Bab 25

82.4K 2.8K 412
                                    

Hey guys! Nah hadiah hehe. Words pun banyak around 2200+. Hope you guys enjoy! Oh yes, part ni saya benci sebab Alice jahat gilerrr. Btw, nak promote jap. Jemput baca ye karya dia ni eh?

Title: Love
By: ellysazuridi

Enjoyy ((;
***

"That moment when you have to beg yourself to stop crying and tell yourself,

BE STRONG."

***
"Amielia," panggil Abby perlahan.

Serta-merta perbualan Amielia dengan geng divanya terhenti. Amielia memusingkan tubuhnya dan kini menghadap Husna dan Abby. Dia berpeluk tubuh sambil menayangkan muka toyanya. Kening dinaikkan beberapa kali.

"Nak apa?" Tanya Amielia sedikit kasar.

Abby hampir sahaja ingin melayangkan penampar diwajah Amielia namun Husna bertindak lebih pantas dengan menahan tangan Abby. Geram sangat dengan sikap Amielia yang 'kurang' sopan itu. Kalau 'lebih' sopan, tak apa lah.

"Aku nak cakap sikit," ujar Abby tenang. Walhal hatinya meronta-ronta ingin memberi penampar sulung kepada Amielia.

"Cakap je lah. Aku masih ada telinga okay?"

"Sophia mana?" Tanya Abby datar.

Amielia mengerutkan dahinya. Pelik mendengar soalan yang dilontarkan oleh Abby. "Sophia? Why are you asking about her?"

"Mana lah kau tahu gosip tentang Sophia. Kan kau ratu gosip," ujar Abby malas-malasan.

"Eee..takde masa aku nak gosip pasal dia. Baik aku gosip pasal lelaki-lelaki hot kat sekolah ni," Amielia mula dengan menggedik. "Eh guys, ada Nial tu. Jom, I nak pergi dating dengan dia,"

Abby menjulingkan matanya keatas berserta tangan di kedua bahunya tanda dia menyampah dengan sikap Amielia. Abby memandang Husna. Keluhan halus dilepaskan.

"Kita tanya budak tu pun tak guna. Otak dia ni, esh! Langsung tak boleh bawa bincang," geram Abby berkata itu.

"Dah lah tu Abby. Kita kan boleh jumpa cikgu-cikgu lain,"

"Kau dah lupa ke? Aku dah bagitahu kau, masa tu aku ada tanya cikgu kelas kita tentang Sophia tapi dia tukar topik pula. Same thing with the other teachers, when I ask them, they just change the topic," keluh Abby kemudian duduk berlabuh di kerusi yang bekas Amielia tempati sebentar tadi. Begitu juga dengan Husna.

"Don't be upset. You know we can see and ask the principal about Sophia okay?"

Abby mengangguk beberapa kali.

"Husna sayang," suara garau milik seseorang memanggil nama Husna. Siap bersayang lagi.

Husna berpaling ke belakang. Senyuman mekar mula terbit perlahan-lahan dibibirnya. Hariz, teman lelaki Husna, berjalan menuju ke arahnya berserta senyuman manisnya yang mampu mencairkan para wanita.

Selain Nial, Hariz juga terkenal sebagai lelaki kacak di sekolahnya. Dia captain basketball manakala Nial captain football. Dan, sudah semestinya Hariz juga lelaki yang digilakan oleh para pelajar khususnya memang pelajar perempuan. Tapi sayang sekali, Hariz milik Husna.

"Hai Hariz," ucap Husna perlahan.

"Hariz, kau datang sini ni nak bawa Husna dating lagi ke? Kacau daun betul kau ni. Orang nak bergosip," rungut Abby dengan muka masamnya.

"Tu lah kau. Aku suruh kau cari boyfriend kau tak nak," gurau Hariz.

Abby menjegilkan matanya. Geram pula dengan sikap Hariz. "Weh, laki aku nak campak mana?"

You'll also like

          

"Gurau je lah Puan Abby. Jom sayang, kita pergi dating,"

Husna mengangguk kecil kemudian diikuti dengan Hariz.

"Gila betul budak ni," gumam Abby sendiri sebelum dia juga turut berlalu menuju ke perpustakaan sekolah.

"Sophia, akak pergi dulu ye? Nanti petang akak datang balik. Sophia nak akak suruh bibir bawa sarapan Sophia keatas tak?" Soal Hidaya sambil mengemas barang-barang keperluan Hidaya dan segala pakaian kotor miliknya.

Sophia menggeleng perlahan. Senyuman ikhlas tidak pernah lekang dari bibir Sophia. "Sophia turun kejap lagi. Lagi pun, tak nak lah Sophia duduk terperuk je dalam bilik ni,"

Hidaya tersenyum mendengarnya. Dalam sakit-sakit ni, sempat lagi Sophia merungut. Tapi apa pun, asalkan senyuman Sophia masih ada.

"Baiklah Sophia kalau macam tu. Bye Sophia and assalamu'alaikum. See you this afternoon,"

"Yeah see you,"

Sophia bangun dari katil setelah lama rasanya dia berbaring dikatil. Kepalanya yang masih berdenyut itu dibiarkan sahaja. Digagahkan juga dia untuk keluar dari bilik. Perutnya sudah berkeroncong minta diisi.

Sebaik sahaja tiba di bilik makan, langkah terus menuju ke meja. Kerusi ditarik lalu berlabuh duduk di situ. Rania datang bersama beberapa jenis sarapan untuk dimakan. Semangkuk bubur ayam diletak dihadapan Sophia bersama secawan susu panas.

"Cik Sophia, kenapa dengan kepala cik dengan bibir cik tu?" Tanya Rania ketika dia meletakkan lagi roti bakar ke meja. Matanya tidak lepas memandang wajah Sophia.

"Takde apa lah Rania. Akak cuma terjatuh ditangga subuh tadi," bohong Sophia. Senyuman palsu diberikan kepada Rani cuba menutup rasa gugupnya.

"Bibir akak tu kenapa pula? Macam bekas kena tampar je?" Soal Rania lagi.

Sophia terdiam. Belum sempat Sophia membuka mulut, Adam dan Alice datang bersama sambil tangan Alice memaut lengan sasa Adam. Adam menarik sebuah kerusi untuk Alice duduk. Sophia hanya memerhatikan Alice dan Adam. Rasa cemburu memang tidak dapat dibendung lagi. Jujur sahaja, dia cemburu. Sakit hatinya bila melihat adegan mereka berdua.

"Rania, in this house I have my rules," kata-kata Adam berjaya memberhentikan Rania dari terus melangkah. "Dan peraturan paling penting ialah, jangan sesekali mencampuri hal peribadi orang seperti yang buat tadi,"

"Ba-baik Encik. Maafkan saya. Lain kali saya takkan buat lagi," ujar Rania sebelum berlalu pergi.

Adam kemudian mengambil tempat tepat dihadapan Sophia. Sophia melirik ke arah Adam sekilas sebelum meneruskan suapan bubur ke dalam mulutnya. Susah-susah dia hendak menelan bubur itu. Tiba-tiba sahaja seleranya mati walaupun beberapa minit yang lalu perutnya berkeroncong.

"Sayang, bentar lagi kamu mau kerja kan?" Tanya Alice dalam nada gediknya. Tapak tangannya mengusap lembut dada bidang Adam.

Sophia di sana seolah-olah tidak wujud. Hatinya kini diulit rasa cemburu yang amat. Namun sedaya upaya ditahan rasa sakit hatinya. Begitu juga dengan air matanya yang sedaya upaya ditahan agar tidak jatuh. Suapan demi suapan ditelan secara paksa.

"Yes honey. Now not later," balas Adam.

"Oh okay deh. Kamu jalan dulu ya? Aku ada penggambaran jam 12 siang. Jadi aku nginap sini bentar aja sementara nunggu supir aku untuk menjemput aku,"

"Is it okay without me?" Adam meminta kepastian.

"Yes sayang. Gak apa-apa kok,"

Mr Devil, Mr HeroWhere stories live. Discover now