19 Ogos 2016 (Jumaat)
Mecca 6.50 pm
Malaysia 11.50 pm
Hari ni cuti. Tengah hari tadi aku solat jumaat dekat masjidil haram. Orang kabor pukul 10 pagi dah penuh dekat dalam. So 9.30 pagi kami dah pergi. Sampai lebih kurang pukul 10 lebih, punyalah ramai orang. Nasib baik sempat.
Dah selesai solat jumaat dalam pukul 1, semua berebut keluar macam semut. Aku tak tau la macam mana polis situ kawal crowd. Ramai gila woi! Setengah jam ambil masa nak keluar dari situ. Teksi pulak masa tu la nak markup harga lebih. Nak balik punya pasal terpaksa lah.
Petang pulak, aku jumpa satu tempat feveret untuk tengok sunset, bintang dan bulan. Rooftop apartment aku. Kebanyakkan apartment dekat sini memang akan ada rooftop. Atas Rooftop diorang ada tangki air. Setiap pagi akan ada lori air pam air ke setiap apartment.
Air bersih diorang ni bergantung sepenuhnya dekat lori air ni. Tak silap aku dekat sini tak ada jabatan bekalan air yang provide air direct ke rumah. Maybe sebab dekat area sini tak ada empangan atau air mengalir.
Cuaca petang dia tenang, panas, angin kencang lembut membawa udara sejuk. Sedap macam selumbung dengan toto dalam bilik aircond. Suam-suam kuku. Dari atas ni akan nampak tower clock yang dekat masjidil haram.
Depan apartment aku ada satu bukit. Bukit dekat sini kebanyakkan dia tak ada pokok. Cuma ada bukit bogel dengan pasir. Bukan nak kata ada orang yang gondolkan cuma dah memang natural dia macam tu. Matahari betul-betul akan terbenam di balik bukit tu. Sebab tu nampak cantik. Aku syak masjidil haram sebalik bukit tu.
P/s: Oh ya, tadi Chong Wei lawan Lin Dan. Berdebor nak mampus dah macam final. Lepas ni beregu pulak. Harap dapat emas lepas kemarau 60 tahun dalam olimpik. #GoForGold
YOU ARE READING
Cerita Dari Tanah Arab
AdventureSebuah jurnal 30 hari di tanah yang kering kontang.