BAEKHYUN POV

102 10 0
                                    

Exo L kata aku adalah member yang paling banyak menangis sejak Kris , Luhan dan Tao keluar . Dan aku juga adalah member yang paling banyak berubah sejak mereka keluar . Mungkin betul juga apa yang Exo L katakan . Aku jadi semakin matang apabila satu masalah berlaku . Hubungan aku dengan Taeyeon tersebar dan sejak itu aku hadapinya dengan cara yang matang . Aku sedar yang aku masih ada lagi perasaan benci dekat Kris , Luhan dan Tao . Kenapa dorang tinggalkan kitorg ? Mana perginya janji tu ? Macam budak-budakkan . Aku masih lagi ada rasa benci walaupun aku tahu kebenarannya . Aku cuma rasa takut . Aku takut untuk hadapi hari seterusnya . Aku tak bersemangat . Aku melemparkan pandangan ke arah bintang yang bersinar di langit . Luhan kata bintang tu melambangkan setiap seorang dari kitorang . Ianya mungkin nampak berbeza tapi ianya sama . Tak kiralah bintangtu paling terang atau tak . Yang penting kami tetap bersama walaupun awan menutup sinaran kami dan bumi tetap berpusing . Kami tetap bersama . Entah kenapa malam ni terasa semacam . Aku terasa kosong . Aku mencampakkan semula pandanganku pada katil kosong berdekatan pintu . Katil yang bermemori . Itu katil Luhan , apabila hujan lebat dan guruh ataupun ketika aku tak boleh tidur dan takut . Aku akn berlari ke katilnya dan tidur bersamanya . Namun sejak Luhan keluar aku langsung x menoleh ke katilnya . Tapi malam ini aku mahu ke sana dan menangis sekuat hati di atas katil itu . Sama seperti apa yang aku pernah lakukan ketika Luhan keluar . Aku merayu kepadanya dengan menangis sekuat-kuatnya di atas katil itu .

Aku baring di atas katil yang empuk itu . Aku memeluk erat anak patung yang ditinggalkan oleh Luhan untukku di atas katilnya. Aku memandang kosong ke arah syiling . Ianya menyakitkan . Kenapa halangan macam ni yang aku harus hadapi ? Sewaktu aku menjadi trainee , aku langsung tak yakin untuk berjalan terus ke hadapan , ke arah impianku . Aku selalu tersekat diantara impian dan kemusnahan . Sampai suatu hari member Exo tarik aku ke dalam impian . Mereka tarik aku ke dalam impian yang aku sendiri tak jangkakan . Aku bersyukur sbb ada diorang tapi pada masa yang sama aku berfikir . Sampai bila ? Apabila melihat KimBum sunbaenim keluar dari Super Junior dan TVXQ berpecah dulu aku terfikir . Adakah suatu hari nanti kami juga akn jadi begitu ? Nampaknya mimpi ngeri aku bermula apabila seorang demi seorang keluar .

Aku lemah , aku tak mampu halang diorang untuk keluar bahkan aku tak mampu nak memujuk member yang terasa kehilangan sebaliknya mereka yang memujukku . Aku meletakkan orang yang aku sayang di dalam bahaya apabila hubungan aku dan Taeyeon tersebar . Aku .... aku ..... aku bencikan hidup ini .. apabila aku mula rasa putus asa . Seorang lagi menarik tangan aku untuk bangun . Ianya Chanyeol .

"Tiada kejayaan tanpa halangan dan halangan takkan wujud jika kau betul-betul nak berjaya"

Aku kaku , bagi seorang yang aku sudah anggap sebagai happy virus sejak mula . Dia tak pernah serius dan sentiasa bermain-main (sama seperti aku) namun kata-katanya tak berhenti bermain di dalam mindaku . Apabila aku putus asa , satu demi satu member tarik tgn aku untuk buat aku sedar betapa susahnya untuk aku sampai tahap ni . Dan aku tak bersendirian . Aku ada dua keluarga yang membantuku untuk berjaya selama ni . Aku ada Exo untuk bantu aku sedar betapa kuatnya aku untuk hadapi setiap cabaran dan aku ada keluargaku yang selalu menyokongku dari belakang ...

Promise (Malay)Where stories live. Discover now