Part 3

5 0 0
                                    


27 December 2013
Jumaat
Puncak Perdana

Manis duduk di hadapan seorang lelaki yang dia sangat rindui selama ini, lelaki yang ingin dia peluk erat, lelaki yang dia hutang banyak perkara,

"Papa..." Dato' Jamaluddin hanya mendiamkan diri, memegang surat khabar sambil membeleknya, tidak menghiraukan Manis sejak dari awal tadi lagi. Hari itu dia ambil cuti, kebetulan akan ada Majlis sambutan hari jadi Ziana, anak tirinya, waktu malam nanti. Kedatangan Manis yang tiba-tiba itu merupakan satu kejutan baginya, dia sendiri tidak sangka akan melihat anak gadisnya seperti itu pada hari itu. Manis yang dia lihat, 9 tahun yang lalu sangat berbeza, pucat terbaring dan sakit. Pada malam pelancaran syarikatnya July yang lalu, dia tidak berkesempatan untuk bertembung dengan Manis, dia hanya mendapat tahu Manis membuat persembahan piano pada malam itu. Manis tersenyum,

"Papa apa khabar? Sihat?" Dato' Jamaluddin masih diam. Manis masih tersenyum dan seketika kemudian dia mengalihkan pandangannya ke rumput di halaman rumah itu,

"Happy sebab dapat jumpa papa hari ni..." Nurul datang menghidangkan air kepada Manis,

"Silakan Manisah... jemput minum..." Manis tersenyum,

"Terima kasih aunty..." Nurul tersenyum,

"Berbuallah dulu dengan papa yer, aunty masuk buat kerja dulu..." Manis hanya mengangguk sambil memerhatikan Nurul berlalu pergi. Manis memandang kepada papanya itu, wajah itu ada sedikit perubahan, kerana usia.

"Terima kasih papa... sebab benarkan Manisah duduk kat kerusi ni hari ni... tatap wajah papa..." Dato' Jamaluddin diam, sambil membelek kosong surat khabar.

"Abang Munzir, dah kahwin... dengan Kak Linda... mereka bahagia" Manis memejamkan matanya, membayangkan wajah Linda di hari perkahwinannya.

"Abang dan kakak pakai tema warna purple, warna kegemaran abang dan papa..." masih tiada respon dari papanya.

"I'm pianist now..." Manis menghirup teh darjeeling yang berbau harum itu.

"Maafkan Manisah..." perasaan sebak menyerang jiwa Manisah ketika melafazkan kata-kata itu.

"Walaupun Manisah tahu, dosa dan salah yang Manisah buat selama ini, sesuatu yang tak dapat di maafkan, tapi Manisah masih nak minta maaf juga dengan papa..." Dato Jamaluddin menahan sebaknya, walaupun dia buat tak endah dengan Manis namun dia memang memasang telinga pada Manis. Dato Jamaluddin mengangkat tinggi surat khabar, melindungkan mukanya dari di lihat Manis.

"Manisah minta maaf sebab Manisah pentingkan diri, dan... rampas segalanya dari papa..." air mata Manis mengalir. Dia menyeka perlahan,

"Manisah kesal sebab tak dapat nak tebus kesalahan Manisah pada papa... pada Mama..." hiba seketika, membuatkan Manis terhenti seketika. Dia menarik nafas panjang dan memandang ke langit, mencari matahari pagi yang bersinar lembut pagi itu di sebalik awan.

"Kalau semuanya dapat di undurkan, Manisah pasti akan fikirkan sesuatu yang lebih baik dari tindakan Manisah sebelum ni... Manisah kesal dengan sikap Manisah, hingga menyebabkan..." sekali lagi dia terhenti, dadanya rasa sakit. Dato' Jamaluddin bangun sambil meletakkan surat khabar di atas meja, dia mahu meninggalkan Manis di situ. Namun Manis segera berdiri,

"Manisah... nak kahwin dah... papa..." berdegup laju mendengar kata-kata Manis, Dato Jamaluddin berdehem seketika. Manis tersenyum, dia dapat rasakan Dato' Jamaluddin mungkin terkejut mendengar berita itu.

"Manisah akan kahwin dengan lelaki yang Manisah cintai..." Dato' Jamaluddin melangkah pergi, Manis masih mengekor perlahan,

"Restuilah kami..." Manis kemudian berhenti dari mengekor papanya, dia menghelakan nafas lega, setelah memberitahu papanya perkara itu. Papanya berjalan masuk ke dalam rumah dan seketika kemudian hilang dari pandangan matanya,

          

"Maafkan kami papa..." lama Manis tercegat di situ memerhatikan pintu rumahnya. Seketika kemudian Nurul pula muncul dari dalam rumah,

"Manisah, makan tengah hari kat sini kan?" Tanya Nurul.

"Tak pe lah aunty, Manisah nak cepat, ada hal... Manisah nak beransur dah..."

"Tak tidur sini ke?"

"Thank you aunty, sorry... Manisah ada hal..."

"Makan tengah hari kat sini lah... malam ni ada birthday party Ziana, hopefully you can join..."

"Thank you aunty, tapi... Manisah memang nak cepat... just nak jumpa papa sekejap jer..." Nurul memegang kedua lengan Manis dan tersenyum lembut,

"Thank you for coming, Manisah..." Nurul memeluk Manis,

"He misses you so much..." Manis tersenyum mendengar kata-kata Nurul itu lagi,

"Manisah pun rasa lega, sekurang-kurangnya dia tak bencikan Manisah sebanyak dulu..." Nurul mengusap perlahan belakang Manis.

"Believe in me, one day, everything will be ok... he really loves you and miss you so much, dear..." Nurul meleraikan pelukkannya, dia menyentuh lembut pipi Manis, entah kenapa dia rasa sangat sayang dengan Manis, walaupun dia dan Manis tidak terlalu rapat. Dia rasa selesa dengan sikap Manis, menerima dan melayan dia dengan baik. Saiful keluar dari rumah dan terkebil-kebil melihat Manisah dan ibunya ada di taman rumah. Dia berjalan mendekati,

"Kak Manisah... lama dah ke sampai?" Manisah tersenyum melihat Saiful, wajah adik tirinya begitu persis dengan seseorang yang sangat dia kenali.

"Baru juga, tapi akak nak balik dah, singgah sekejap je..."

"Oh... malam ni ada birthday party Ziana..."

"Sampaikan tahniah kat dia yer, akak tak sempat nak jumpa dia, I'm rushing to go somewhere..."

"Oh ya ke, tak pe lah nanti Saiful sampaikan... ni akak naik apa ni?"

"It's okay, I'll search for teksi..."

"Tak pe lah, biar Saiful hantarkan..."

"Eh tak pelah Saiful, it's ok, akak can call teksi..." Manis tidak mahu menyusahkan adik tirinya itu.

"Ye lah Manisah, biarlah Saiful hantarkan... bahaya biarkan gadis cantik comel macam Manisah ni bersendirian, jenayah kat area sini dah makin meningkat..." Manisah tersenyum mendengar kata-kata Nurul itu.

"Tak pe lah aunty, Manisah tak nak susahkan Saiful..." kata Manisah.

"Tak de susah apapun kak, saya free pun sekarang ni... biar saya hantarkan akak ke mana-mana..." Manis terkebil-kebil seketika,

"Ye Manisah... please... accept for this only one thing? Can you?" Nurul menggenggam kedua-dua tangan Manis, dia berharap sangat Manis dapat menerima tawaran bantuan yang mahu di berikan oleh anak lelakinya itu. Manis diam agak lama, memandang ke wajah Nurul, dan juga Saiful.

"Oklah... sorry sebab Manisah susahkan aunty and Saiful..." Nurul rasa lega mendengar Manis sudi menerima pelawaan dari Saiful itu. Beberapa ketika kemudian Saiful dan Manis berjalan menuju ke kereta BMW M milik Saiful. Nurul juga masuk ke dalam rumah dan naik ke bilik bacaan, memerhatikan suaminya sedang berdiri di belakang langsir di depan cermin, memerhatikan anak gadis yang di buangnya 9 tahun yang lalu, berangkat keluar dari rumah itu. Lama Nurul memerhatikan lelaki yang telah di nikahi hampir 9 tahun itu juga, lelaki itu masih lagi tidak mahu memaafkan anak kesayangannya itu, walaupun di hatinya begitu merindui anak gadisnya itu, sangat menyayanginya.

Dato Jamaluddin mengesat perlahan air mata yang membasahi pipinya itu, perasaannya berbaur marah, rindu dan benci tika itu. Dia rasa lega melihat anak gadisnya itu sudah sembuh dan akan berkahwin, dia rasa gembira kerana anaknya itu kembali merasai kehidupan yang baik dan nampak sihat. Namun dia tetap enggan memaafkan apa yang telah Manisah lakukan sebelum itu, dia akui kehilangan semua ahli keluarga atas sikap pentingkan diri Manisah merupakan satu perkara yang dia tidak akan mampu melupakan dan memaafkan dengan mudah. Munzir juga turut meninggalkannya kerana mahu menjaga Manisah. Nurul tersenyum melihat suaminya itu, dia rasa lega kerana doanya selama ini di makbulkan Allah, iaitu agar Dato' Jamaluddin melihat keadaan Manis yang sudah sembuh itu.

Ziana yang baru sampai di rumahnya itu memerhatikan Saiful yang memandu keluar dari rumah dan di sebelahnya kelihatan seorang gadis. Dia memerhatikan sebaiknya gadis itu,

"Eh... Siapa tu? Takkanlah abang dah ada girlfriend kot..." Dia masih lagi menoleh memerhatikan kereta Saiful yang berselisih dengannya itu, namun agak samar-samar gadis di dalamnya. Ziana masuk ke dalam kawasan halaman rumah dan memarkir kereta. Dia berjalan masuk ke dalam rumah,

"Ma... siapa yang Saiful bawak tu?" Nurul tersenyum lebar,

"Manisah...." Ziana terkejut besar mendengar nama itu,

"Oh... diorang nak ke mana? I've got to call someone!" Nurul terkebil-kebil memerhatikan Ziana yang nampak kelam kabut mengeluarkan telefon bimbit sambil mencari-cari nombor,

"Kenapa ni Ziana?"

"Ma... abang ke mana?"

"Ma tak tahu, sebab Manisah pun tak beritahu tadi, call la Saiful..." Ziana mendail nombor telefon bimbit abangnya, namun beberapa ketika kemudian mereka mendengar bunyi deringan handphone Saiful di dalam rumah itu. Ziana mengeluh kecewa kerana Saiful tidak membawa bersama telefon bimbitnya keluar. Nurul resah melihat keadaan Ziana itu,

"Kenapa ni Ziana? Cuba cakap dengan mama... kenapa sebenarnya ni?"

"Actually, ada kawan Ziana nak sangat jumpa dengan Manisah ni... ada hal urgent yang dia nak bincang..." Ziana mengeluh dan menghubungi Tasya,

"Tasya, Manis ada kat Malaysia now, dia baru je keluar dari rumah I ni..." Tasya terkedu seketika, dia rasa berdebar-debar mendengar nama itu,

"Oh ya ke... dia ke mana?"

"Sorry I tak sure, tapi dia ada dengan Saiful sekarang. I'm sorry I really don't know where they're heading to..." Tasya diam agak lama, diam terduduk seketika di kerusi. Dia perlu mencari Manis, dan mungkin juga perlu mencari Fareez semula. e

Kenangan Manis Cinta Fareez - Bab 20Where stories live. Discover now