BAB 2

209 25 0
                                    

Aku membuka mata apabila badan aku kesejukkan. Mana tidaknya, pakaian pun tak ada. Aku berpaling ke kiri. Grill sudah tidur. Aku pula ada di atas bantal sebelah kananya. Aku risau kalau dia hempap aku nanti.

Aku menguap. Pada masa yang sama, Grill berpusing ke arah aku. Jari telunjuknya telah masuk ke dalam mulut aku ketika aku menguap tadi. Aku tarik jarinya tetapi tak lepas. Aku rasa nak termuntah. Jari dia tu besar sangat. Penuh mulut aku. Aku gigit pun dia tak sedar.

Tiba-tiba, tangannya diangkat maka aku tercampak ke bawah. Sakit belakang aku terkena lantai. Aku bangun dan mendongak ke atas. Macam mana nak naik semula atas katil? Aku risau kalau kena sepak pula nanti.

Bunyi hembusan nafas dari belakang telah memeranjatkan aku. Aku pusing ke belakang dan melihatnya. Seekor tikus putih sedang menjengukkan kepalanya pada lubang tikus. Besarnya tikus. Sama besar dengan aku!

Tikus itu menghampiri aku sambil menghidu badan aku. Aku berundur ke belakang sehingga terjatuh akibat ketakutan. "Gril!" Jeritku berkali-kali.

"Apa yang bising-bising sangat ni."

"Grill, tolong aku. Tikus tu nak makan aku!" Jerit aku sekuat hati.

Grill bingkas bangun. Dihalaunya tikus itu maka tikus itu lari masuk ke dalam lubangnya. Gril menggenggam tubuh aku. "Macam mana kau boleh ada dekat bawah ni? Bahaya, tahu tak."

"Semua ni kau punya pasal la. Kau yang campak aku masa kau tidur tadi. Sakit belakang aku." Aku menggigit jarinya kerana geram kepadanya.

Grill duduk di atas katil. "Kau dah sama macam tikus. Suka gigit-gigit. Sorry la. Aku tak sedar tadi." Diletaknya aku di atas bantal tadi.

Aku memeluk tubuh sambil duduk di atas bantal. "Grill, aku sejuk."

Grill baringkan tubuhnya lalu menarik selimut. "Meh, tidur dengan aku." Dicapainya aku dan aku dimasukkan ke dalam bajunya. Kejap! Kenapa dekat dalam baju dia? Kalau aku penyet nanti macam mana? Matilah aku!

"Tak sejuk dah, kan? Tidur cepat. Nanti tikus tu datang cari kau lagi." Ditepuk-tepuknya kepala aku berkali-kali pada dadanya. Pening kepala aku. Aku terus tertidur selepas itu.

"Abang Grill, bangunlah. Nanti lambat pergi sekolah. Abang!" Jeritan El buatkan aku terjaga dari tidur.

Badan Grill bergerak-gerak. "Abang dah bangunlah. Bising betul la kamu ni." Aku pula masih di dalam bajunya. Rasa rimas pula dengan bau badan dia ni.

"Abang, mana Abang Keith? Abang sorok dia dekat mana?"

"Ada dekat dalam baju abang ni." Grill mengambil aku dan diangkat ke atas. Aku yang masih mamai ni tak mampu nak buat apa-apa.

"Argh!" Jeritan El buatkan aku tersedar bahawa dia sedang melihat ke arah aku.

"Arghhh!!! Lepaskan aku. Grill, apa kau buat ni? Adik kau tengok aku la!" Aku menjerit dan meronta-ronta. Sementara itu, El menutup matanya.

"Apa abang buat ni? Mana pakaian dia?" Soal El sambil menutup matanya.

Grill meletakkan aku di atas tilam. Aku bergegas menyorok masuk dalam selimut. Malunya bila El tengok aku tadi.

"Abang basuh baju dia semalam."

"Kenapa tak beri tahu El? El ada banyak baju anak patung. Kesian Abang Keith kesejukan."

Grill bangun dari katil. Dicarinya aku di dalam selimut dan aku digenggamnya. "Jom mandi."

"Abang, kalau El nak pinjam Abang Keith boleh tak?" Pintanya dengan riak wajah comel.

Grill menghembus nafas keluhannya. "Baiklah. Tapi bila abang balik, abang akan ambil dia semula."

"Terima kasih, abang." Dipeluknya pinggang Grill.

"Sudahlah. Nanti abang lambat pula. Sarapan dah siap?" El melepaskan pelukkannya apabila Grill berkata sedemikian.

"Dah. El, tunggu abang dekat bawah ya." El berlalu pergi meninggalkan kami di dalam bilik ini.

Grill membawa aku masuk ke dalam bilik mandi. Dia sediakan air mandian untuk aku sebelum dia mandi.

"Abang! El letak pakaian baru Abang Keith dekat atas meja ni." Beritahu El ketika kami di dalam bilik mandi.

"Ya." Sahut Grill.


ILUSI DUNIA MIMPI (1)Where stories live. Discover now