"Baik. Kalau Pak Cik tak nak bagi saya masuk, saya akan panjat pintu pagar ni buat kali ke-2." kata Tzuyu sambil menunjuk peace kepada Pak Cik itu.
"Jangan dipanjat pagar tu, roboh juga la pintu pagar ni" kata Pak Cik itu.
"Apa yang bising-bising ni Pak Cik" tanya seseorang.
"Ni ada seorang pelajar yang datang lewat, tapi saya tidak membenarkan dia masuk. Dia cakap kalau tak nak bagi dia masuk, dia akan panjat pagar ni." Ujar Pak Cik tersebut dengan jujur.
"Aduh. Jujur pula la Pak Cik ni" kata Tzuyu sambil menepuk dahinya.
"Yeoja or Namja?" Tanya orang itu.
"Yeoja" jawab Pak Cik itu.
Orang itu tersenyum setelah mendengar jawapan tersebut. Lalu berkata;
"Pak Cik, saya izinkan dia masuk." kata lelaki itu.
Setelah mendapat keizinan dari lelaki itu, Pak Cik yang menjaga gerbang sekolah itu terus membuka pintu.
"Awak dibenarkan masuk sekarang." kata Pak Cik itu.
"Kamsahamnida." ujar Tzuyu sambil tersenyum manis. Tzuyu terus masuk dan menghiraukan lelaki tersebut, kerana malas mahu melihat muka lelaki itu.
"Ehem..hem.." Lelaki itu berdehem.
Tzuyu yang mendengar suara itu terus berpusing menghadap lelaki yang dikenali sebagai ketua pengawas.
"Apa?" Tanya tzuyu dengan begitu malas.
"Pergi macam tu je?" Tanya Mingyu.
"Nae, gumawo." jawab Tzuyu dambil bow. Baru sahaja selangkah Tzuyu melangkah Mingyu telah menahannya.
"Kau mesti didenda." kata Mingyu dengan tegas.
"Sekarang aku nak kau jalan itik keliling padang" ujarnya lagi
"Mwo? Yahh, kau dah gila? Baru lambat 5 minit." kata Tzuyu sambil memandang jam tangan yang berada di tangannya.
"Well, sebagai seorang ketua pengawas aku kena jalankan tanggungjawab aku. Setahu aku ni bukan kali pertama kau lambat, tapi kali ke-2 kan." kata Mingyu dengan sangat sinis.
Tanpa membuang masa Tzuyu terus melakukan denda yang diberikan oleh Mingyu kepada dirinya.
"Yo! Wassup!" Kata kawan Mingyu, Sungcheol atau dikenali sebagai S.coups.
"Asal tu?" Tanya Wonwoo sambil tangan kanannya diletakkan di bahu kiri Mingyu.
"Datang lambat 5 minit." kata Mingyu dengan selamba.
"Lambat 5 minit kau denda dia jalan itik keliling padang?" Kata S.coups yang tidak percaya akan kelakuan kawannya itu.
"Ada lagi... Kalau korang berdua nak tahu, semalam budak tu panjat belakang sekolah." sambil menunjuk ke arah Tzuyu.
"Extreme gila!" Kata Wonwoo . Mingyu hanya tersenyum lalu menggelenglan kepalanya melihat gelagat rakannya itu.
*Tzuyu POV*
"Gila betul la mamat poyo tu."
"Ishh.. Aku tahu la aku salah."
"Haa ! Tu duduk bertiga tu mengumpat pasal aku la tu."
"Halamak, tunjuk-tunjuk pula."bebel Tzuyu sendirian
***********
Usai berjalan itik keliling padang Tzuyu terus pergi ke arah Mingyu.
"Lain kali jangan lupa datang lambat dan panjat pintu belakang lagi ye." kata Mingyu sambil tersenyum sinis.
"Aku akan pastikan kau akan terima balasan." ujar Tzuyu sambil menahan amarah dan berlalu pergi sambil melanggar sebelah bahu kiri Mingyu. Manakala Mingyu hanya menatap akan kepergian gadis itu.
*SKIP*
*Waktu Rehat*"Mingyu denda kau sampai macam tu sekali?" - Jihyo
"Dia dah gila ke apa?" - Momo
"Hmm... Jskxopleaczytq" ucap Nayeon. Kata-katanya langsung tidak difahami oleh rakan-rakannya kerana mulutnya dipenuhi dengan makanan.
"Daebak la Nayeon. Aku fikir classmates kita Si V tu sorang jee yang tahu cakap bahasa alien rupanya kau pun sama?" Soal Sana.
"Lepas ni kau boleh la ajar kita orang kan ? Manalah tahu tiba-tiba alien nak datang ke apa ke kan? Pastu kita boleh kenal-kenal dengan alien tu semua." Tanya Jungyeon dengan teruja.
Satu ketukan kepala yang dilemparkan oleh Chaeyoung kepada dua sahabatnya itu, Sana dan Jungyeon.
"Tak de maknanya alien tu nak datang, sebelum alien tu jumpa kau dia dah lari dulu dah." ketawa Chaeyoung.
Mereka berdua hanya memuncungkan mulutnya. Manakala rakan-rakannya yang lain sudah tertawa melihat drama yang tidak berbayar itu.
Tzuyu yang dari tadi memerhati Mingyu yang sedang memesan makanan tersenyum sinis.
"Haa! Kantoi pandang Mingyu. Tau la dia tu hensem tapi tak payah la nak senyum macam tu sekali. Ngeri tau tak?" Kata Dahyun.
"Euww, siapa kata dia hensem?" Soal Tzuyu.
"Habis? Yang kau senyum-senyum pahal?" Sampuk Mina pula.
"Aku senyum sebab aku dah tahu macam mana nak ajar mamat poyo tu." kata Tzuyu lagi.
"Kau jangan cari pasal Tzuyu." kata Chaeyoung yang duduk bersebelahan dengan Tzuyu.
"Tengok je ok? Dia tu kena ajar sikit." kata Tzuyu sambil menepuk-nepuk bahu Chaeyoung dan beredar dari situ.
**********
"Mianhae, ahjumma tumpang tanya. Yang ini pesanan untuk meja yang ada 13 orang namja tu ke?" Soal Tzuyu sambil menunding jari ke arah 13 orang namja itu.
"Iya, ada apa ye?" Tanya ahjumma itu.
"Ahjumma nampak tak yang paling tinggi tu?" Tanya Tzuyu
"Ouh.. Mingyu." ujar ahjumma itu sambil tersenyum.
"Famous juga dia tu sampai Ahjumma ni pun kenal dia." monolog hati Tzuyu
"Mingyu suruh ahjumma letak cili banyak-banyak dalam dia punya makanan." kata Tzuyu berbohong.
"Tapi.."
"Tak pe dia suka makan pedas-pedas ni.... Dia kata kalau pedas-pedas baru sedap." ujar Tzuyu sambil menunjuk ibu jarinya.
"Baiklah, kalau kamu dah cakap macam itu." kata ahjumma lalu meletakkan cili yang begitu banyak pada makanan tersebut.
"Gumawo." ujar Tzuyu sambil bow.
Tzuyu terus ke tempatnya semula setelah selesai menjalankan plannya itu.
"Kau buat apa tu Tzuyu?" tanya Jihyo.
"Chill... Dalam kiraan .."
"1."
"2."
"3.""Air, air !" Jerit seseorang.
"What?" Jerit Tzuyu yang tidak percaya akan apa yang sedang berlaku.
*BERSAMBUNG*
YOU ARE READING
『COMPLETED』 Diam - Diam Suka | K.M.G
Fanfiction"Kau nak buat dekat aku macam ni kan?" Sengaja Mingyu menuangkan mineral water pada gadis itu. "Permainan baru sahaja bermula." - Mingyu. ↢↣↢↣💘 "Selagi si mamat poyo tu tak rasa macam mana air tu kena dekat dia, selagi tu aku tak akan puas!" - Tzuy...