4 : Gaun Tidur

7.1K 378 3
                                    

"Lyaa, bangun", tangan halus kakak menampar lembut lenganku. Deck yang aku peluk sepanjang malam tadi terjatuh daripada katil. Dalam mamai aku cuba untuk membuka mata.

"Kawan Lyaa dah tunggu. Cepat siap", kakak terus keluar daripada bilik. Aku dapat menangkap imejnya seperti berborak dengan seseorang diruang depan.

Kawan? Sejak bila aku ada kawan? Nak datang rumah lagi.

"Lyaa, cepat. Nanti lambat nak pergi sekolah!," laung kakak dari dapur. Terdengar bunyi ketukan lesung batu didapur. Nak masak nasi goreng la tu.

Aku melihat jam. 5.15 pagi. Jadah. Awal lagi kot? Siapa yang bertandang subuh-subuh buta ni. Biar betul kakak ni?

Aku masih lagi bermalas-malasan diatas katil. Sekejap mengiring ke kiri. Sekejap berguling ke kanan. Dan aku mengeliat.

"Lyaa!!".

Okey, nak bangun lah ni.

Aku capai tuala yang tersangkut di pintu almari. Aku keluar daripada bilik.

"Dann!?" Jeritku apabila melihatnya duduk santai dikerusi tiga berangkai di ruang tamu kecil rumahku.

Dia tersenyum serbasalah, "Er.. hi!".

Inilah aku tak suka. Aku tak suka bila orang datang rumah aku. Rumah aku tak cantik. Rumah aku tak besar. Rumah aku tak selesa untuk kawan-kawan aku datang. Aku rasa rendah diri.

"Apa kau buat dekat sini?"

Dia menggaru sekitar tengkuknya. Entah kenapa dia kelihatan seperti tak selesa. Kan aku dah kata rumah ni tak sesuai untuk orang selain aku dan kakak, "Er.. em. Aku tunggu kau. Nak.. hm pergi sekolah sama-sama."

"Aku tak suruh pun kau datang rumah aku? Kenapa?" Aku pun tak tahu apa yang aku mahu katakan. Sedikit janggal rasanya.
"Er. Aku saja. Em", dia seperti tak senang duduk. Tak selesa sangat ke rumah aku? Well, tak suruh datang pun.

Angin subuh yang sejuk dan dingin menyapa lembut betis, lengan, bahu dan mukaku dari pintu utama yang terbuka. Aku memeluk tubuh yang terasa sejuk.

Eh.

Aku tersedar sesuatu.

Wtf.

Oh my god!

Patutlah Dann buat muka macam, ergh.

Bodohnya kau ni Lyaa! Aku mengutuk diri aku. Baru aku sedar yang aku hanya memakai gaun tidur tak berlengan separas lutut dan...

Dann dah tengok.

Dahlah baju tu seksi. Itu baju kakak. Semalam panas kot. Aku tak boleh tidur. Kakak yang suruh aku tukar baju tu.

Kenapa boleh tak sedar tadi? Lyaaaa. Malunyaaaaaa.

Aku dapat rasakan wajahku mula memanas.

Dann menyembunyikan senyuman nakalnya. Ah dia dah perasan. Baru nak cover buat-buat selamba.

Tak pasal-pasal dah buat free show pagi-pagi.

------

"What a lucky day", ucap Dann.

Kami hanya berjalan kaki pagi itu. Ada satu jam setengah masa terluang sebelum waktu persekolahan bermula. Aku memang tolak habis-habisan apabila dia ingin memboncengku. Malu tak hilang lagi ni.

"Pagi-pagi dah dapat 'sarapan' mata".

Bodoh punya Dann.

"Kau diam, Dann." Marah ku bercampur geram.

Dia tergelak lagi, "Aish, tak boleh lupa."

Bodohlah Dann ni. Habis meremang bulu tengkuk. Aku ketuk kepala botaknya dengan buku limaku.

Sungguh ketawanya menyakitkan telinga. Menyampah betul. Buat-buat lupa je tak boleh ke?

"Kau ganas-ganas pun boleh goda orang eh? Aku suka", usik Dann berbaur gurauan yang tak sepatutnya.

Bodoh.

Pikir aku apa? Aku tak sengaja lah.

"Okey. Kita lupakan", ucap Dann apabila terpandangkan wajahku yang memerah. Aku tak suka.

Tahu pun takut.

"Tapi, aku nak cakap ni", sedar tak sedar kami sudah sampai di hadapan sekolah. Kawasan sekolah masih lagi gelap gelita. Kereta yang lalu lalang dijalan raya juga masih lengang.

"You look gorgeous in that little black dress", dia mengenyitkan matanya. Sempat lagi tu mamat ni.

Tak. Tak. Kau tak boleh cair dengan dia, Lyaa.

------

Gadis Skate Where stories live. Discover now