Setan!

1.5K 43 8
                                    

"Mahbud. Cepatlah!!. Aku dekat luar rumah aok ni. Bersiap macam orang perempuan ni apahal."

Telefon pintar berjenama xiomi itu seolah-olah dijerkah dengan semahu-mahunya oleh Megat. Megat begitu bengang sekali. Dia sudah menunggu begitu lama sekali di luar rumah Mahbud

" Sabarlah sikit. Aku baru siap buang air besar ni. Tunggu kejap dekat luar tu. 5 minit lagi aku siap.", Jawab Mahbud. Jelas kedengaran suaranya dari corong speaker telefon pintat tersebut.

"Cepatlah setan!!! Wayang nak start dah ni. Sekarang dah pukul 11.50 malam ni. Karang terlepas. Dahlah ajak tengok cerita Upin dan Ipin, midnight pula tu. Buang tabiat gamaknya aok ni setan!!", Marah Megat kepada Mahbud.

"Aduhhh. Kejap-kejap", Mahbud berkata-kata dengan segera dan terus mematikan perbualan tersebut.

"Setan betul. Aku belum habis membebel lagi dia dah tutup. Jaga kejap dia lagi. Dia masuk kereta ni. Aku membebel sampai ke dalam panggung nanti", gumam Megat dengan geram.

Sementara menunggu Mahbud bersiap. Megat membuka laman Facebooknya.

"Ah, Nora dah terkeluar. Aku dah agak dah. Mesti dia yang terkeluar punya"

Belum pun sempat Megat ingin menaip di ruang komen page Siakap Keli berkenaan Nora terkeluar dari Gegarvanganza. Kedengaran tingkap keretanya di ketuk.

Tok..tok..tok

Megat mengangkat kepalanya. Mahbud tersengih dari luar. Sengihan dari Mahbud menyebabkan Megat bertambah baran. Dia membuka kunci keretanya dan Mahbuh terus masuk kedalam kereta.

"Tersengih-sengih. Setan betul aok ni. Kalau ikutkan hati aku ni. Aku tinggalkan je aok ni tadi", Marah Megat. Marahnya masih tidak lagi reda.

"Sudahlah membebel tu. Jom. Dah lambat ni", jawab Mahbud tenang.

"Eeiii aok ni. Macam setan. Dah buat salah. Rileks je macam tak buat salah apa-apa."

"Hehehehehehehe", Mahbud hanya tergelak melihatkan reaksi yang diberikan oleh Megat.

Pedal ditekan. Jarum meter kereta yang dipandu oleh Megat sudah hampir mencecah ke angka 120. Mungkin disebabkan mereka sudah agak lewat.

"Aoklah ni. Dah lambat. Setan betul. Lain kali kalau aok buat macam ni. Aku tinggal je aok. Faham tak ni", Megat menyambung leterannya. Namun apa yang lagi membengangkan Megat adalah tindak tanduk Mahbud yang hanya memalingkan mukanya ke arah luar tingkap.

"Grrrrr.. aok ni..... woii akuuuu caaa..."

~kau fikir kau siapa..fikir kau siapa..fikir kau siapa.. boleh belahhhhh~

Bunyi nada telefon milik Megat berbunyi. Megat mengambil telefonnya.

"Ah sudah. Nombor siapa pula ni tengah malam-malam ni", Megat menjawab panggilan tersebut.

"Hello"

"Hello Megat. Apasal aok tinggal aku?" Suara pemanggil tersebut kedengaran agak marah.

"Tinggal apa ni? Siapa ni. Aku tak kenal?" Megat menjawab dengan agak kehairanan.

"Akulah. Mahbud. Aku telefon guna telefon mak aku ni. Bateri fon aku habis."

Telefon milik Megat masih melekat di telinganya. Matanya meleret ke arah susuk tubuh yang berada di sebelahnya.

"Helloo..Megat? Kenapa diam woii? Jawablah. Aok kat mana ni. Aku nak tengok cerita Upin dan Ipin juga. Jangan tinggal aku" , Rayu Mahbud.

"Mahbud, aok jangan main-main. Jangan main-main Mahbud", nada suara Megat sudah terketar-ketar.

"Hehehehehehehehehehehehehhehehe"

Suara gelak itu jelas datang dari susuk tubuh yang berada di sebelah Megat. Wajahnya masih lagi tidak kelihatan kerana kepalanya masih lagi ditoleh ke arah tingkap.

"Si...sia...pa kau? Aaa..pa kaauu nakk?", Megat memberanikan dirinya untuk bertanya.

Suasana menjadi hening seketika.

" Berhati-hati dengan permintaan kauuuu wahai anak Adam", suara dari lembaga seakan-akan Mahbud itu semakin menyeramkan.

"Aaa..paa..yang..aaa ku min...taa?" Kali ini suara Megat hampir sudah tidak kedengaran lagi. Mukanya berpeluh. Raut wajahnya sudah bertukar menjadi pucat.

"Kau minta aku!!!!!!!! Syaitannnn yang kau sebut berulang kali tadi!!!!! Aku dah datang untuk menemani kau!!!"

Tamat.

Berhati-hati dengan percakapan kita. Mana tahu "ada" yang sedang mendengar.

SYAITANWhere stories live. Discover now