Taehyung menghentikan langkahnya dihujung tangga. Dia melihat di astaka dimana kelihatannya Hoseok dan seorang pelajar perempuan sedang ditarik telinga oleh Mrs Jessi.
" Tch.. Apa sebenarnya berlaku ni? " soal Taehyung sendiri. Dia meninjau mereka berdua dari jauh.
" Buat apa? " Taehyung agak terperanjat apabila suara lain menegurnya. Dia menoleh dan menghembus nafas perlahan.
" Kau ni.. Terkejut tau tak? Kau buat apa kat sini, Jungkook? " soal Taehyung. Jungkook yang bersandar di dinding itu memandang Taehyung.
" Aku punya suka nak kemana pun.. "
" Geez ~~ kau tak masuk kelas ke? " Jungkook mengeleng kepalanya.
" Hmph.. Dahlah.. Aku nak masuk kelas. " kata Taehyung lalu beredar meninggalkan Jungkook. Jungkook pula memandang Taehyung yang memanjat tangga tersebut dengan renungan tajam. Yang amat sukar ditafsirkan mengapa.
» Meanwhile..
" S-saem!! "
" S-sakittt!!! TT "
Aileen dan Hoseok mengerang kesakitan kerana telinga mereka dipulas oleh Mrs Jessi yang sememangnya suka memulas telinga pelajar. Tak perlu guna rotan, pulasannya cukup berbisa.
" Kamu berdua buat apa kat tengah padang tadi ha?? Kalau nak bersilat pun, bukan kat sini! Aigoo.. Sekarang kamu masa apa kat kelas?! Kamu berdua ponteng ni kan!? " kata Mrs Jessi tegas. Hoseok mula mencebik mulutnya.
" K-kami.. Auw auw.. Jangan pulas sangat, saem!! "
" K-kami keluar kelas je.. S-sebab.. Auww auww.. "
" Hmm.. Kamu berdua berbeza kelas kan? Kamu berdua ponteng kelas then berpakat nak dating eh!? Ikut saya!! Sini.. " maka Aileen dan Hoseok diheret ke pejabat guru. Pulasan ditelinga mereka masih tidak dilepaskan.
***
" Kau punya pasal.. Kita kena denda kemas buku kat library.. " rungut Aileen sambil menepuk belakang badan Hoseok. Hoseok mendengus sambil mengetuk kepala Aileen mengunakan buku.
" Salahkan aku.. Siapa yang mulakan pukulan tadi? Aku setakat hantar surat prank je. Kau yang mengamuk macam musang hilang makanan! Erggh.. "
" Yaishh!! Kau yang buat tangan aku kotor balik untuk pukul kau! Terpaksa basuh lagi. " Hoseok memandang Aileen.
" Karut kau memang tak kena kan dengan topik kan? Dahlah.. Yang penting aku nak cepat habis then cepat balik kelas. Naik beremang stay lama lama dengan anak musang sini. " sindir Hoseok. Aileen geram dengan sindiran Hoseok. Kaki nya terus naik menendang kaki Hoseok.
" Janganlah musang! Library ni! Aku tak nak buat masalah lagi. " tegur Hoseok. Aileen mendengus geram dan tangannya mula mengemas buku buku yang berterabur tidak tersusun di rak.
" Woi, musang. "
" Apa. "
" Kelmarin kau pergi mana? Asal tak tunggu aku? " Hoseok mula membuka topik. Bosan kalau langsung tak buka mulut walaupun peraturan library tidak dibenarkan berbual.
" Dating. " jawab Aileen acuh tak acuh.
" Mwo? Dengan siapa? Kau curang dengan aku kan? " Hoseok merenung Aileen. Tangan Aileen mengena ke dahi Hoseok.
" Dengan bapa musang. Curang? Bila masa aku bercinta dengan kau? Propose pun tak pernah. " kata Aileen selamba. Hoseok diamkan diri. Jarinya menguis buku buku tersebut.
" Asal diam? Say something. Bosan ni. " kata Aileen tanpa memandang Hoseok kerana dia sibuk menyusun buku yang harus dipindahkan ke rak mengikut kategori.
" Kalau aku propose sekarang boleh? " Aileen angguk dan tersengih.
" Try propose pengawas sana. "
" Aku nak propose kau. " kata Hoseok, serius. Dia merenung Aileen yang turut memandangnya.
" Kau nak tak kalau kau jadi special girlfriend aku? "
- To be continued -
Hmm ( ̄∀ ̄)
Long time no update TT
THIS YEAR IM NOT FREE. REALLY T^T
Huwaaaaa
Vote / Comment ♥

YOU ARE READING
Marriage Siblings || jjk
FanfictionBerkahwin dengan abang sendiri? - " I'm bad because I want your attention. And I'm good because I do not want to lose you. So, love me back. "-jjk " I love you but you never notice it. Therefore, I am only able to protect you from harm. To signify m...