Ikhlas

155 10 0
                                    


Semua benda atas dunia ni kita kena buat dengan ikhlas, baru berkat.

Hari ni nak cakap pasal ikhlas BELAJAR.

Nak tanya...

Kita sebenarnya belajar ni, untuk apa?

Sebab nak dapat A+??💯

Sebab nak dapat kerja yang bagus??👍👍

Sebab nak dapat pujian?👏

Atau sebab apa?😱

Oklah, semua di atas tu mungkin antara penyebab kenapa kita nak belajar.

Tak perlu tengok jauh, just tengok sekeliling korang dan fikir balik.

Cuba kita ingat, tahun ni punya result UPSR merudum mendadak. Betul kan??

Yang dari berpuluh riba ,hanya tinggal 4 ribu yang dapat straight A's.

Sis pun ada adik yang ambil UPSR tahun nie.(2016)

And, yes. Result dia tak berapa nak mantop sangat.

Well, mula-mula rasa agak kecewa. Sis sebagai kakak pun kecewa apatah lagi tuan punya badan kan??

Memang kitorang sekeluarga sedih, tapi bila umi cakap...

'Umi realise something. Kejadian ni buat kita fikir balik apa tujuan utama kita nak belajar.'

Masa tu baru sis fikir betul-betul.

Allah ciptakan manusia untuk beribadah kepadaNya.

Belajar pun antara ibadah yang penting untuk ditunaikan.

So, sepatutnya tujuan utama kita belajar adalah untuk menunaikan perintahNya.

Niat kita masa belajar ialah ' Aku ikhlas belajar kerana Allah'

Bila kita ada niat macam tu, automatically korang have a faith in Allah.

Because of that, Allah will help you to study cause you trust in him.

Allah akan mudahkan urusan kita.

Ustaz sis ada cakap, yang kita belajar selama ni ialah untuk mencari maklumat.

Segala yang kita dapat dan belajar kat sekolah adalah maklumat. Kita rasa belajar susah sebab memang maklumat tu berat.

Tapi kalau niat kita betul, ia akan bertukar menjadi ilmu. Ilmu ni ringan jer.

Tapi nak dapat ilmu susah, nak dapat kena ada usaha. Kena ada tawakal. Kena ada niat yang betul. Kena ikhlas, bukan sebab disuruh semata-mata.

Ok, tu je kot. Sorry kalau terkasar bahasa..🙏🙏

Bye👋👋

By,

nana-reo💗

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 09, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SENTAP🔥🔥Where stories live. Discover now