BAB 11

6.2K 214 0
                                    

Adam terus memecut balik kerumahnya di kawasan pedalaman. Tetapi otaknya masih ligat berfikir apakah yang akan terjadii??..adakah dia benar benar jodohku?.

*****************************

Setibanya Adam di rumah.., ibunya Puan Salmah terus mendapatkan anak.

      "Bertuahhhh punya anakkk...., kata nak keluar sekejap nak beli tempe goreng...ni dah sampai ke malam..beli tempe ke goreng tempe?"

Puan Salmah memiat telinga anak sulungnya itu. Katanya mahu membeli tempe..tapi kesudahnya sehingga malam dia masih belum balik balik..risau dia dibuatnya. Ada telefon, bukannya mahu menjawab panggilannya. Ish..ish..ishh.. memang budak bertuah betul.

      "Aduhhh.., makk sakit.. 😥 ampunkan patik tuanku..ampunkan patikk..aduuduu.."

Adam mengeluh kesakitan..apalah nasibnya.

     "Haa..tahu pon sakit, yang kamu balik lambat ni, ingat hati mak tak sakit..?"

Puan Salmah melepaskan piatan tangannya.

      "Adam bukannya pergi mana pon, Adam pergi tolong orang tadi.." jawab Adam jujur.

muka Puan Salmah seperti singa garang merenung tajam ke mata Adam..

      "Alololo makk bucuk bucuk comel ni akucikucikuci...cakkk ....baa..😂😜 janganlah pandang Adam macam nak makan je...meh kita duduk kat kerusi tu.., Adam cerita segala galanya..dari A sampai Z ye mak.."

Gurau Adam...tapi ini adalah realiti..maknya memang comel bila marah..

      "Ish kamu dam.. macamm macam je..cepat cerita dekat mak"

      "Tadi kan mak...waktu Adam lepas beli tempe nak pergi ke kereta....."

Adam mula bercerita dengan serius. perkara ini bukan main main..ia melibatkan masa hadapannya. Ceritanya dari mula hinggalah habis Adam memberitahu maknya..dan dia tidak mahu tercicir satu bahagian pon.

      "Ha..sebab tulah Adam balik lambat.."

      "Kamu biar betul dam...habis kamu nak buat macam mana sekarang?" soal Puan Salmah.

      "Adam pon keliru mak..Adam buntu tak tahu nak buat apa." keluh Adam.

Puan Salmah mengusap belakang Adam..dia bagaikan boleh rasa situasi yang dihadapi oleh anaknya itu.

      "Mak faham situasi abang, mak tak kisah kalau kamu nak buat Wawa tu sebagai isteri kamu..tapi jika kamu buntu, nakkan kepastian..,kamu buatlah solat istikharah, minta petunjuk dari Allah. Adam dah besar.., Adam pandai buat keputusan..,mana yang baik, mana yg sebaliknya."

pujuk Puan Salmah. Baginya, waktu sekarang ini Adam memerlukan sokongan dan nasihat darinya.

      "Tapikan mak, kita tak kenal Wawa tu macam mana..., kalau perangai dia tak elok ke macam mana?"

      "Kita boleh bimbing dia Adam..dalam situasinya begitu, dia perlukan seseorang untuk berada di sisinya. Dia perlukan tempat untuk meluahkan segalanya dan masih memerlukan tunjuk ajar dari orang tua. Kamu fikir la baik baik ye Adam."

      "Baiklah mak...,"

      "Ha...Mak, Adik Adam bertuah sorang tu mana? dari tadi tak nampak batang hidung pon." pelik juga Adam..dari tadi tak nampak adiknya.

      "Nadirah??..dia ada dalam bilik tu tengah belajar...nak periksa dia tu.'

beritahu Puan Salmah

      "Oooohhh..." angguk Adam..

      "Oklah mak..., Adam nak masuk bilik, solat,mandi lepastu Adam nak tidur rehatkan diri.., mak jangan tidur lambat lambat ye...selamat malam.Assalamualaikum" Kata Adam.

       "Pergilah nak...selamat malam..waalaikumussalam."

Adam terus bangun dan berjalan menuju kearah biliknya..dia mahu bersihkan diri,solat dan seterusnya rehat...dia perlu tidur awal kerana dia ingin bangu pagi untuk melakukan solat istikharah..minta petunjuk dari Allah.

**********************

Wawa tersedar... dia  berada di dalam tempat yang sangat sangat gelap dan sejuk. Gelap gelita tanpa suluhan cahaya.

      "Aku kat mana ni?...tolongg..!"

Wawa berkeliaran tanpa arah didalam tempat yang gelap. Mahu pergi mencari pertolongan, dia sendiri tidak tahu dimana dia berada.

Tiba tiba muncul kelibat Encik Zam dan Puan Ainnur berpakaian serba putih tersenyum kearahnya.

Wawa terus menuju mendapatkan mereka dan terus memeluk mama dan papanya.

      "Papa..mama, Wawa rinduu 😭😭 mama dengan papa."

Puan Ainnur mengseka air mata Wawa sambil tersenyum.

      "Wawa, dengar sini cakap papa..papa sudah amanahkan imam terbaik untuk bimbing kamu ke syurga dan buat kamu bahagia selamanya. Kamu perlu taat dan akur kepada dia ye Wawa..Papa dengan mama sayang Wawa dan Amir sangat sangat."

      "Tapi siapa Pa..?" soal Wawa ingin tahu.

      "Dialah lelaki asing yang baru sahaja datang dalam hidup kamu..datangnya tidak diduga, membawa tanggungjawab untuk bimbing kamu."

Tiba tiba dalam keadaan gelap gelita tersebut wawa nampak kelibatt Adam dalam berpakain serba putih sedang tersenyum sambil menghulurkan tangannya kepadaku.

      "Abang Adam...?"

      "Gapai lah tangannya Wawa kerana sesungguhnya dialah imam yang akan membimbing kamu."

*******
Wawa terus tersedar dari mimpinya. Atau ianya merupakan satu petunjuk?

      "SubhanAllah.., Terima kasih Ya Allah diatas petunjuk-Mu."

Ucap Wawa menunjukkan tanda kesyukuran.

Suamiku Sweet Macam Gula Where stories live. Discover now