35

2.9K 56 0
                                    

seperti yang diberitahu, mereka balik ke rumah walid, syed mukhlis. kereta syed muqri tepat memasuki perkarangan banglo keluarganya. brek ditarik. enjin pula dibiarkan hidup. 

"tunggu sini, saya nak ambil barang." tanpa menunggu anggukan atau sebarang reaksi daripada maira, dia terus keluar.

"assalamualaikum ummi?" pintu yang terbuka luas diketuk. kepala dijenguk mencari tubuh tua kesayangannya.

"wa'alaikumusalam. muqri! mai masuk." laju puan hasmah mengajak. segera syed muqri masuk. memeluk ummi yang sudah berapa hari tidak bertemu. sungguh ini yang dia rindu. lama pelukan itu berbalas. puan hasmah meleraikan pelukan. 

"mana aira?" tanya puan hasmah. masuk seorang saja anaknya ni, tak bawa isteri ke.

"dalam kereta ummi, erm muqri. muqri ada buat dia marah." leher belakang digosoknya. silapnya juga melayan perempuan lain. ada betul kata syed irfa, pabila lelaki telah menjadi milik seorang perempuan maka segalanya yang ada milik perempuan itu. dia tersenyum sendiri.

"anak ummi ni, dah jadi suami orang pun cuba lah jaga hati isteri." geleng puan hasmah.

"dah, pergi panggil dia. pujuk masuk ummi ada masak ni. kita makan dulu ye? barang muqri semua ummi dah kemaskan dalam kotak."

"buat susah ummi je. muqri dah pesan kan takyah buat." mulut dimuncungkan. memang manja anak yang sorang ni.

"tak susah pun, ariz ada tolong sekali. nanti belanja dia apa apa, dah mintak balasan dah awal awal. ish pergi panggil aira tu kesian dia dalam kereta." bahu syed muqri ditolak lembut. tidak membantah dia mengangguk. 

belum pun sempat dia keluar untuk memanggil sang isteri, Maira mikayla sudah masuk memberi salam. senyuman indah gadis itu memenuhkan ruang mata syed muqri. dia menunduk.

"sorry lambat masuk ummi, aira tengok pokok kat depan tadi." sambil senyum dia berkata. ummi dipeluk erat. tidak janggal langsung kerana kasih sayang ummi dapat dirasainya walaupun status menantu dan mertua. 

"tak apa lah. ni aira duduk dulu ummi siapkan makan. pergi duduk sana." puan hasmah menyuruh. 

"aira tolong?" dia mula bertanya. puan hasmah pula mengangguk mengiyakan. sejuk mata memandang, syed muqri pun meninggalkan isterinya berduaan bersama ummi. dia naik ke atas untuk mengambil barang yang diperlukan. 

pintu dibuka, nampak syed muqriz sedang bersenang di dalam bilik bermain permainan video. syed muqri menegur. dia yang buka pintu pun tidak disedari adik sendiri.

"galaknya main." tegur muqri sambil berpeluk tubuh di sebelah pintu. laju syed muqriz menoleh. riang dia mengukirkan senyum. gelaran abang dijerit kuat.

"abang!" tiada perasaan malu langsung dia terus memeluk syed muqri. adik manja katakan.

"ariz dah kemas semua barang abang, so upah okay?"

"ye lah. nanti abang topupkan bagi upgrade kan sniper ye?" tawar syed muqri. tahu sekali adik lelakinya meminati permainan video lebih lebih lagi counter strike. memang masa lapang itu yang dihadapnya.

"yes! macam ni lah baru best."

"eleh, padahal nak save duit yang walid bagi."

syed muqriz mencebik. setaip kali berjumpa atau setiap hari pasti akan ada satu sindiran, namun apa yang hendak difikirkan, abang sendiri. terlebih biasa.

"mana barang abang semua?"

"dalam bilik abang tu." syed muqriz menunjukkan arah kotak tersebut. beruntung ummi seperti ini. baru aje berkata mahu pulang ambil barang, terus dikemas ummi segala barang yang ada. padahal sudah dipesan biar diri nya sendiri yang buat. dia menggeleng sebentar.

Terlanjur CintaWhere stories live. Discover now