#PK69

37.7K 1.1K 12
                                    

Cukup 70 habis ah cerita ni. HAHAHAHAHAHAHAHAHAH.



***

Sampai sahaja dirumah, aku sudah nampak kereta Khairul sudah ada di perkarangan rumah.

"Assalamualaikum." Sapa aku sebaik sahaja masuk kedalam rumah. Aku mencari kelibat Khairul, namun tiada dibawah.

"Hmm dalam bilik kot. Mandi." Aku terus bergerak ke dapur untuk meletakkan kembali barang yang aku beli tadi.

Selesai mengemas barang yang dibeli tadi, aku terus mendaki tangga dan naik ke bilik.


Masuk saja kedalam bilik, kelibat Khairul tiada dalam bilik.
Aik. Kemana dia pergi? Kemudian aku membuka tudung dan berlalu keluar dari bilik.

Aku bergerak ke bilik Syafiq terlebih dahulu. Kelihatan Syafiq sedang menonton televisyen.

"Fiq.. Walid mana?" Soalku.

"Walid ada dalam bilik adik umi. Tadi walid mandikan adik." Kata Syafiq. Aku kemudian bergerak keluar ke bilik si kembar.

Buka sahaja pintu bilik, aku terlihat Khairul sedang memakaikan baju kepada si kembar. Syifa masih lagi dibaluti kain tuala.

"Umi dah balik yeay!" Jerit Syifa lalu datang kearah ku.

"Alolo. Wanginya anak umi. Hari ni walid mandikan eh?" Kataku sambil mengusap kepala Syifa.

Syifa tersenyum lalu mengangguk. Aku memandang Khairul. Aik! Dia tak tengok aku pun.

Aku mendekati Khairul dan Syakir.

"Abang.. Dah lama ke balik?" Aku memeluk lengannya yang sedang memakai bedak di muka Syakir.

"Emm." Jawabnya. Dingin je.

"Laa dah kenapa laki aku ni?" Gumam Aku.

"Syifa. Meh sini umi pakaikan baju." Syifa mendekati aku. Aku memakaikan baju tidur itik kepadanya.







***

Selesai sahaja solat isyak, aku duduk menyertai Khairul yang sedang menonton tv di bilik tidur kami. Malas nak turun kebawah katanya.

"Abang.." Panggil ku.

"Emm." Sepatah tu ja dia jawab. Entahlah. Sejak aku balik dari pasaraya tadi, dia asyik diam je. Dah kenapa.

"Abang kenapa?" Soalku. Aku bermain main dengan jarinya.

"Em takde apa." Jawabnya. Matanya masih lagi memandang ke arah tv. Hish ni aku geram ni.

"Hmm kalau takde apa, asal abang diam je. Dari tadi lagi abang tak cakap dengan sayang. Sayang tanya sepatah abang jawab sepatah. Selalunya abang ada je nak cakap dengan sayang." Kataku seolah menjauh hati.


"Hmm irfan macam mana? Irfan tahu ke sayang ni isteri abang?" Soalnya.

Sah! Ni kes cemburu dengan irfan lah ni.

Aku sudah gelak. Dia memandang aku pelik.

"Laa kenapa gelak pulak? Syok jumpa irfan?! Hmm?"

"Haha. Takdelah. Abang layan sayang acuh tak acuh sebab irfan lah ni? Haha. Abang, benda lama lah. Let bygone be bygone k." Kataku sambil mengusap pipinya. Mukanya masih lagi masam.

"Hmm yelah . Mana abang tak jeles, dia first love sayang kot. Sebab dia lah sayang tak bukak hati sayang untuk orang lain." Kata Khairul.

"Ya Allah abang. Sayang dah kahwin dengan abang pun. Dia pun dah khawin dah ada anak dah. Okey?" Aku menarik hidungnya geram.

"Auch! Sakitlah yang." Aduh Khairul.

"Haa tulah! Jeles lagi.sekarang ni hati sayang hanya untuk abang jelah. Percayalah." Kata ku. Kemudian Khairul sudah kembali tersenyum. Dia mencium kedua pipiku.


"Haa. Sayang tak jawab lagi. Dia tahu tak sayang khawin dengan abang?" Kepala aku sudah lentokkan atas dadanya. Dia memeluk erat bahuku.

"Emm tak." Terus pelukan dibahuku dileraikan.

Alamak! Khairul memandang aku dengan wajah yang bengang.

"Kenapa sayang tak bagitahu sayang khawin dengan abang? Hmm." Katanya seolah menjauh hati.

Adeh! Masaklah kau Syafiha .

"Alaaaa abang.. Em tak sempat lah nak cakap. Alaa jangan lah macam ni." Kataku separuh merayu.


"Hmm yelah." Kata Khairul kemudian terus ke katil. Aku termanggu sendiri di atas sofa.




Payah sungguh kalau Khairul dah start cemburu ni. Padahal irfan tu dah khawin. Penting sangat ke bagitahu Irfan yang aku khawin dengan Khairul.


Syafiha mengeluh lemah di sofa. Khairul sudah tidur di atas katil.



**

Khairul dah start jeles dah. Satgih sis update satu lagi untuk malam ni. Okey? Haha tapi tunggu lah lewat sikit sebab sis ade kerja jap. Okey bai. 💕

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now