“Ladies and gentlemen. This is your co-pilot speaking. Welcome to Kuala Lumpur International Airport. Local time is 2.45p.m. On behalf of Malaysian Airlines and the entire crew, I’d like to thank you for joining us on this trip and we are looking forward to seeing you on board again in the near future. Have a nice day!”
Aku menghela nafas kelegaan. Habis sudah perjalanan yang mengambil masa 13 jam dari England ke Kuala Lumpur.
"You did a very good job, Adeeva." puji Kapten Tim disebelahku beserta senyuman. Aku membalas senyumannya.
Kapten berusia 50an tersebut kemudiannya keluar melalui pintu kokpit meninggalkan aku. Setelah mencapai flight cap, aku terus berdiri dan berjalan ke arah pintu kokpit.
Sebaik sahaja pintu dibuka, aku dikejutkan dengan satu gerangan bertuah.
"Ha, baru nak panggil tadi. Cepatlah keluar." ujar Lydia berdiri betul-betul dihadapan pintu.
Lydia Emyra begitu kemas dan segak menggunakan uniform stewardessnya. Rambut pula disanggul tinggi menampakkan lehernya yang jinjang.
"Pergi mana? Aku nak ambik luggage terus ni." soalku keliru.
"Alaa, ikutlah dulu. Diorang dah nak keluar dari sini dah." Lydia menarik-narik tanganku. Dia nampaknya benar-benar teruja.
"Siapa? Eee, kau ni." soalku mengangkat kening. Kemain kuat dia tarik tangan aku.
"Pemain-pemain bola sepak tu lah. Banyak gila yang handsome wey. Hampir semua stewardess macam histeria serve diorang." balas Lydia teruja. Pantang jumpa lelaki handsome.
Memang sebahagian dari passengers dalam flight tadi pemain-pemain dan coach diorang yang mewakili Malaysia. Diorang baru habis perlawanan bola sepak antara Malaysia dan England semalam.
Lydia masih tidak berhenti menarik-narik lenganku. "Cepatlah, Deeva."
Aku mengeluh lalu mengikuti langkah Lydia ke pintu pesawat yang telah terbuka. Terpampanglah wajah-wajah kacak pemain bola sepak Malaysia yang bersalaman dengan Kapten Tim.
Ada yang wajah seiras macam Aiman Hakim Redza, Harris Baba, Hafidz Roshdi, Alif Aziz, Fattah Amin, Alvin Chong, Lee Min Ho dan banyak lagi. Ni pasukan pemain bola sepak Malaysia ke barisan model-model kacak do?
Kapten Tim ku dengar sedang ketawa sambil menepuk-nepuk bahu pemain-pemain tersebut.
Seperti tersedar dengan kehadiranku, mereka semua mula mempamerkan senyuman kepadaku. Aku membalas senyuman dengan mengangguk. Bunyi siulan mula kedengaran terbit dari kalangan diorang.
Seorang per seorang pemain mulai keluar dari perut pesawat. Ada juga yang melambai-lambai padaku. Tidak lupa juga yang sempat membuat flying kiss.
Aku menggeleng-gelengkan kepalaku sambil tersenyum. Apabila kepala ditolehkan ke dalam pesawat semula, aku terpaku.
Mataku elok terhenti memandang pemain terakhir yang belum keluar. Dirinya ku tilik dari bawah sampai atas. Oh My Louis Vuitton!
Wajah dia.. memang sempurna. Ketinggian dia perfect! Wajah kacaknya persis tak lari dari gaya seorang model.
YOU ARE READING
Captain Perfect Ten
Romance"Tak takut ke bawa nyawa orang?" - NF "Awak bawa nama dan maruah negara, tak takut jugak?" - AA Pertama kali bertemu di Kuala Lumpur International Airport telah membuatkan dua hati terikat antara satu sama lain. Pertukaran nombor telefon telah menja...