SiDaraMengintai.

492 14 3
                                    

Kayuhan basikal dilajukan...lorong2 kecil di perkampungan sawah padi itu diciloknya

Setiap yang menghalang laluannya pasti akan dipedajalkan

"Berambuslah itik! Tengah2 jalan ni kau nak buat duckwalk! Aku goreng karang!"

Terloncat loncat Mak itik dan anak2 nya dek sergahan lelaki itu yang hampir mahu melanggar mereka sekeluarga

Satu simpang dimasuki dan dia sampai ke tempat yang ditujunya

"Mak!"

Laung si Faq dari luar beranda rumah kayu bertingkat itu

Badannya penuh berlumpur menandakan dia baru lepas berkubang bersama kerbau kesayangannya, haris

Basikal yang dituntun tadi dicampaknya terus ke bawah

Badannya yang masih berlumpur dibawa masuk ke dalam kawasan rumah..ah mesti Mak marah kalau aku main terjah macam ni..

Biarlah..dia bukan tak biasa kena marah

Kelibat Mak dicari disetiap ruang rumah berkayu itu

Habis Kotor setiap ruang yang dijejak dengan kakinya

Alah! Kak Ros ada! Dia boleh tolong mop balik! Kahkahkah!

"Mak!"

Sepi..tiada langsung bayang Mak didalam rumah

Aduilah Mak ni..orang tak cari, dia ada, orang cari, dia tak ada..takkan pegi bergossip dengan Mak Senah kut?

Laju sahaja langkahnya dibawa ke luar rumah ingin mencari emak di rumah Mak Senah

Eh! Takkan aku nak berkunjung kesana dalam keadaan berlumpur lagu ni? Maunya heart attack Mak Senah rumahnya didatangi jembalang hutan

Telaga dibelakang rumah bertentanfan dengan jamban segera dijejaki

Kain pelikat disarungkan menutupi tubuhnya..bajunya yang penuh dengan Lumpur, ditanggalkan lalu dicampak ketepi

Dikembankannya kain pelikat itu paras atas dada

Entah kenapa dia pakai sedemikan rupa pun tak tahulah.. sudah terbiasa pakai macamtu..stail puteri gunung margastuwa bersiram di kaki sungai saja

Adakah aku tergolong dalam sepesis squidward?! (Sotong)

Hell no..sotong bukan aku

Aku batu..jiwa kental..belum songsang lagi yu!

Baldi telaga diturunkan..dicedok satu baldi air didalam telaga, dinaikkan dan dilalukan airnya disetiap tubuh

"Puurrr..Sejuknya weii!! Macam ais kutub!!"

Menjerit dia kesejukan..air telaga kampung.. Sememangnya asli dari bawah tanah..sememangnya sejuk dan berkualiti! Tak perlu ada pemanas air atau penyejuk air, segalanya asli disini

Rambutnya disabun dengan sabun buku Lux dibawah tepi telaga

"Lalalalalaalala~~ sabun disebelah jamban~~ sabunn~~"

Digosok gosoknya disetiap keseluruhan badan..umph! Wangi baq hang!

Dijirusnya badan sekali lagi sehingga bersih

"PROOOOOOTTTTT!!!!"

Satu angin kencang tornado kuas tiga darab dua terlepas dari bawahnya

"Pergh! Gempak Bhai!! Bau dia power gilalaa!!"

Bangga dia dengan pencapaian yang dilakukan

"Kencang dia kalah tendangan kencang Faiz Subri!"

Layu terus pokok bunga tanaman disekeliling rumah omaknya dek aroma bauan kentut edisi terhad

Kalau omak tanya, aku jawab jelah pokok dia kurang protein dan nutrisi

Mana taknya? Asyik minum air kosong je?! Takde pulak aku tengok pokok omak tu minum air bandung?!

Selesai membersihkan diri..kain pelikat dikemaskan lalu dia berpusing kebelakang

"Oh Omak Kau Masuk Parit!!!!!"

Terlatah dia apabila melihat seorang gadis berbaju kurung sedang ralit merakamkannya dengan telefon bimbit selang 10 kaki darinya

Tergelak kecil gadis itu melihat latahan Faq

Kain pelikat yang hampir terlucut ditarik kembali

Sebaik tak terlondeh, kalau tak aniaya je!

Luruh jantung dibuat!!

"Woiii!! Maghi kauuu!!"

Faq menuding ke arah gadis itu sambil cuba untuk berlari bersama kain pelikat yang terlondeh londeh

Namun gadis itu lebih pantas melarikan diri dan sekelip mata terus lesap!

Faq mengurut ngurut dadanya yang berombak

Buat pertama kali dirinya kena intai waktu mandi! Oleh si Dara pulak tuh!

Haihlah anak gadis sekarang ni lebih ganas yea? Terlobih lobih pula dari kaum lelaki!

Aku tahulah aku ni hensem..hot stuff kata omputeh

Amran anak Wak Dogol yang gigi mancung tu pun selalu Kena intai,
Jadi
Tak hairanlah aku yang kacak ni kena intai sekali!

Ohoi gadis kampung! Dimana kesucian iris mata ayumu?!

Cepat2 Faq melangkah masuk ke dalam rumah..risau satu anak dara kampung serbu rumah dia mengintainya Mandi lagi

Seriau omak!


Abang Gangster BerkembanWhere stories live. Discover now