34 : dua puluh satu januari dan sepotong harapan palsu

70 5 2
                                    

Diari fairy tale ku capai
Duduknya di hujung bucu katil
Ada cerita hendak ku sampai
Tentang impi yang belum terhasil

Di muka surat yang ke-21
Aku tuliskan puisi baru
Tentang aku
Dan sepotong harapan palsu

Usia
Naik lagi satu angka
Pintu lagi satu terbuka
Menuju ke dunia yang lebih dewasa

Di universiti jalanan dunia
Aku mengaut sepenuhnya ilmu di dada
Kecewa, adalah subjek paling aku suka
Subjek lainnya sekadar cukup makan sahaja

Dalam sajak itu
Aku selitkan juga tentang kamu
Kamu-kamu yang mendoakan aku
Hanya Tuhan bisa membalas itu

Juga tentang harapan-harapan palsu
Seperti ku mahu memeluk ibu
Memeluk erat kamu--kamu
Yang meraikan hari kejadian ku

Tiada ucapan istimewa buat Tuhan
Untuk harapan yang tidak terlunaskan
Hikayat jalan hidup dari Tuhan
Aku lakonkan dengan penuh kesabaran

Seperti yang Tuhan khabarkan
Setiap kesulitan punya kemudahan
Setiap kesulitan punya kemudahan
Dan sepotong harapan palsu terus ditelan



Sehari Selembar PuisiWhere stories live. Discover now