan mengaharapkan dia tidak dengar sepenuhnya sambil membelek kertas kertas di mejaku.
"Huh? Betul ni?!"
"Murni..aku cakap apa tadi...aku kan tengah busy ni...kalau nak borak borak lunch timelah kita borak."
"yelah yelah... aku gurau je tadi. okeylah aku nak sambung buat kerja aku. Nanti kita lunch sama sama ye"
"okey."
Daniel
"Awak...saya nak beli sesuatu dekat kedai runcit tu kejap."
"Beli apa..? Tadi kau tak nak beli. Dah masuk kereta baru nak cakap."
"Sorry lah...tadi tak ingat. Dah sampai kereta baru teringat."
"Beli esok tak boleh ke? Aku penat tau nak tunggu kau."
"Sekejap aje lah...takkan itu pun tak boleh. Lagi pun benda yang saya nak beli ni penting,antara hidup dan mati tahu tak."
"Apa benda yang penting sangat tu?"
"Barang perempuan lah. Kalau saya suruh awak beli,awak nak belikan ke?"
"Make-up? Bedak?"
"Bukanlah. Awak tunggu kejap"
"Kau bilang aku dulu kau nak beli apa baru aku benarkan kau keluar."
"Tak perlu lah macam tu..."
"Kau nak beli ke tak? Kalau nak,meh cepat bilang aku."
"Pad..." Ari menundukkan kepalanya.
"Huh..?"
"Pad lah..."
"Padlah? Apa tu?? Cakap kuat sikit boleh tak. Kau bercakap dengan semut ke?"
"Aku datang bulan. Dekat rumah dah tak ada pad. Aku nak pad. Faham tak? P-A-D paddd!"
"Ye ye...jangan lah nak marah marah aku. Pergi lah beli."
Tak sampai lima minit Ari sudah masuk ke dalam kereta. Mukanya agak cuak dan pucat.
"Cepat pergi dari sini. Cepat aku kata!"
"Kau ni kenapa? Mana barang yang kau nak beli tu?"
"Cepatlah gerak!"
"Ye ye!!"
Sampai sahaja di rumah,Ari dengan pantas membuka kasut tumit tingginya dan terus ke bilik. Tidak sempat aku hendak bertanya apa yang terjadi tadi. Dia kene kejar anjing ke? Hmm...tak mungkin,kalau kene kejar pun,boleh nampak anjing tu depan kereta aku. Esok esok lah aku tanya. Seram pulak aku tengok keaadaan dia tadi. Macam kene kejar hantu pun ada.
YOU ARE READING
Dia jodoh aku?
FantasyAriana Arysha yang berumur 22 tahun baru sahaja pulang dari belajar di luar negeri. Namun papanya,Dato'Johan mahu anak bongsunya bekerja di syarikatnya tetapi Ariana masih belum bersedia untuk bekerja dan memikul tanggungjawab yang besar. Ariana ada...