Selamanya Kau

18 2 0
                                    

Aku melemparkan pandangan ke arah padang yang menghijau luas. Telinga menangkap kalam Amir Harith, sahabatku.

Sesekali aku memberi respon - tanda aku pendengar setia.

" Habib! Elak! "

Sepantas kilat, aku berpaling. Tidak sempat mengelak.

Pandangan aku kabur. Natijah,hentaman bola yang tepat mengena kepala.

Aku rebah sendirian. Amir Harith kelihatan kalut memanggil paramedik berdekatan. Ramai mengerumuni dan antara wajah yang sempat aku tangkap, wajahnya.

Dia memandang kosong ke arah aku. Pandangan aku mula gelap.
___________________
" Baik adik-adik. Sebentar lagi kita akan mengadakan pembentangan. Adik-adik diberi masa selama 10 minit dari sekarang. "

Pelajar-pelajar tamrin tingkatan satu kelihatan bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja masing-masing. Sesekali nasyid 'Habibi' dipasang agar suasana tidak terlalu tegang.

Habib hanya tersenyum. Terhibur melihat gelagat junior-junior. Al maklumlah, sudah 3 bulan lebih tidak berkunjung ke rumah. Sekurang-kurangnya perasaan rindu terhadap adik-adiknya terubat.

"Termenung apa? "

Sauban menegurnya. Lengan merangkul manja leher Habib.

Habib tersengih. Lamunannya tergantung.

" Rindu rumah. "

" Sabarlah. Kerja di sini menuntut pengorbanan. Sebulan lagi, balik lah. "

" Bagaimana kalau tak sempat pulang? "

Sauban tersentak. Secara automatik, dia menampar bahu Habib.

" Kenapa kau cakap macam tu?! "

Hatinya menghidu perasaan kurang enak.

" Eh betul lah. Ajal ni bila-bila je. Saat ini pun Allah boleh tarik nyawa kita. "

" Kau nak mati ke? "

" Enta ni kenapa Sauban? "
Habib tergelak kecil.

" Selalunya orang yang nak dekat ajal, cakap benda-benda macam ni lah. " Lurus sahaja percakapannya.

" وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ"
Habib mengalunkan ayat tersebut. As Shuara' ayat 214.

"Jadi bagaimana? "soal Habib.

" Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat." Sauban membalas perlahan.

Habib mengangguk. Sauban hanya diam. Bertafakur.

_____________________
Namanya?

Salah dengar mungkin.

" Saifullah Hakimi! "

Corong pembesar suara bergema kuat.

Saif mendengus kasar. Pengajaran Ustaz Kamil terhenti seketika.

Semua mata memandang ke arahnya. Ustaz Kamil pula mengamitnya tanda menyuruhnya segera.

Kopiah putih diambil lalu dipakainya. Kain serban hanya dilingkari di lehernya.

Malas dibelit.

Najmi, deskmatenya mengerling simpati. Ibu jari diangkat sebagai sokongan kepada Saif.

Saif menjeling tajam. Bosan dengan perangai naif Najmi yang pada tanggapannya agak kolot.

Seorang pelajar berjubah hijau menunggunya di hadapan pintu kelas.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 14, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jangan Pernah BerhentiWhere stories live. Discover now