" Sayang mana tie abang ". Jerit Adrian dari dalam bilik mereka.
Berlari Damia menuju ke bilik mereka. Yalah kang lambat-lambat mahu si Adrian tuh menjerit macam gorila nanti. Dania yang mengigit puting botol susu itu hanya memandang kearah ibunya yang sedang maraton di dalam rumah. Iyalah mananya dia nak faham almaklum la baru berumur 3 tahun.Setelah tiba di bilik mereka Damia memulas tombol pintu tersebut.Tersenyum Adrian memandang Damia Inani yang tercungap-cungap di hadapannya itu. Manakala Damia pula memandang suaminya dengan pandangan membunuh. Mana tak nya,Adrian menjerit bagai nak roboh rumah mereka ini tapi bila dibuka nya pintu bilik mereka Adrian telah siap memakai tie hitam berjalur coklat itu.
" Ishh abang nie dah kanapa? Kalau dah tahu tie dah ada and dan siap pakai pon yang terpekik terlolong panggil Mia nie kenapa? Tahu tak yang Mia tinggal Nia sengsorang kat bawah. Buatnya dia 'kemas' satu rumah nie Mia jugak yang susah nak kena kemas balik. Abang apa tahu? Abang pon sama dengan anak abang tuh kerjanya sepahkan rumah je.."
Panjang berjela Mia membebel. Angin betol dia hari nih.Yalah dah la 'kawan baik' dia datang melawat hari nih. Lepas tuhh kena pulak prank yang tak menjadi dari suami terchentaaaa sangatt. Sapa yang tak angin bila pepagi buta dah kena exercise yang tidak direlakan. Kalah usin bolt dia lari naik ke tingkat atas tadi.
Adrian pulak hanya tersengih menayangkan gigi putih tersusun rapi nya itu. Salah dia jugak bergurau pada time yang salah dengan isterinya itu. Bukannya dia tak tahu Mia sekarang dalam mood yang tak berapa baik.
Adrian berjalan mendekati isterinya itu lalu memeluk isterinya sambil mengucup dahi,mata,pipi serta hidung Mia saat bibirnya ingin mengucup bibir isterinya Mia melarikan wajahnya lalu ciuman itu tersasar kearah pipi Mia.
Adrian hanya tersenyum.
"Sayang abang minta maaf ok? Abang saje je nak gurau-gurau dengan sayang pagi-pagi macam nih hmm...sory ok? Abang lupa 'musuh' abang 'melawat' sayang hari ni." Ujar Adrian yang cuba memujuk isterinya itu.Damia hanya menjeling ke arah suaminya. Sejujurnya dia telah sejuk sewaktu Adrian menciumnya. Cuma saje dia nak mengada-ngada dengan Adrian.Sememangnya Adrian seorang suami yang pandai memujuk dan sangat romantik tahap 100 kg gula.
"Yalah-yalah Mia maafkan abang. Tapi ingat sekali lagi abang buat macam nih Mia tak agak-agak humban abang dari balkoni bilik". Sambil menayangkan muka bengis seperti yang selalu dia lakukan ketika anaknya itu mebuat salah.
"Sayang-sayang, sayang ingat abang takut dengan muka nenek kebayan tak menjadi sayang tuh." Adrian mencium hidung Damia. "Abang bukan Nia ok..Ha sebut pasal Nia nih mana anak abang tuh? "
Damia membulatkan matanya. Sibuk beromantika kat atas dengan suaminya lupa terus kat anak dia. Sepatas kilat Damia berlari turun ke bawah. Adrian juga mengikuti langkah Damia. Risau juga dia andai Dania pergi ke dapur.
Dania Adriana buah hati mereka. Seorang yang sangat nakal tetapi manja dengan papanya, Adrian. Itulah nyawa Adrian selain Damia.
Adrian tersenyum sendirian apabila mengingati perkenalan nya dengan Damia suatu ketika dulu. Dia mula jatuh cinta dengan Damia apabila Damia membuat 'havoc' di kantin sekolah mereka gara-gara seekor lipas.
" Ya Allah Nia...mama baru je kemas je semua ni.!!". Adrian tersedar dari lamunannya. Kepala nya tertoleh ke arah suara Damia. Terbeliak matanya melihat ke arah anaknya. Habis dikoyak majalah business nya.
' habis la majalah aku semua tuh. Nak marah tak sanggup' Bisik Adrian dalam hati.
"Sayang buat apa kat majalah papa tuhh" Adrian sengaja membulatkan matanya untuk menakutkan Dania.
"Nia uma nak uat kapal ebang acam papa ajar tuh". Nia menundukkan wajahnya sambil memuncungkan bibir. Matanya pula kelihatan sedikit berkaca.
Adrian yang melihat wajah comel Dania yang monyot kerana takut dimarahi olehnya. Dia cuma tersenyum memandang wajah anaknya itu.
Damia pula hanya melihat skeksa dua beranak itu. Dia tahu Adrian tidak akan memarahi anaknya itu. Tak pernah sekali pun Adrian naik tangan ke atas Dania walaupun anak itu nakal mengalahkan budak seusianya.
"Nia papa tak marah Nia pun. Papa tanya aje. Tak apa Nia buat la kapal terbang nanti papa balik dari work papa nak tengok ok?." Adrian mencium pipi gebu Dania lalu mengendong Dania. Dania pula terus mencuim pipi Adrian.
"Abang, Mia tak suka la abang manja kan sangat si Nia nih." Damia meluahkan rasa tidak puas hatinya.
"Lahh..pelik la sayang nih. Abang manja anak abang bukan nya anak orang lain. Kang abang manjakan anak orang mau nya hari nih juga abang jadi penanggal kan?. Sebab sayang pacung kepala abang." Adrian ketawa kecil seraya melangkah ke arah pintu rumah.
"Ishh abang nih kesitu pulak. Apa dah teringin sangat nak jumpa makhluk Allah yang satu tuh? ". Damia menjegilkan matanya ke arah Adrian..
"Teriingin jugak abang mana tahu boleh mintak autograf kat dia. Pastu abang hantar muzuim. Wow mesti menarik kan sayang." Bangga betol muka Adrian mengemuka idea yang belom tentu orang gila pon sanggup buat. Mana ada hantu di muka bumi yang nak bagi autograf dia. Aduiii.
"Dah la. Abang dah lambat kan nak pergi kerja. So tunggu apa lagi pergi la..hihihi" Mia menhalau suaminya secara halus.
"Amboi sayang menhalau nampak.. ok la abang pergi. Sayang duduk elok-elok dengan Nia jangan diajaknya anak kita tuh menari kpop ngan sayang. Abang pergi dulu. Assalamualaikum " Adrian menhulurkan tangan kanannya ke arah Damia dan isterinya itu mencium tangannya selepas selesai bersalaman dengan isterinya dia m mencium pula pipi Damia dan Dania sebelum melangkah ke keretanya.
Damia dan Dania melambai ke arah Adrian sebaik Adrian memasuki kereta audi nya dan meluncur laju meninggal rumah mereka. Damia tahu sekarang hanya Adrian dan Dania hartanya setelah di kehilangan kedua orangtua nya dan adik beradiknya yang lain dalam kemalangan 10 tahun yang lalu. Hanya dia terselamat dalam kemalangan tersebut. Memang dia sedih tapi apa boleh buat dah Allah takdirkan jalan hidupnya begitu. Tapi Allah hadirkan Adrian dalam hidupnya dan menceriakan harinya. Dia tak nak kehilangan si jantung hatinya itu.
Adrian mililknya.
Dia milikku bisik hati Damia lalu dia melangkah masuk ke dalam 'syurga' nya bersama Dania dan Adrian.This is my first novel. Sory klau tertypo ke apa.hihi..maaf jugak klau story nih membosan kan. Hope you guys vote n komen. Insyaallah sya akn perbaiki cara penulisan saya jika ad kekurangan. Selalu sya menulis dalam buku dan bagi kekawan baca. N really2 thank to @surayasss a.k.a my beloved kezen yg jdy juri x brbyar saya.
YOU ARE READING
Blood, Sweat And Tear
RomanceSiapa cakap selepas kahwin indah-indah belaka? Damia dan Adrian diibaratkan sebagai pasangan yang paling romantik sehingga mereka diberi gelaran "The best couple forever" Kehidupan mereka bertambah lengkap apabila Dania benih cinta mereka hadir dal...