BAB 6

48.1K 2K 47
                                    


"Aku tak sangka, rupanya-rupanya Dr. Kimi tu suami orang." Wafa memulakan bicara sebaik kami sampai di rumah.

"Kan aku dah cakap dulu, nasib baik kau tak mengharap sangat dia tu." Aku jawab kata-kata dia sebentar tadi.

"Tapi kan, muka dia serius tak nampak macam dah kahwin langsung. Dari segi muka dia, dari segi badan dia yang sado tu, macam dia masih bujang." Wafa membuat onar. Pandai-pandai aje minah ni, Dr. Kimi nampak bujang mestilah dia jaga penampilan dia.

Aku diam saje. Tak balas pun apa yang dia membebel. Tiba-tiba bahu aku ditolak. Siapa lagi kalau bukan Wafa punya kerja.

"Apesal?" Suara aku sedikit meninggi. Mana aku tak marah dia tiba-tiba aje nak tolak bahu aku ni. Huh.

"Kau dengar tak ni apa yang aku cakap?" Wafa dah berpeluk tubuh. Gaya macam sarjan tengah arahkan anak-anak buah dia buat kerja.

"Dengar, cakap ajelah!"

Sedar-sedar aje kami dah sampai ke ruang tamu, dah duduk pun. Itulah, rancak sangat berbualnya.

"Comel bukan, anak Dr. Kimi tu?" Aku mengangguk setuju, memang comel pun budak tu. Pipi dia tembam macam pau!

"Aku rasa macam dah jadi peminat Hayla tu pula. Geram aku tengok!"

Dahi aku berkerut. Hayla?

"Dah siapa pula si Hayla tu?" Soalku. Wafa tepuk dahi seketika lepas tu sengih macam kerang busuk.

"Oh, lupa nak cakap tadi. Hayla tu anak Dr. Kimi lah." Aku angguk. Comel betul nama anak dia secomel empunya badan juga.

"Kau orang berbual apa aje tadi? Rancak semacam aje berbualnya." Spontan aje ayat itu keluar dari bibirku. Rasa macam nak cili pun ada juga mulut aku ni. Haish. Mesti fikir lain punya kawan aku ni. Sudah.

Seperti yang aku katakan, dia tersenyum senget ke arah aku. Aku buat-buat tak nampak aje dengan senyuman senget dia tu.

"Asal? Kau jeles ek?"

Rasa macam nak muntah hijau pun ada juga dengan soalan Wafa tadi. Aku jeles? Memang taklah.

"Sorry naik lori sikit ye makcik. Tak ada maknanya aku nak jeles. Tak kuasa kut!" Aku buat muka menyampah. Dia pula dah gelakkan aku. Tak habis-habis.

"Elok juga kalau kau jeles." Aku tercengang. Gila betul si Wafa ni.

"Banyaklah kau. Dia tu suami orang tahu tak? Mahu kena kejarlah aku dengan bini dia nanti."

Aku dah dapat bayangkan kalau aku kena kejar dengan bini dia tu nanti sambil bawa kapak. Aduh, merepek dah kepala otak aku ni.

"Dan lagi satu aku nak bagitau kau, kau tak rasa ke muka Hayla dengan Dr. Kimi tak sama? Kau rasa?" Wafa letak jari telunjuknya ke dagu. Macam tengah berfikir sesuatu.

"Entah." Acuh tak acuh aje aku jawab soalan Wafa.

"Yelah, kalau kau tengok betul-betul. Muka diorang tak seiras."

"Tak baik cakap macam tu, mana tahu anak Dr. Kimi tu ikut muka mak dia ke. Tak elok menuduh sembarangan," nasihatku kepada Wafa.

"Ye tak ye juga kau kan, apalah aku ni." Aku dengar dia mengucap.

"Dahlah tak payah cerita pasal Dr. lagi, karang terbatuk-batuk pula Dr. kita tu. Tak pun tergolek bawah katil pula Dr. kita tu nanti."

Wafa gelak. Aku pandang dia yang tiba-tiba saje gelak tak tentu pasal. 

"Asal kau gelak?"

Sambil gelak, Wafa sempat geleng kepala. Tak faham aku.

Aku kerling jam di dinding, dah nak masuk waktu maghrib. Sekejap aje lagi azan akan berkumandang.

Lecturer Paling 'Hot' Where stories live. Discover now