Marah

912 36 13
                                    


Aku melihat dari belakang seorang pemuda kurus tinggi sedang memaki hamun keseorangan. Aku melihat siapakah gerangannya mangsa maki hamun pemuda tersebut. Namun dari belakang pemuda itu, tiada kelibat susuk tubuh manusia yang sedang berhadapan dengan pemuda tersebut. Namun tindak tanduk pemuda tersebut seolah-olah menunjukkan dia sedang memarahi seseorang.

Bangsat!!!
Sial!!!
Bodoh!!!
Celakaaalah kau!!!

Kata-kata nista yang didengari. Kuat dan jelas. Aku berjalan melangkah perlahan menuju ke pemuda tersebut. Perasaan ingin tahu aku begitu kuat. Entah dari mana perasaan berani aku datang. Aku menghulurkan tangan aku lalu menyentuh bahu pemuda itu dari belakang.

"Saudara?"

Gila betul kan. Selepas memberanikan diri menyentuh bahu pemuda yang tidak dikenali itu. Aku menegurnya pula. Perasaan berani yang datang dengan secara tiba-tiba. Selalunya aku hanya mengeleng-gelengkan kepala apabila melihat perkara seperti tersebut berlaku sebelum ini. Namun kali ini tidak.

Pemuda tersebut berhenti memaki hamun. Keadaan menjadi hening seketika. Tangan aku masih berada di bahu belakangnya. Dia berpaling secara perlahan-perlahan. Terkejut bukan kepalangnya lagi aku.

"Aku!!!!!!!" Jerit aku.

Pemuda yang menyerupai aku terus mengungkapkan kata-kata yang sangat memberi kesan kepada aku.

"Ya. Aku adalah engkau ketika engkau marah. Manakala engkau adalah aku ketika engkau bertenang"

* Sahabat. Kita tak akan kenal diri kita apabila kita tengah marah. Apabila kita sedang marah. Toleh-tolehlah masa lalu. Mungkin kita akan berjumpa diri kita yang sedang marah pada masa dahulu dan mungkin terkejut dengan perkara yang kita telah lakukan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 07, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SYAITANWhere stories live. Discover now