Bab 18

1.2K 72 13
                                    

"Dia ni rasa aku kecik-kecik dulu takde ramai kawan nih,dah tua-tua macam ni pun masih nak main sorok-sorok lagi.Sobar yo la nakkk"

Roslee memejamkan mata,semua perhatian dan tumpuan diberikan pada deria pendengarannya.Nasib baik telinga dia tu jenis telinga lintah,bukan jenis yang pekak badak..

"Kuatnya angin dari atas kepala aku ni.Nak serang dari atas ke?..macam-macam hal la dia ni,ikutkan hati...hmmm,mau aku sekeh-sekeh je pala dia.Biar mengong terus sebulan"

Apabila serangan Mamat hampir mengenainya,cepat-cepat Roslee mengelak ke samping lalu mengenakan sidekick pada bahagian dada lawannya itu.Mamat terhumban beberapa meter dan jatuh tertonggeng,pada saat itu badannya mulai kelihatan.

Bimbang reputasinya sebagai orang yang berilmu tinggi jatuh,Mamat segera bingkas bangun tanpa menunjukkan sebarang reaksi kesakitan.Tendangan Roslee seolah-olah tidak memberi kesan..mungkinkah ia kebal?.

"Cehhh...hampeh,lum apa-apa lagi dah tertonggeng.Alaahaiii...sakitnya dada aku,macam nak pecah rasanya"

Hehehe...idak kebal le tu gamaknyer ye.

Mamat mengatur langkah dengan lebih berhati-hati,kali ini ia tidak akan izinkan dirinya 'ditonggengkan' lagi.Cukuplah sekali..dengan kedua tangannya digenggam erat,ia meluru ke arah Roslee bagai peluru yang ditembakkan.

Serangan yang diatur amat mengelirukan..badan Mamat tiba-tiba sahaja berpecah kepada 5 dan ia menyerang serentak dari 5 sudut yang berbeza.

"Wowww...dia ni berguru dengan Naruto Shipuden ke?.Aduuu....mana satu ni?"..Roslee memicingkan matanya,namun dia gagal untuk menentukan yang mana satukah Mamat yang asli.Semuanya kelihatan sama.

Namun takdir menyebelahi Roslee bila tiba-tiba sahaja salah seorang dari Mamat-Mamat itu mengeluarkan bunyi yang tidak asing lagi..

Putttttttttttt....pokpek pokpek!!!.

Darah Mamat tersirap,ia seakan-akan tidak percaya pada bunyi yang baru sahaja dilepaskan secara tidak sengaja itu.Aura bunyi itu pantas menyerbu ke hidung,konsentrasinya terhadap serangan maut itu bergoyah.

"Lahanat punya buntut..time ni la ko nak kentut.Tak boleh ke ko tunggu kejap lagi?"

Akibat pulut santan binasa,akibat mulut badan binasa...dan akibat kentut,Mamat tertonggeng buat kali kedua.Penumbuk Roslee tepat mengenai rahang dagunya..

Demi menjaga ke'machoan'nya,Mamat berlagak selamba dan cuba bangun...namun bulan bintang yang berlegar-legar di ruang mata membuatkan ia terduduk kembali.

Matanya dipejam dan kepala digeleng beberapa kali bagi menghilangkan pening..namun di saat ia membuka mata,tinju Roslee sudah berada sejengkal sahaja dari mukanya.Angin yang terhasil dari tinju itu terasa menyapa lembut kulit wajah,nyawanya kini benar-benar di hujung tanduk!.

Namun apa yang difikirkan Mamat meleset,Roslee menghentikan serangannya...dan menghulur tangan untuk membantu Mamat bangun.

"Kenapa ko tak teruskan serangan ko tadi?!"..tanyanya pelik.

"Sahabat bukan musuh saya"...balas Roslee sambil tersenyum.

"Abang Mat..Abang Long!!!"..Kamal yang menyaksikan perlawanan dari awal lagi tadi melangkah keluar dari tempat persembunyiannya.Ia kelihatan sangat gembira kerana kedua mereka tidak berbunuhan sesama sendiri.

"Kamu?!"...Roslee yang memang mengenali Kamal terperanjat dengan kehadiran lelaki itu.

"Kamal?!...macamana ko tau aku ada kat sini?..lagi satu,ko kenal brader ni?!!"..Mamat yang ikut sama terkejut terus bertanyakan soalan.

"Hehehe...sori Bang.Saya follow Abang,mana la tau kot-kot Abang perlukan pertolongan saya"

"Abang Long...apa khabar?"

"Alhamdulillah...aku baik-baik saja.Kamu kenal ke ni sapa"

"Ini abang saya..Mamat.Abang Mat..kalau nak tau,ini la Abang Long yang saya ceritakan pada Abang tadi"..ujar Kamal tersengih.

Mamat dan Roslee pandang-memandang,kemudian mereka berbalas senyum lalu berpelukan.

"Ko memang hebat,aku mengaku kalah...dan aku mintak maaf"..Mamat menundukkan kepalanya,tak sanggup lagi dia menatap wajah lawannya itu.

"Kamu pun apa kurangnya..kalau tak kerana bom tadi,belum tentu lagi serangan tu aku boleh elak...hahaha"..gelihati Roslee bila teringat kejadian itu.

"Hahaha....itu la,kurang hajar benor buntut ni.Time macam ni,taknak pulak dia meletup..hahaha"

Kamal tumpang ketawa mendengar omelan mereka yang dihormatinya itu.

Tiba-tiba Mamat menekap dadanya,dan serentak dengan itu mulutnya memuntahkan darah.

Darah yang berwarna hitam pekat!..

Pahlawan Silam 2:Aku Berus LeeWhere stories live. Discover now