#SpecialChapter

27.3K 1K 104
                                    

Comel ^^

Bila baca balik, aku rasa geli pulak hahahha 😂😂 Yang kenal aku in real life, anggap la ni bukan aku yang tulis eh.. so not me euww *rolling eyes*

But my lovely readers deserve a happy scene kan? Pasal chapter hujung-hujung banyak beno air mata.

Sebelum korang assume Em jadi hantu dan hidup balik, ni FLASHBACK tau!! Hahaha,, enjoy 🌸🌸






"Aku terima nikahnya Puteri Emilin binti Megat Fauzi dengan mas kahwinnya dengan tiga dinar emas tunai,"

"Sah,"

Wajah bidadarinya yang cantik dijeling sekilas. Jeling manja.

Ketika mendekati kekasih halalnya untuk menyarung cincin, barulah dia rasa menggigil. Pertama kali menyentuh tangan halus itu.

Dengan sengajalah. Masa sekolah dulu ada juga terpegang. TER- okey?

Saat bibirnya menyentuh dahi Emilin, terasa tubuhnya bagai disimbah ais. Sejuk. Nyaman.

"Dengan izin Allah, I janji yang you seorang je kekasih halal I. Dunia akhirat,"


~~~~~♡♡♡~~~~~

"Cari apa, bang?"

Nazreen berpaling memandang adik iparnya yang menyoal. Hanya sengihan mampu ditayang pada Emir dan beberapa orang sepupu mereka yang duduk melepak. "Nampak kak Emi tak?"

"Oh, kak Emi? Dia dah naik bilik tadi," jawab Emir polos. Budak underage kan?

Tapi bukan sepupu-sepapatnya yang kebanyakannya dah berumah tangga.

"Uishh, bilik!"

"Good luck, Naz."

"Jangan cepat pancit!"

"Slow-slow kayuh,"

...dan banyak lagi 'nasihat' lain yang tak boleh ditulis dekat sini. Takut kena R-rated, ahaha!

Nazreen hanya tersengih macam orang bodoh dengan telinga yang dah merah sebelum meminta diri naik ke bilik. Sebaik sahaja dia sampai di hadapan bilik Emilin, gugupnya menyerang.

Okey, bukan gugup je. Excited jugak. Hehe~

Emilin terkejut apabila wajah Nazreen terpampang sebaik sahaja dia membuka pintu bilik air. Masing-masing terkaku saling berpandangan.

"Err... y- you mandi la dulu,"

"Okey,"

Sekejap sahaja tubuh Nazreen sudah hilang di sebalik pintu bilik mandi. Emilin memegang pipinya yang terasa panas.

Ni baru betul malu sebab tak pakai baju!

Dia masuk ke dalam walk in closet untuk mengambil baju tidur. Hah, ni lagi satu dilema. Nak pakai negligee seksi-seksi ke, nak pakai baju tidurnya yang biasa je?

Tiba-tiba dia teringat gurauan setan-setan gonjeng masa dia sekolah dulu.

"Truth or dare?"

Emilin pandang mata pensel yang menunjuk padanya. Pengkhianat punya pensel!

"Truth,"

Tiga orang setan gonjeng di hadapannya ini dah tersenyum iblis. Ni la masanya nak bergosip, kan?

"Okey," Farish memulakan bicara. Muka Emilin ditenung dalam dengan senyum penuh makna. "KALAU... okey? Kalau kau ada dua calon suami iaitu Nazreen dengan Izham, kau pilih siapa?"

Satu Mimpi ✔Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin