4: Drama

550 26 3
                                    

Semasa dalam perjalanan pergi ke bilik guru, suasana begitu sunyi dan tenang tetapi suasana seperti itu tidak tahan lama kerana si Anis mula cakap seorang diri. Hayok, semua dah takut, Anis cakap dengan siapa tu? Kawan halimunan ke? Uish.

"Aish... Bagusnya kalau Adib tu jadi milik aku, dah lah handsome pandai pula tu. Kelas pertama. Cunlah dengan aku! Aku pandai juga," membebel si Anis yang berada di hadapan Hyper Squad. Si Drama Queen ni bukan sahaja kuat cakap seorang diri..Apabila Anis membebel pasal Adib, skuad yang lain hanya terus berjalan tanpa menghiraukan si pengawas gila itu.

"Pandai ke? Pandai buat drama...," bisik Pris kepada kawan-kawannya.

Faizal di sebelah Pris dah lama perhati si Pris ni mengomel sendiri. "Eleh, cemburulah tu orang lagi cantik lagi pandai dari dia." Usik Faizal.

Faizal dulu menyukai Anis hanya kerana Anis baik dengan dia, melayannya bagaikan putera. Putera apa? Putera kodok hahaha.

Tapi, Anis memang begitu. Baik dengan semua lelaki. Miang. Heart brokenlah jadinya bila Faizal mendapat tahu bahawa Anis ni bukan melayan dia sahaja dengan baik, tapi semua lelaki.

Hari demi hari, Faizal rela kepergian Anis. 'Pergilah, jika kau perlukan teman, ku disini setia menunggu.' Begitu bunyinya puisi Faizal untuk Anis.

"Eh? Biarlah. Memang dia tak pandai dan tak cantik pun," balas Pris garang. Sakit hati dibuatnya.

"Aku lagi cantik," tiba-tiba Mimi mencelah. Ha, yelah Mimi. Kau lagi cantik. Ambillah.

Jalan punya jalan, mereka melalui kelas 3 Jed. Mereka mendengar suara yang entah dari mana. Mungkin dari kelas 3 Jed.

"Weh, kau tahu tak? Aku mimpi zombie serang sekolah kita!"

"Apalah yang akan jadi bila zombie serang sekolah kita eh?"

"Euw, mesti ngeri gila mimpi kau tu. Lelagi muka zombie tu semua. Euw! Tak kuasa aku."

Hyper Squad memandang antara satu sama lain apabila mendengar celoteh mereka. Adakah itu khabar baik untuk ekspedisi mereka? Atau khabar buruk?

Ala, mimpi je pun. Tak semestinya betul akan terjadi kan? Rileks brader.

"Weh, kau rasa apa yang terjadi kalau ada zombie serang sekolah kita?" Bisik Syaf kepada Hafiz yang berada di depannya dengan perlahan. Nahas diorang kalau Anis dengar. Jeritannya boleh gegar satu sekolah. Oops!

"Entahlah weh, aku rasa...," Tak sempat Hafiz menghabiskan ayatnya si Anis tiba-tiba sahaja pengsan. Skuad yang lain tidak berapa terkejut kerana diorang tahu bahawa Drama Queen ini suka berpura-pura. Dah nama dia Drama Queen kan.

"Hoi, perempuan bangun!" ujar Harith dengan kasar tetapi Anis masih terlantar di lantai yang kotor itu. Arwah dulu baik orangnya. Eh? Hahaha.

"Buat drama tengah-tengah jalanlah pula, haish! Tak fahamlah aku dengan minah ni," omel Mimi.

"Biasalah, dia kan Drama Queen terkenallah sangat dekat sekolah ni," balas Syida dengan menjeling si Anis yang terbaring di lantai.

"Jom selfie dengan dia, nanti kita post dekat laman sosial," cadang Syaf sambil tersenyum mesra. Hyper Squad dengan cadangannya.

"Okey, bernas idea kau tu. Tak tahulah pula aku ada kawan sepintar kau," sokong Yana sambil mengeluarkan telefon pintarnya yang berjenama Oppo dari poket. Mereka berselfie sakan dengan Anis yang sedang pengsan itu.

Ada apa dengan si Anis tu? Pasti dia sudah bangun dalam beberapa minit jika itu pura-pura. Tapi dah hampir sepuluh minit berlalu. Kenapa tak bangun juga? Kena angin ahmar ke macam mana ni?

"Kalau dia pengsan betul-betul macam mana kita nak jumpa cikgu? Lagi pun kita nak jumpa cikgu siapa?" Tanya Faizal dengan nada yang risau. Anis tidak menyebut guru siapa yang sepatutnya mereka jumpa.

Ramai murid lalu-lalang sambil memerhati si Anis yang terbaring di lantai itu. Nasib mak cik cleaner dah sapu, taklah kotor sangat.

"Ish, kau ni banyak tanya pulak! Apa lagi, kita chau je lah. Apa susah," marah Pris kepada Faizal. Faizal ni memang. Blur.

"Aku rasa Cik Drama Queen ni pengsan betul-betul tau!" Ujar Azizi selepas memerhati muka Anis yang pucat kelat.

"Jadi, apa yang kita nak buat dengan dia ni?" Tanya Mimi yang mula mengoncang badan Anis dengan kaki sebelah kirinya. Uish, kejam sungguh si Mimi ni. Takut Mimi hendak memegangnya, takut sakit dia ni merebak melalui sentuhan.

"Well, kita tinggalkan je lah dia kat sini, apa susah?" jelas Yana. "Nanti ada cikgu lalu, pandai-pandailah cikgu nak angkat dia ke apa." Tambahnya.

Harith yang dari tadinya diam, mula bersuara, "okey, tapi takut nanti budak-budak syak kita buli dia sampai dia pengsan pula."

"Kau tak payah takut sangat. Nanti apa-apa yang terjadi, kita suruh encik ketua yang jawab, ya?" Usik Pris. "Dahlah jom naik."

"Tak nak turun ke? Ceramah antidadah dah nak mula," Faizal sekadar mengingatkan rakan sekerabatnya. Eh, sebelum ni ada ceramah pun diorang tak turun. Dah tukar mood jadi budak baik ke bang? Hehehe.

"Ceramah? Bosan!" Balas Syida dengan sinis. Segala ceramah membosankan!!!!

"Setuju!" Balas mereka serentak. Hah, lantaklah cikgu nak denda diorang sebab duduk kelas. Sudah biasa dengar semua omelan cikgu.

"Naik je lah. Jom!" Ajak Mimi lalu memulakan langkahnya ke kelas.

"Tak apa ke kalau kita tak dengar?" Tanya Faizal lagi. Banyak tanyalah mamat poyo ni. Boleh dikahwinkan dengan Pris, dua-dua banyak tanya. Semua benda nak tanya.

"Ala, kau ni macam tak biasa pula." Ucap Yana. Mereka dah mula bosan dengan pertanyaan si budak blur ni. Bagi silat goyang itik nanti karang! Eish!

"Rileks je brader," balas Hafiz. Lalu mereka pun mula beredar naik ke kelas mereka.

*****

"Adib kau masih ada dekat kelas ni? Aku ingat kau dah turun bawah?" Tanya Harith.

"Saja je nak duduk sini lama-lama, seronok pula duduk sini seorang-seorang hadap papan putih macam orang tak waras. Eh awal pula korang naik?" Tanya Adib sambil membetulkan rambutnya. "Jangan cakap dengan aku yang korang dipaksa kena inject!" Seriusnya Adib. Adib memandang dengan tajam mata mereka satu per satu.

"First, kitorang okey je, sihat walafiat. Second, tak ada siapa paksa kitorang inject sebab tadi si Drama Queen pengsan time nak pergi jumpa cikgu." Jelas Mimi, cuba untuk menenangkan Adib yang mula risau.

Adib termenung untuk seketika apabila Yana memberitahunya Anis pengsan. Dia tahu apa sebabnya tapi dia tutup mulut supaya Hyper Squad tidak risau selaku mereka ingin jalankan ekspedisi di sekolah malam ini. Biarlah mereka lihat sendiri.

"Woi, jangan termenung. Jauhnya termenung. Dah sampai Eropah belum? Ke kau risau Anis pengsan. Wuuu" usik Harith sambil mengikat tali kasutnya.

"Ah, tak kuasa aku nak fikir pasal dia. Aku cuma risau." jelas Adib.

"Risau? Pasal apa?" Balas Syida. Berkerut dahi Syida apabila Adib risau tak tentu arah.

Adib hanya memandang mereka dengan muka yang kelat. Apakah dia patut mengikuti mereka menjalani ekspedisi tersebut untuk memastikan keselematan mereka sembilan?

bersambung................

TERUS HIDUP || DISCONTINUEWhere stories live. Discover now