Semester 6. Raisyah termenung memikirkan masa depannya. Dia selalu berangan-angan untuk memiliki sebuah rumah yang dibeli atas usahanya sendiri. Dia juga memasang angan-angan untuk memiliki sebuah kereta Honda Jazz. Persoalannya, mampukah dia merealisasikan impiannya. Hanya kepada Allah s.w.t dia berserah. Dia akan berusaha sehabis baik bagi mencapai segala impiannya. Selebihnya biar Allah s.w.t menentukan.
"Hoi!, berangan ke?" Sergah Lina sambil mencuit bahu kakak kesayangannya itu. Raisyah hanya tersenyum. Melihat wajah Lina yang muram, dia tahu adik kesayangannya itu keletihan kerana menunggu bas terlalu lama untuk pulang ke hostel. "Kak Eka mana?." Tanya Lina kepada Raisyah. "Kakak awak tu balik. Dia ada hal keluarga." Jawab Raisyah. Lina menyuarakan hasratnya untuk makan bersama Raisyah selepas solat Maghrib nanti. Raisyah setuju.***
Setelah selesai makan, Lina membuka ceritanya mengenai rakan-rakan sekelasnya yang sentiasa meminggirkannya kerana ketidakupayaannya untuk melakukan kerja yang sempurna seperti mereka. Kadang-kala air mata akan berlinang mengiringi setiap bait cerita yang disampaikan oleh Lina. Sebagai kakak, Raisyah hanya mampu menasihati Lina agar bersabar.
Lina juga memberitahu bahawa pihak kolej akan mengadakan pertandingan menari peringkat kolej. Pemilihannya akan berlangsung di auditorium kolej mereka. Cuma, Lina kurang pasti akan tarikh dan waktunya.
"Kakak tak mahu masuk ke?" Tanya Lina sambil menjongkitkan keningnya kepada Raisyah. "Kakak?, menari?. Tidak sama sekali. Itu bukan kemahiran kakak." Jawab Raisyah. Hampir tersembur air yang diminum oleh Raisyah sebaik sahaja adik kesayangannya itu mengutarakan soalan yang di luar kotak pemikirannya. Lina ketawa mendengar jawapan Raisyah.***
Raisyah Waheeda. Nama itu sering meniti di bibir Ashriq. Entah mengapa dia asyik teringat akan gadis itu. Angau barangkali. Sejak belajar dalam kelas yang sama semester lalu, Ashriq akrab dengan Raisyah. Seboleh-bolehnya dia cuba memenangi hati Raisyah. Namun, Raisyah seakan acuh tak acuh. Segan mungkin.
"Termenung apa tu Ashriq?" Sapa uminya, Datin Aida. Ashriq hanya tersenyum. Datin Aida melihat gambar yang dipegang Ashriq. "Kekasih ke?" Tanya uminya sebaik sahaja melihat gambar Raisyah yang dipegang oleh anaknya. "Bukan. Tapi, Ash suka dia umi." Jawab Ashriq jujur. Sambil mengusap wajah anak kesayangannya itu, Datin Aida berpesan, jika ada jodoh, tidak akan ke mana-mana. Susah mana pun, pasti Allah s.w.t akan satukan juga. Ashriq akur. Ada benar juga kata uminya itu. "Semoga senyumanmu ini akan menjadi milik aku satu hari nanti." Bisik hati Ashriq sambil menatap gambar Raisyah.***
Hari ini Raisyah ditugaskan untuk menyediakan sedikit pencuci mulut untuk tetamu kehormat yang bertandang ke kolej mereka bagi merasmikan kampen "Anti Dadah" tengah hari nanti. Sedang asyik membuat kerja dia di sapa.
"Khusyuk nampak." Shukri menegurnya. Terpana seketika melihat anak mata syukri yang seakan-akan tersenyum. "Mestilah kena fokus. Nanti kena marah kalau main-main." Jawab Raisyah sambil memandang ke lantai. Dia tidak mampu memandang wajah Syukri terlalu lama. Dia bagai mentega cair di bakar api.
"Kalau ada apa-apa yang boleh aku tolong, bagitahulah. Aku boleh tolong." Kata Syukri.
ini dikatakan pucuk dicita ulam mendatang. Raisyah mengangguk tanda faham. Hari itu semua kerjanya berjalan lancar kerana dia dibantu oleh lelaki yang selama ini beradu di kamar hatinya. Namun, perasaan itu harus dipendam kerana dia tahu bahawa Shukri sudah mempunyai kekasih. Sebagai kawan, dia mendoakan kebahagiaan Shukri.***
Zara Zulaikha. Berkulit putih mulus. Mempunyai bulu mata yang lentik. Wajahnya bersih dan cantik sekali. Sekali pandang, Zara persis seorang model. Zara merupakan anak orang berada yang kini menuntut di sebuah universiti di Melaka. Dia merupakan kekasih pujaan Syukri Syaqirin.
Syukri sendiri yang menceritakan perihal kekasihnya kepada Raisyah. Syukri senang bercerita mengenai apa saja kepada Raisyah kerana dia beranggapan bahawa Raisyah seorang pendengar yang setia. Segala cerita dikongsi bersama. Lalu, terdetiklah satu perasaan yang di luar dugaan jiwa mereka. Syukri segera menepis, dia harus setia dengan kekasihnya Zara Zulaikha.
"Syuk, lepas ni tolong aku ambilkan gambar boleh?" Tanya Raisyah. Ada nada manja di situ. Sambil memegang kamera, Syuk tersenyum tanda setuju. Syukri memandang Raisyah. Tenang. Jiwanya tenang melihat wajah Raisyah.
"Cantik sangat ke Raisyah tu sampai pandang tidak berkelip mata kamu Syuk?" Sapa Encik Shauqi sambil menepuk bahu Syukri. Wajah syukri merah merona. Senyumannya mengesahkan apa yang dikatakan oleh pensyarahnya tadi.***
14 April. "Azizi, selamat hari lahir." Bisik Raisyah. Air matanya mengalir mengenangkan bekas kekasihnya itu. Dia berdoa agar lelaki yang pernah beraja di hatinya itu bahagia dan sentiasa di bawah Rahmat s.w.t.
"Syah, kenapa nangis?" Tanya Eka. "Rindu." Jawab Raisyah. Ringkas tapi padat dengan maksud tersirat. Usai solat Isyak, Raisyah menerima pesanan dari aplikasi Whatsapp.
"Terima kasih Raisyah kerana masih ingat tarikh ini. Saya amat menghargai ingatan tulus ikhlas ini. Assalammualaikum."
Raisyah menangis. Bersyukur. Setelah empat tahun mendiamkan diri akhirnya Azizi mengakhiri segala kerinduan yang terpendam. "Alhamdulillah.." Raisyah mengucap syukur.
15 April. "Hari ni hari lahir abang." Raisyah bersuara setelah lama membisu. Eka memandang. "ucaplah selamat pada dia kalau kau berani." Kata Era. Seakan mencabar. Raisyah membisu. Eka juga. Dia rimas dengan tindakan Era yang sering cakap lepas tanpa memikirkan perasaan orang lain.
Tangan di tadah. Lalu, rindu diluah. Doa dipanjatkan agar tenang jiwa yang gundah gulana.
"Abang, walau di mana jua abang berada. Syah masih menyayangi abang. Terima kasih atas pengorbanan abang selama ini." Katanya sendiri. Pipinya di basahi air mata yang deras mengalir.***
"Syah, minggu depan giliran kau kan jadi "Chef on Duty" ?" Tanya Syukri. "Ya. Kau ajaklah kawan-kawan kau makan di kafe nanti." Pelawa Raisyah. "Aku ajak Ash ." Jawabnya ringkas. Raisyah mengerutkan kening. "Ashriq Ashraf". Balas Syukri yang mengerti kecelaruan yang melanda Raisyah. "Ash tu nama manja dia." Sambung Syukri sambil ketawa kecil. Raisyah tersenyum melihat Syukri.
Pada hari tersebut, Ashriq memakai kemeja merah terang dan berkaca mata. Penampilannya berjaya memukau semua gadis yang ada di kolej itu. Dia datang bersama Zack. Rakan sekelasnya. Zahirul Malique atau lebih dikenali sebagai Zack itu pun tidak kurang hebatnya. Dia mengenakan kemeja ungu dan bertali leher hitam.
"Wah melaram sakan kawan kau tu." Usik Raisyah. Syukri hanya melihat. Dia tahu bahawa Ashriq sememangnya menjaga setiap inci penampilannya.
"Syah,tahniah untuk hari ini." Ucap Ashriq kepada Riasyah.
" terima kasih Ash." Jawab Raisyah sambil mengukir senyuman lalu berlalu meninggalkan Ashriq.***
"Lusa kita dah ada projek akhir untuk subjek Encik Shauqi. Kau dah bersedia?" Tanya Eka kepada Era. "Aku dah sedia. Barang dan bahan-bahan aku semua dah siap." Jawab Era. Raisyah hanya mendengar. Malas mengulas mengenai perkara itu. Dia pasti akan sakit hati jika dia melayan mulut puaka Era.
Pada hari pembentangan projek mereka, Raisyah dan Eka dapat menjawab semua soalan yang diberikan oleh juri yang menilai. Usai pembentangan, mereka makan bersama di kafe.
"Terima kasih Syah. Kau banyak bantu aku tadi." Kata Eka. "Tiada apa yang perlu kau risaukan. Aku kan kawan kau. Mestilah aku tolong kau." Jawab Raisyah.
"Jadi sekarang kita kena fokus untuk peperiksaan akhir kita pula." Kata Raisyah mengingatkan Eka. Eka mengangguk faham.***
Sedang enak duduk di sofa yang empuk di perpustakaan, Raisyah di sapa oleh seseorang. "Hai, boleh duduk sini?." Tanya Zahirul sopan. "Silakan..". Jawab Raisyah.
"Raisyah,kalau aku tanya, kau jangan marah ya." Tanya Zahirul teragak-agak. Raisyah senyum. "Tanyalah." Jawab Raisyah.
"Kalau ada orang suka pada kau. Kau terima tak?" Tanya Zahirul. Matanya memandang tepat ke arah Raisyah. "Aku tak kisah selagi dia tidak mengganggu aku. Sebab aku tidak semestinya boleh menerima dia dengan mudah." Jawab Raisyah jujur. "Aku faham Raisyah." Jawab Zahirul pula.
"Kenapa kau tanya aku soalan macam ni?" Tanya Raisyah ingin kepastian. "Ashriq." Jawab Zahirul ringkas. "Kenapa dengan budak tu?" Tanya Raisyah lagi. "Sebenarnya Ashriq tergila-gilakan kau Raisyah. Tapi, dia kata kau macam tak minat pada dia." Zahirul berterus-terang. Raisyah kaku. Matanya membuntang mendengar pengakuan Zahirul itu.
Mana mungkin Raisyah ada perasaan kepada anak Datin Aida itu kerana di hatinya hanya ada Syukri Syaqirin. Tak mungkin!.***
YOU ARE READING
MELODI JIWA
RomanceApabila irama bergema, Cinta menari bersama, Melodi cinta bersemi, Menggamit sekuntum memori.