Sesi taa'ruf pun bermula..
Cikgu Fatimah memperkenalkan dirinya selaku Guru kelas Tingkatan satu Hang Tuah dan guru Bahasa Melayu. Berstatus bujang, anak yang ketiga daripada empat beradik, berumur dua puluh lima tahun dan baru mengajar tahun yang kedua d sekolah itu.
Seterusnya..
Cikgu Fatimah mengarahkan setiap pelajarnya memperkenalkan diri masing-masing di depan kelas agar semua pelajar dapat mengenali serba sedikit berkenaan latar belakang kawan-kawan mereka.
Bak kata pepatah Melayu"Tak Kenal Maka Tak Cinta". Sempat lagi, Izzatul bermonolog di dalam hatinya sambil mengingat bait-bait lagu versi Melayu itu. Khayalannya terganggu apabila mendengar semula suara merdu Cikgu Fatimah di depan kelasnya.
Baiklah kelas..
"Kita mulakan dengan pelajar lelaki dari sebelah kanan Cikgu ni" kata Cikgu Fatimah.
Pelajar tersebut pun bangun dan terus menuju ke depan kelas dengan memperkenalkan dirinya sebagai Sharif Shari
Bin Saad. Kemudian diikuti dengan pelajar seterusnya sehingga selesai sesi taa'ruf tersebut.Selepas itu..
Cikgu Fatimah memilih sendiri beberapa orang pelajar untuk menjadi calon Ahli Jawatan Kuasa kelasnya. Pelajar diminta mengundi secara angkat tangan sebanyak dua kali sahaja bagi nama yang dicalonkan untuk jawatan tersebut. Beberapa minit kemudian,maka terbentuklah Ahli Jawatan Kuasa kelas Hang Tuah.
Senarai nama pelajar dan jawatan yang disandang adalah seperti berikut:-
●Ketua Kelas→ Ikram Najmi Bin
Hakimi.
●Timbalan Ketua Kelas→ Nurul
Qamar Binti Badri.
●Bendahari→Halwa Jannatun Binti
Mahmud.
●Ketua Disiplin Kelas→Ridwan
Hadari Bin Malik.
●Timbalan Ketua Disiplin Kelas→
Izzatul Aini Binti Idris.
●Ketua Kebersihan dan Keceriaan
Kelas →Ayub Khalid Bin Alias.
●Timbalan Ketua Kebersihan dan
Keceriaan Kelas→Nadrah Saa'dah
Binti Yahya.Tiba-tiba...
Tok! Tok! Tok! dari pintu.. "Assalamualaikum Cikgu .. ". Semua pelajar menoleh ke arah bunyi dan suara yang memberikan salam itu. Maka, terlihatlah oleh mereka susuk tubuh pemilik suara yang lunak sedang berdiri tegak di depan pintu kelas mereka...
Lalu Cikgu Fatimah menjawab "Waalaikumussalam.. Ya,Cikgu.Ada apa ya?".
"Boleh saya berjumpa dengan pelajar yang bernama Izzatul Aini Binti Idris, cikgu?".
"Oh, boleh.. Izzatul Aini cikgu ni nak berjumpa dengan kamu" kata cikgu Fatimah.
Semua pelajar berasa hairan terutama kawan karibnya yang berdua itu. Tapi, tak dinafikan hampir semua memuji ketampanan cikgu lelaki tersebut malahan ada yang berbisik-bisik agar cikgu Fatimah berjodoh dengan cikgu lelaki yang belum diketahui namanya itu.
Sebelum beredar cikgu lelaki tadi sempat mengucapkan terima kasih sambil berbalas senyuman dengan cikgu Fatimah.
Nurul Qamar dan Halwa Jannatun tak sabar menunggu Izzatul Aini duduk. Mereka nak tahu sebab guru lelaki tu datang berjumpa dengan kawannya tu.
"Izzatul, mengapa cikgu tu berjumpa kau tadi?," tanya mereka serentak dalam nada berbisik.
"Erm.. Tak ada apa-apalah dan jangan risau kawan-kawanku sayang ya.. Cuma aku minta tolong korang temankan aku tunggu cikgu tu nanti di tempat letak kereta lepas tamat kelas, boleh kan?.. " Kata Izzatul Aini sambil tersenyum dan siap keningnya terangkat sekali.
"Okey.." serentak rakannya menjawap..
Sebelum keluar kelas, cikgu Fatimah sempat berpesan kepada pelajarnya agar sentiasa menjaga disiplin dan memberikan tumpuan sepenuhnya ketika guru mengajar di kelas.
YOU ARE READING
Dia Bukan Ditakdirkan Untukku
RandomSinopsis Kehidupan suka duka dan percintaan gadis yang bernama Halwa Jannatun dalam mengharungi pelbagai cabaran hidup bersama keluarganya yang tercinta. Halwa seorang gadis yang tabah dan cekal namun dia juga seperti gadis lain yang ingin mempunyai...