Bab 12

4.8K 83 0
                                    

Kompang dipalu, pengantin malu. Duduk bersanding tersipu malu.

DIA tersenyum sendiri di hadapan cermin. Wajahnya masih terpalit mekap nipis hasil tangan Jiha. Tak sangka pandai pula kawan dia sorang tu main calit-calit mekap. Waktu dekat universiti dulu, dia nak pakai lip balm pun payah.

Aisya Humaira, dah selamat nikah? Macam tak percaya!

Bukan ke pelan dulu nak buat cuti-cuti Malaysia? Bukan ke dia memang tak bersedia langsung nak kahwin?

Memang pun. Memang dia tak bersedia langsung. Ini pun nasib baik dia memang dah ada sijil kursus kahwin. Kursus dekat universiti dulu. Waktu tu, Jiha juga yang beria-ia ajak sertai.

Sekarang, cuti-cuti Malaysia dia ke mana, angan-angan nak rehat selepas habis ijazah pun ke mana.

Itulah orang cakap, kita hanya merancang. Semua yang jadi, Allah yang tentukan.

Dan dia rasa macam tak percaya apabila mak andam dari kedai pengantin yang dia pergi dengan Firzal dulu hiaskan pelamin yang rupanya sebiji sejebon seperti dalam gambar contoh yang dia berkenan dulu. Yang gaya ala-ala garden style tu. Tak ada kuning terang-benderang gaya lampu isyarat tu.

Hanya ada hijau lumut, merah jambu sikit dan warna mutiara.

Cantik!

Takkan yang dekat rumah dia pun Firzal yang pilihkan? Habis tu yang mommynya pilih dulu?

Ataupun, semua ni rancangan mommynya dengan Firzal?

Tak tahu bila masa dia orang pergi tukar pelan pelamin warna kuning cerah itu kepada yang terletak elok di ruang tamu sekarang ni.

Spontan dia melakar senyum. Firzal... Awak memang sukar dijangka!

Hampir jam sepuluh pagi, dia dibawa turun oleh Puan Hayati ke ruang tamu. Sikit lagi nak tersadung dekat tangga apabila melihat tetamu yang dah pun memenuhi ruang tamu. Firzal yang bersila di hadapan tok kadi dijeling sesaat. Tak berani nak pandang lama-lama. Malu!

Dia tak sedar pun bila tok kadi sampai.

Elok aje dia duduk di atas pelamin, tok kadi dah mula buat lawak dengan Encik Muhammad dan Firzal. Tak bagi pasangan pengantin gemuruh sangat kut. Heh.

Aira nampak mama Firzal tersenyum manis. Nisa dan Nini di sebelah Puan Raslia memakai pakaian bercorak sama. Abah Firzal yang berada di sebelah Encik Muhammad juga tersenyum. Debaran di dalam dadanya makin kuat.

Jari-jemari Puan Hayati digenggam erat, meminta semangat. Dah sedia ke ni, Aira?

"Amar Firzal bin Firdaus, ya?" Suara tok kadi memenuhi ruang. Dia nampak Firzal mengangguk perlahan. Mata Firzal memandangnya sesaat. Sempat dia mengukir senyum balas.

"Pengantin perempuan, Aisya Humaira binti Muhammad?"

Aira kaku di pelamin tak tahu nak jawab macam mana. Angguk laju-laju? Ataupun say yes kuat-kuat? Akhirnya dia nampak daddynya mengangguk, menjawab bagi pihak.

Tok kadi menyerahkan beberapa helai dokumen untuk ditandatangani. Air muka Firzal sangat tenang sewaktu menandatangani setiap borang dan dokumen yang diserahkan. Tenang.

Sedikit pun pen yang dipegangnya tak bergoyang.

Selesai bahagian Firzal, dokumen diserahkan pula kepadanya. Habis.

Sesi tanda tangan dan suai kenal ala kadar dah habis. Tok kadi sudah pun memegang tangan Firzal, bersedia untuk akad.

"Aku nikahkan..."

Dan... Dunia Aira terasa berhenti. Mommy, Aira dah nak nikah!

FIRZAL membuka pintu bilik. Matanya menangkap kelibat Aira yang sedang melipat baju. Spontan dahinya berkerut. Pendeknya! Dah gaya macam Bini-biniku Gengster dah. Heh.

Pencuri Cinta Kelas SatuWhere stories live. Discover now