Bab 25

3.9K 130 1
                                    

Sejak menyaksikan persembahan berjudul Mephistos Erwachen semalam, Akmal hanya membisu. Semasa tiba di hotel juga Akmal tidak berbicara walau sepatah kata.

Sejak pagi tadi lagi Akmal sudah tiada di bilik, entah kemana.

Pelik.

Takkan sebab tu je dia terasa? Aish aku dah lah lapar ni, dia tak nak breakfast ke?

Kaira mengambil jaketnya, perlahan-lahan keluar dari bilik. Baru mahu merapatkan pintu, satu suara menerjahnya pula.

"Ha nak pergi mana?!"

Terkejut beruk Kaira dibuatnya, hampir sahaja dia bersilat di situ.

"Ish! Bagi salam dulu boleh tak?" kalau sakit jantung aku nih tak ke naya?

"Eh saya tanya tak jawab pun" katanya pula dengan wajah yang sinis. Eh amboi

"Saya nak keluar lah ni, tak nampak?" macam nak ajak gaduh pulak.

Tak tahu ke dah pukul 11 sekarang? Ee lapar tahu tak?

"Tak boleh"

Tak boleh?! Apa yang aku buat sampai tak kasi aku makan ni?!?!

Pintu biliknya dibuka semula. Baru hendak melangkah masuk, terjatuh melutut pula.

"Eh sayang!" Akmal segera mendapatkan aku.

"I need food............." ok buat muka comel plus kesian sikit.

"Hmm kita pergi makan okay?" yes!

Heh kalau tak berlakon tadi tak dapatnya aku keluar makan!

-----

Kaira mula terbatuk-batuk sejak malam semalam tetapi tidaklah terlalu teruk.

Akmal memimpin tangan Kaira yang kesejukan semasa mereka berjalan menuju ke Restaurant Demi Tass yang tidak jauh dari hotel.

"Bila lapar ni makin sejuk pulak" aku terbatuk lagi, ni betul-betul tau bukan palsu semata.

"Sayang okay tak ni?" soal Akmal kepadaku, perjalanan aku dan dia terhenti seketika. Akmal meletakkan tangannya di dahi dan di pipiku.

Memang rasa tak sihat tapi untung juga lah suami ni doktor.

"Hm awak demam lah sayang. Saya mintak maaf sangat sebab tak ajak awak keluar makan awal pagi tadi" Akmal membuka baju sejuknya, disarungkan kebelakang badanku. Uuuiihhh

"Eh awak sejuk lah nanti" aku hanya menahan diriku dari tersenyum. Malu plus bahagia ye

"Takpe"

Nasib baik juga di dalam Restoran Demi Tass itu mempunyai alat pemanas.

"Saya nak makan spaghetti! Hm dah lama tak makan"

"Eh tak boleh. Awak, kena makan bubur aje" Akmal menutup menu itu. Sampai ke sini aku melancong takkan nak makan bubur aje?

"Iyelah" muncung mulutku kerana tidak dapat spaghetti yang diidamkan. Spaghettiiiiiiiiiiiii

Tidak sampai hati pula Akmal melihat Kaira.

"Sayang ni, okay lah spaghetti. Tapi kali ni je okay? Malam nanti kena ikut menu saya pulak"

"Okay. Demi spaghetti"

Mereka tidak berbual apa-apa pun sambil menunggu makanan. Kaira hanya termenung.

"Kenapa.."

"Kenapa?" soal Akmal kebingungan.

"Kenapa semalam awak diam aje? Pagi tadi pun hilang entah kemana? Sanggup pulak tak kasi saya makan. Saya dah lah sakit" cebikku pula. Yalah, rasa sedih pula.

"Alala sayang ni. Takde apa pun lah. Sorry okay?"

"Sorry je dari tadi. Jangan sorry banyak kali. Ingat sorry ni boleh dijual beli?" sindirku pula. Tiba-tiba sahaja emosiku berubah.

"Kaira sayang, saya fikirkan something je sampai terlupa pasal makan. Yang semalam tu sebab letih. Okay?" Akmal tidak mahu Kaira berfikir yang negatif terhadapnya.

"Iyelah doktor"

Setelah makanan mereka tiba, Kaira makan dengan tenang. Tidak mahu memikirkan tentang perkara lain yang hanya menyerabutkan otak sahaja.

Hari demi hari bersama Akmal, sifat Kaira berubah. Semakin manja apabila bersama Akmal, hanya bersama Akmal.

Hatinya sudah terpaut pada hati Akmal. Tidak mampu berpatah balik lagi dek Akmal yang sangat lembut melayannya.

Akmal pula sudah kurang rasa malunya apabila bersama Kaira. Tetapi kini hanya ada satu perkara yang mengganggu fikirannya.

Macam mana aku nak bagitahu Kaira yang dia sebenarnya tak ada kanser? Kalau aku bagitahu, macam mana kalau dia benci aku nanti?

Eh, Jodoh ke Ni ?!?! (EDITING)Where stories live. Discover now