Mimpi Berry

4.1K 285 1
                                    

Bab 9 : Mimpi Berry

  Duniaku seakan-akan menjadi gelap. Semuanya serba hitam. Dari jauh , kelihatan seperti sesuatu cahaya putih menyinari dari mataku. Aku membangkitkan diri lalu mendekati cahaya tersebut. Aku menarik nafas yang panjang lalu memberanikan diri untuk menembusi laluan cahaya tersebut. Aku tergamam melihat keindahan kawasan tersebut. Sungguh cantik. Taman bunga yang dihiasi pelbagai bunga dan juga kecantikan rama-rama berterbangan tinggi. Aku terpukau dengan kecantikan taman bunga tersebut. Tiba-tiba , seseorang telah menepuk bahuku. Aku menoleh untuk melihat empunya badan.

"Hai sayangku Berry.."

  Aku tergamam melihat empunya badan. Seseorang yang sudah lama aku tidak lihat.

I-ibu...?

  Tanpa berlengah , aku terus berlari anak ke dakapan ibu. Pelukan hangat yang sudah lama tidak kurasai. Tangisanku mencurah keluar dengan lebat. Airmata mengalir ke pipi. Betapa aku rindukan kasih sayang seorang ibu. Aku tatap wajah ibu seketika. Ibu sangat cantik!

"Berry..jangan nangis ya. Ibu yakin Berry boleh kalahkan generasi 'werewolf'. Ibu nak Berry jadi kuat. Ibu sayang sangat dengan Berry. Berry tolong jagakan ayah untuk ibu ya? Berry jangan sedih lagi. Berry kena ingat ibu selalu dekat hati Berry"

  Aku tersentuh dengan kata-kata ibu. Ibu menyentuh pipiku dengan lembut lalu dikucupnya. Tangisanku masih belum berhenti. Aku memeluk ibu seerat-eratnya. Aku tak nak lepaskan ibu lagi. Aku rindu ibu sangat-sangat. Namun , kehangatan pelukan ibu semakin menghilang. Aku membuka mata. Bayangan ibu makin menghilang sedikit demi sedikit. Tangisanku makin lebat mengalir ke pipi.

"Ibu! Ibu nak pergi mana?! Jangan tinggalkan B-berry.."

"Selamat tinggal sayang.."

  Ibu mengukirkan senyuman manis ke arahku. Kelopak bunga mula mengelilingi ibu. Ibu melambai ke arahku sebelum bayang ibu dibawa pergi oleh angin yang lalu. Aku melutut. Ibu dah pergi. Kesedihan menyelubungiku. Aku kena kuat. Ibu yakin aku boleh bunuh generasi 'werewolf'. Aku membangkitkan diri lalu bernekad. Aku kena tunaikan hajat ibu. Demi ibu , aku akan berusaha.

Ibu akan selalu ada dalam hati Berry..

  Aku tersenyum sebaik teringat kata-kata ibu. Tiba-tiba , sesuatu cahaya putih mengelilingiku. Aku terkaku. Cahaya apakah ini? Cahaya tersebut berputar sekeliling diriku seperti angin. Selepas itu , mataku dipejam dan duniaku menjadi gelap semula.

"Berry..."

Eh. Suara tu macam aku kenal. Perlahan-lahan aku membuka mata. Aku dah kembali ke realiti semula! Aku mencari dari mana arah suara tadi. Aku memandang sekeliling. Aku cuba membangkitkan diri namun aku tidak mampu. Kepalaku berdenyut. Aduh. Mataku mengerling ke arah tanganku. Tanganku sudah digenggam oleh seseorang. Tapi siapa? Aku cuba menggerakkan jariku namun tenagaku seakan-akan tidak mencukupi. Aku cuba meneka empunya badan di sisi katilku lalu bersuara perlahan-lahan.

"J-jake...?"

  Empunya badan itu menoleh ke arahku. Betullah Jake and The Neverland. WAIT. Dia PEGANG tangan aku?! Aku cuba untuk melepaskan genggaman tersebut tapi apakan daya aku tiada tenaga untuk melakukannya. Jake mengukirkan senyuman lalu bersuara.

"B-berry...?"

  Aku merenung Jake seketika. Matanya merah menyala. Dia menangis ke?

"J-jake..aku kat m-mana?"

"Kat rumahlah"

"A-ayah mana?"

  Sebelum Jake mahu membalas percakapanku , seseorang telah memberitahuku dahulu.

"Ayah kat sini"

  Aku tersenyum lalu mendepakan tangan untuk meminta pelukan daripada ayah. Ayah mendekatiku lalu memelukku dengan erat. Aku tak akan kehilangan ayah pula. Ayah satu-satunya yang aku tinggal. Aku melepaskan pelukan lalu memandang sekeliling. Aku mula bersuara semula.

"Jake..apa jadi dekat aku?"

"K-kau pengsan"

  Suara Jake bercakap seakan-akan cuba menahan untuk tidak menangis. Aku mengangkat sebelah keningku lalu bertanyanya.

"Kau okay tak Jake?"

  Jake mengeluh. Aih kenapa pula mamat ni.

"Aku okay..? Mestilah okay! Cuma aku risaukan kau macam nak gila , kau tau"

"Aku tak tau"

  Aku menjeling ke arah lain. Saja nak kenakan dia. Haha.

"Ish. Kau nikan"

"Ye. Aku memang macamni"

  Jake hanya mendiamkan diri. Kau dah kalahlah. Aku menang hoho. Aku memandang semula Jake lalu bersuara.

"Macam mana aku boleh pengsan?"

"Masa kau tengah pulihkan ayah kau , kau gunakan banyak sangat kuasa kau. Bukan banyak , hampir seluruh kuasa kau. Aku tau kau nak bantu ayah kau dengan healing power kau. But jangan sampai nyawa kau terancam pula sebab tak gunakan kuasa kau dengan baik"

  Aku menganggukkan kepala sahaja. Aduh badan aku sakit. Aku merenung ayah seketika.

Tolong jagakan ayah untuk ibu ya..

  Aku tersenyum. Baiklah , ibu. Kesakitan di badan dan kepalaku menguasai sepenuhnya. Aku juga berasa begitu letih. Dengan sopannya , aku meminta izin dengan ayah untuk meninggalkan aku seorang diri. Aku perlukan masa seorang diri.

"Ayah..boleh tinggalkan Berry seorang diri tak? Berry nak tidur"

  Ayah mengangguk lalu melangkah keluar. Jake pula hanya tersenyum. Heh kau fikir aku nak kau temankan aku? Dalam mimpi kau je bro.

"Kau pun sila keluar Jake"

  Jake mencebik lalu melangkah keluar dengan hentakan yang kuat di kaki. Aku tak kisah Jake~ Aku tertawa melihat agenda Jake sebentar tadi. Sebaik sahaja semua sudah pergi , ketenangan mula hadir. Nyaman sungguh. Aku memejamkan mata lalu aku dibuai mimpi yang indah.

Daughter Of Light Where stories live. Discover now