Skinny Love

14 0 0
                                    


 " Awak dah makan? " tanya Taehyung sambil menghulurkanku sebuah bekas makanan yang berisi mi goreng. 

" Belum " jawabku sambil menggeleng kepala.

" Eh, awak kena makan. Nak saya suapkan? " 

" Tak apa, saya boleh makan sendiri. "

" Oh,okay. Saya letak dekat sini, nanti awak makan eh? Nanti awak sakit, kalau tak makan. Makan tau! Saya buat ni hehehe " kata Taehyung disertai dengan eye-smilenya itu.

" Nae " balasku pendek.

" Awak sibuk sangat ke? " tanya Taehyung sambil merapatkan dirinya denganku yang sedang sibuk menyiapkan kertas kerja.

" Awak tak nampak ke saya tengah buat apa ni? Mestilah saya sibuk! " jeritku perlahan sambil membetulkan tempat dudukku.

Taehyung hanya berdiam diri tanpa sebarang kata setelah aku berkasar sedikit dengannya buat pertama kali. Perasaan bersalah mula timbul di hatiku bila aku sedar yang dia hanya berdiam diri setelah apa yang aku telah buat padanya tadi. 

" Taehyung-ah, saya minta maaf pasal tadi. Saya..." 

Belum sempat aku menyambung, Taehyung sudah memotong.

" Tak apa, saya faham. Awak sambunglah kerja awak tu. Saya tak nak kacau awak. " kata Taehyung dengan nada kecewa lalu bangun dan meninggalkanku keseorangan.

Oh tidak. Apa yang telahku buat? Aishhh, bodohnya kau ni. 

......

" Taehyung-ah, jawablah. Kenapa awak tak nak jawab? Saya minta maaf " kataku sambil mengigit bibir.

Nombor yang anda dail, tidak dapat dihubungi. Sudah berulang-ulang kali aku mendengar suara operator di talian. Ya, dia masih tidak menjawab panggilanku itu. Ah, kenapalah aku marah dia hari tu? 

Aku mematikan panggilan. Aku bertekad untuk mencarinya tetapi keadaan tidak mengizinkanku kerana kerjaku masih banyak lagi yang belum disiapkan. 

Beep. Bunyi itu menandakan bahawa ada mesej yang masuk. Aku mencapai telefon bimbitku lalu membaca mesej itu. Ya, ianya daripada Taehyung. 

 Awak, masih sibuk lagi ke? Minta maaflah sebab tak jawab panggilan awak tadi sebab saya matikan telefon. Kalau awak tak sibuk, boleh kita berjumpa? Saya rindu nak keluar dengan awak. Kita jumpa di taman yang depan jambatan tu,okay? Bye xx

________

" Maaf, lambat " kataku tercunggap-cunggap.

" Tak apa, seribu tahun pun saya sanggup tunggu awak. " jawab Taehyung dengan senyuman yang nipis.

" So, awak nak jumpa saya untuk apa? " tanyaku.

" Erm..sebenarnya.. " kata Taehyung sambil mengosok belakang lehernya.

" Sebenarnya apa? " 

" Saya rasa..hubungan kita sampai di sini sahaja. " katanya perlahan.

Aku tergamam. Adakah kata-kata yang keluar dari mulutnya itu adalah betul? Tidak, aku tidak mahu memutuskan hubunganku dengan dia. 

" Apa yang awak cakapkan ni? Awak main-main ke? " soalku dengan penuh tanda tanya.

" Tak, saya serius. Saya memang dah tak tahan dengan semua ni. " luah Taehyung.

" Hah, m-maksud awak? " soalku kembali.

" Okay, look. Awak asyik-asyik sibuk dengan kerja awak tu. Awak langsung tak nak luangkan masa awak dengan saya. Habis tu, bila saya tanya sikit, awak dah marah. Mi yang saya buatkan untuk awak hari tu pun, entah awak makan ke tidak. " balasnya panjang lebar.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 07, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Tae's SeriesWhere stories live. Discover now