Teaser 3

18.7K 653 16
                                    

"DADDY, I'm so sorry okay. Khaira tak bermaksud pun nak buat daddy macam ni. Please daddy, wake-up." Teresak Khaira menangis di sisi Dato' Khalid yang masih belum sedarkan diri setelah pengsan kelmarin.

"Khaira, jom kita pi makan dulu. Satgi kita masuk tengok pak ngah lagi." Kasihan pula dia melihat Khaira. Dari semalam belum makan semata-mata menunggu daddynya sedar.

"Kau jangan menyibuk boleh tak? Sebab kau jugak lah daddy aku jadi macam ni!" Hambur Khaira penuh emosi. Belum sempat Emir ingin memulang paku buah keras, muncul kelibat Datin Khalisya sedang berdiri di pintu wad yang sedia terbuka.

"Emir, pergilah solat dulu. Biar mak ngah pulak yang temankan Khaira dengan pak ngah." Datin Khalisya mengambil alih tempat Emir yang berada di sisi Khaira.

"Baiklah mak ngah. Ha... ni mak ngah, tadi Khaira tak mau makan. Dari tadi puas saya pujuk, tapi dia ketegaq jugak tak mau makan." Membulat mata Khaira memandang Emir yang ingin berlalu meninggalkan wad. Amboi, dah pandai mengadu pulak sekarang?!

"Mummy! Kenapa ustaz kampung tu menyibuk sangat? Bencilah Khaira dengan dia!" Khaira mendengus. Makin tambah membara hatinya dengan Emir.

"Jangan benci orang lebih-lebih Khaira. Takut nanti terjatuh sayang." Pesan Datin Khalisya yaang sengaja ingin mengusik puteri tunggalnya itu. Menjeling panjang Khaira memandang mummynya.

'Tak ada maknanya Khaira nak jatuh sayang dengan ustaz kampung tu. Oh, please! Out of my taste!' Omel Khaira di dalam hati.

"Jeling-jeling mummy pulak dia. Kenapa Khaira tak nak makan ni? Nanti Khaira sakit mummy jugak yang susah tau. Nah ambil ni, makan." Datin Khalisya mengulurkan sebungkus mi goreng yang disediakan oleh bik Rita dari rumah tadi.

"Tak nak. Khaira tak akan makan selagi daddy belum sedar." Khaira menolak bungkusan mi goreng yang diberi oleh Datin Khalisya. Sayu pandangannya tertumpu pada Dato' Khalid.

"Janganlah macam ni, Khaira. Nanti kalau daddy dah sedar, dia tengok Khaira sakit mesti dia sedih." Datin Khalisya memujuk lagi.

"Fine. But promise me, mummy tak akan tampar Khaira lagi." Datin Khalisya mengangguk pantas. Merajuk dengan hal tu lagi rupanya.

"Yalah, mummy janji tak buat lagi."

"Suap, please..." Khaira membuat muka comel.

"Manjalah anak mummy ni." Datin Khalisya mencapai bungkusan mi goreng tadi.

"Aaaa... Cepatlah." Khaira mula merengek.

"Yalah, yalah." Sesudu mi goreng selamat memasuki ke dalam mulut Khaira.

"YES... FINALLY! Abang Emir, I'm coming to you." Kakinya pantas berjalan ke arah kaunter pertanyaan di hospital tersebut. Berkobar-kobar semangat di dalam dada untuk bertemu dengan seseorang yang telah lama hilang dari pandangan mata. Dan emm...mestilah dia ingin melihat juga keadaan pakngahnya bagaimana.

"Tumpang tanya, ada tak pesakit yang bernama Dato' Khalid Imran?" Soal Rania kepada staf yang bertugas di situ.

"Ada, cik. Pesakit ada di wad VIP di aras 6. Bilik paling hujung sekali sebelah kiri." Jelas staf wanita tersebut.

"Okay, thanks."

'Sebelum dia mai baik aku keluaq dulu.' Emir bangun dari kerusi. Semakin lama dia di dalam wad itu, bertambah panas punggung jadinya. Tak sanggup dia untuk bertemu dengan Rania. Apatah lagi nak buat jejak kasih di sini.

"Eh, Emir nak pergi mana tu? Tolong tengokkan pak ngah kamu kejap. Mak ngah nak pergi solat pulak." Khaira segera membuat isyarat agar Datin Khalisya tidak meninggalkannya bersendirian dengan Emir. Tadi pun sudah cukup lemas tinggal bersama dengan Emir di dalam wad itu. Bukan lemas sebab apa. Tapi lemas dengan suasana yang tersangatlah kekok bagi kedua-dua mereka.

Masam muka Khaira dibuatnya melihatkan Datin Khalisya buat tidak endah.

"Khaira tak pi solat sekali ka?" Sibuk pula Emir bertanya setelah Datin Khalisya beredar dari wad. Harapannya agak punah untuk melarikan diri pada ketika itu.

"Ish, kau ni... Aku tengah bendera Jepun lah!"

"Hah? Bendera Jepun? Menatang apa pulak tu?" Emir mengerutkan dahi.

"Eeiii... kau ni! Penyakit orang perempuanlah!"

"Oh, haa... Paham-paham. Maaf naa." Emir memohon maaf.

"Emm... Tak apa lah." Membahang wajah Khaira menahan malu.

Kreekk...

Bunyi pintu wad yang dibuka dari luar, mengejutkan dua orang hamba Tuhan yang masih diam memerhatikan Dato' Khalid.

"Hai Khaira, abang Emir!" Sapa Rania di muka pintu. Laju sahaja Khaira dan Emir menoleh ke arah pintu sebaik terdengar suara itu.

"Rania!"

Emir hanya mampu berdiri kaku.

'Dia mai dah...'

My Lovely Ustaz Kampung [RC Publication]Where stories live. Discover now