Bab 1

69 0 0
                                    

"Nek Jah, adik jom turun makan. Kak long dah sediakan semua ni" jerit aku dr pinggir dapur. Kelihatan adik beradik ku turun dr tangga bertolak tolakan antara satu sama lain dan diikuti oleh Nek Jah dibelakang.

"Jangan lari-lari. Kang jatuh, siapa yg susah. Kak Long jugak yg susah" bicara aku pd mereka. Berhenti mereka drpd berlari dn terus menghala ke meja makan. "Dengar jugak nasihat aku" bisik hati kecilku.

"Wah wahhh. Sedapnya kak long masak harini. Ada byk lauk sedap, sambal tumis udang petai, telur dadar, ikan goreng. Kak long dpt duit byk ke harini" ujar adik bongsu ku, Aisyah.

Aku pun tersenyum simpul apabila adikku memuji lauk yg dimasak oleh ku. "Alah dik, mcm tak biasa pulak kak long masak mcm ni bila jualan nasi lemak dia laku" perli adik lelaki ku, Azmi.

"Dah dah. Tak baik ckp mcm lagu tu depan rezeki. Ni rezeki Allah yg bg. Kita kena bersyukur tau Azmi." nasihat Nek Jah pada Azmi. Lalu Azmi hanya mengganguk dn menundukkan mukanya tanda protes.

Selesai makan, Nek Jah memberitahu dia ingin ke belakang rumah untuk mengambil daun pisang. Daun pisang ini yg akan digunakan utk membalut nasi lemak utk dijual pada hari esok.

Lalu Azmi pun menghulurkan pertolongan "Nek Jah, meh Azmi tolong ye. Bahaya amik daun pisang memalam buta ni, takut ada hantu berkenan kt Nek Jah" gurau Azmi pd Nek Jah.

"Haaa macam2 lah kau ni, Azmi. Kau takut nek jah jd hantu ke lpastu kawin dgn hantu?" Bidas Nek Jah dlm nada bergurau.
Mereka hanya ketawa satu sama lain mendengar jawapan Nek Jah.

Sementara itu, Aisyah menolong aku utk membasuh pinggan di dapur. "Kak long, Aisyah kann.... Hmmmm aisyah ada nk bgthu something ni hmmm." Ucap Aisyah tersangkut sangkut.

"Ye apa dia, aisyah. Bgthu je kak long. Kenapa ni ? "

"Aisyah serba salah nk bgthu"

"Haaa haaaa !!! Kenapa ni ? Aisyah ada buat salah ke kat sekolah ? Ke Aisyah ada buat benda tak elok?" paksa ku dgn nada yg keras

"Akak, jgnlah marah dulu, tak baik tuduh aisyah mcm tu haaaaa " kelihatan muka Aisyah yg hampir mengeluarkan air mata.

"Macam ni kak, Aisyah dgn abang Azmi tk beli lg baju sukan sekolah. Lpastu cikgu tk bagi pakai baju tshirt biasa. Cikgu suruh beli yg sekolah punya. Klau nk beli, kena beli 2 helai. Satu utk aisyah, satu utk abang. Dahlah mahal satu baju, rm25 hmm"

Terdiam aku sejenak.Patutlah aisyah teragak agak utk memberitahuku. Dia mesti nk minta duit dr aku tp dia takut nak minta sbb dia tahu aku pun cuma seorang peniaga yg jual nasi lemak. Klau ada untung, ada la duit lebih. Klau takde untung, duit tu utk aku buat modal utk jual nasi lemak pd esok hari.

"Aisyah ni, kenapa tk bgthu kak long nk beli baju sukan. Esok kaklong bg duit ye. Belikan utk abang azmi skali"

"Tp kak long hmmmm"

"Dah dahh. Kak long ada duit utk aisyah beli baju sukan ye. Jgn risaulah. Yg penting, aisyah beli baju tu. Nanti cikgu marah"

"Terima kasih kak long" ujar aisyah dlm nada terharu.

Hmmm aku hanya mengukirkan senyuman sahaja utk aisyah. Takpelah, tu untuk kegunaan dorang kt sekolah. Lgpun, aku berhenti sekolah pun sbb nak jaga adik beradikku dan Nek Jah yg uzur. Ibu bapaku telah tiada semasa umurku hanya 10 tahun, dan aisyah baru berumur 4 tahun.

Selepas ketiadaan ibu bapaku, aku menetap di rumah Nek Jah. Dialah menjagaku, tetapi dsbbkan keadaan dirinya yg uzur, aku membuat kputusan utk berhenti sekolah dan berniaga menjual nasi lemak. Tapi aku redha dgn ketentuan Illahi. Mungkin ini yg terbaik utk diriku.


p/s : untuk smua pembaca yg budiman, terima kasih krna membaca tulisan saya. Maaf jikalau ada kesilapan ataupun kelihatan hambar. Saya hanyalah menulis sekadar hobi sahaja. Komen jikalau ingin memberikan pendapat. Terima kasih

RedhaWhere stories live. Discover now