HARI ITU

77 3 0
                                    

Hari itu,
Seperti sesuatu yang menyentap hati ini, yang melenyap segala segalanya dalam satu hari.

Hari itu,
Semua berkumpul seperti dia meminta untuk kami bersama nya walaupun sekejap.

Hari itu,
Kami masih disisinya, berbisik padanya, kalimah kalimah yang termampu diungkapkan dari mulut ini.

Hari itu,
Sesuatu yang hilang dan di carik carik dibawa jauh melayang, dan terbang.

Hari itu......
Ya,
Hari itu juga....
Semuanya rebah,
Tidak satu pun kukuh mampu berdiri,
Meratap di satu sudut sunyi.
Membiarkan suara dan bunyi esakan melayani hati.
Dan menerima segala ketentuan Illahi.

Dan hari itu juga,
Kami menerima dengan sepenuh hati,
Bahawa dia tiada lagi sisi.
Dan kini berada di sana menanti.

Sepucuk rindu kami utuskan padamu,
Al fatihah saling berganti setiap waktu,
Agar rohmu sentiasa diberkati dan dicucuri,
Di bawah Rahmat Agungnya Illahi.

Damailah disana.
Tenang
Dan,
Tunggulah kami semua.

Al Fatihah.






































SilensiWhere stories live. Discover now