Malapetaka
Pulau Eurasia. Pernahkah anda mendengar nama pulau ini? Ia merupakan banda kedua terbesar selepas Kuala Lumpur. Lokasinya terletak di tengah-tengah Laut Cina Selatan.
Pulau Eurasia sememangnya memainkan peranan penting dalam membangunkan ekonomi Malaysia sehingga dikenali dengan panggilan Harimau Asia. Pelabur-pelabur asing suka melabur di Pulau Eurasia ini kerana kedudukannya di tengah-tengah Laut Cinta Selatan. Senang untuk kapal-kapal melabuh untuk menukar-nukar barang-barang perniagaan mereka.
Sebab itulah pulau ini berpontensi dalam bidang ekonomi, setanding dengan Negara Singapura, Korea Selatan, India, China,dan Jepun.
Namun siapa sangka, satu malapetaka yang maha hebat melanda pulau ini. Tak semena-mena Pulau Eurasia telah bertukar menjadi neraka dunia bagi penduduk-penduduknya.
Entah di mana silapnya. Pulau Eurasia telah dilanda satu wabak yang membunuh keseluruhan penduduknya. Ia telah berlaku berbelas-belas tahun dahulu hingga membuatkan pulau itu lenyap dari peta Malaysia.
Perjudian yang dilakukan oleh pemimpin Malaysia telah memakan diri dan memberi impak besar kepada penduduk pulau ini.
Siapa sangka, tragedi yang berlaku di pulau ini telah memberikan sejuta pengajaran kepada penduduk kota metropolitan Pulau Eurasia. ALLAH Maha Besar.
Syamir, Harish dan Ashraf, jelas mempelajari sesuatu yang sangat berharga untuk hidup. Cinta, persahabatan dan kepercayaan teruji dalam kancah permainan TUHAN untuk menguji keimanan hamba-Nya.

YOU ARE READING
EPIDEMIK T ( Hold )
RandomDari alam barzakh, mereka merangkak ke dunia. Itulah perumpamaan yang boleh diberikan untuk sekumpulan survivor yang cuba hidup dalam neraka dunia. Tiada seorang pun yang boleh hidup dari serangan virus ini. Dan tiada vaksin yang boleh mengubati pen...