Cannis lupus menyalak di kawasan hutan simpanan di mana berjalannya program perkhemahan pengakap pada hari ini. Ketika ini darah yang likat menitis di atas tumbuhan renek yang berada di sepanjang jalan menuju ke arah tapak perkhemahan tersebut. Pedang yang diseret di atas tanah meninggalkan kesan yang tipis di atasnya. Kemudian, mata pedang yang berdarah itu dibenamkan ke dalam tanah seraya lelaki itu berhenti berjalan. Mata coklatnya melilau memerhati enam buah khemah yang berada di hadapannnya dengan pandangan yang sinis. Lembaga yang tidak dikenali itu menari keluar mata pedang yang dibenamkan tadi dan menuju ke arah salah satu khemah yang berhampiran. Zip khemah dibuka. Dilihatnya tiga orang pelajar lelaki di dalam khemah tersebut. "Malam yang bertuah." Biacaranya sambil menjilat bibirnya.
Salah seorang daripada mereka terjaga apabila unggun api yang berada di luar khemah tersebut memancarkan cahayanya. Dia terkejut lalu terus duduk. Tangan kanan dan kirinya pantas menggongcang tangan dua orang rakannya yang berada di sebelahnya. "Wei, korang. Bangun. Bangunlah, wei." Panggilnya dengan wajah yang ketakutan.
Lelaki tersebut senyum sinis dan masuk ke dalam khemah. Pada masa yang sama dua orang rakan pelajar lelaki tersebut terjaga. Mereka masih mamai. "Kenapa?" Tanya salah seorang daripada dua orang rakan itu.
Pada masa yang sama, lelaki tersebut telah melibas pedangnya lalu memenggal kepala pelajar lelaki yang duduk pada mulanya tadi. Dua orang pelajar yang melihat kejadian tersebut terkejut dan menjerit. Manakan tidaknya, kepala rakan yang memanggil mereka tadi telah dipenggal oleh makhluk yang berpakaian hitam dan berpedang samurai. Mereka berundur ke belakang dan tersandar pada khemah.
"Meer. Meer dah mati." Ujar salah pelajar lelaki yang duduk di sebelah kiri mangsa. Kemudian, mereka melihat ke arah lelaki itu. Satu libasan dihayun dari atas, maka dua kepala dicantas sekali gus.
Semua zip khemah dibuka apabila mendengar jeritan mereka sebentar tadi. Cikgu Mazlan bersiaga dengan memegang sebilah parang. Begitu juga dengan Cikgu Taufik dan beberapa orang guru lelaki yang berada di situ. Manakala, guru perempuan pula menjaga pelajar-pelajar perempuan yang berkumpul di dalam satu khemah kerana mereka ketakutan.
"Siapa tu?" Soal Cikgu Taufik dengan suaranya yang lantang ketika menuju ke arah khemah yang telah menjadi tempat pembunuhan ngeri itu berlaku. Langkahnya berhati-hati ketika menghampiri khemah tersebut.
Sebilah pedang dicacakkan pada tanah sebelum pemiliknya keluar dari khemah tersebut. Kemudiannya, tiga kepala pelajar yang dipenggalnya tadi dicampak keluar dari situ. Beberapa orang pelajar lelaki dan pelajar perempuan menjerit apabila melihat kepala-kepala mangsa lelaki itu.
Setelah itu, lelaki itu keluar dari khemah sambil memegang sesuatu pada tangan kirinya. Ya, itu ialah jantung salah seorang daripada pelajar yang menjadi mangsa. Jantung yang dipegangnya tadi digigit sehingga darah terpancut keluar dari salurannya. Mereka yang melihat kejadian tersebut berada dalam ketakutan. Kemudian, jantung itu dicampak ke tanah. Pedang yang dibenam pada tanah ditarik semula. Masing-masing berundur apabila lembaga itu melangkah menghampiri mereka.
"Siapa kau?" Soal Cikgu Mazlan dengan beraninya. Parang pada tangan kanannya dipegang kemas.
Lelaki itu ketawa bagaikan ada jenaka di hadapannya. "DEATH" Pedang dilibas dari atas berkali-kali sambil langkahnya menghampiri beberapa orang guru lelaki yang berada di hadapannya. Siapa yang tidak bernasib baik, kepalanya akan dicantas.
Dua biji batu telah disasarkan tepat pada kepala lelaki itu. Dia segera pusing ke belakang dan mencari dalang yang membaling batu-batu tersebut kepadanya. Dilihatnya ke arah seorang pelajar lelaki yang berdiri di bekalang khemah yang menjadi tempat pembunuhannya tadi. Pelajar tersebut tampak cuak. Dia tidak tahu hendak lakukan apa-apa selepas membaling batu-batu tersebut kepada lelaki itu. Lelaki kejam itu menuju ke arah pelajar yang mencari masalah dengannya lalu mengejar pelajar tersebut apabila pelajar itu lari ke dalam hutan.
YOU ARE READING
LAUTAN ILHAMKU
Short StoryLautan Ilhamku memampatkan karya sastera antaranya pantun, sajak, seloka,cerpen dan seangkatan dengannya yang dicipta sendiri oleh saya, Harap anda terhibur. Sila komen. Terima kasih.