CHAPTER 210 | YOUR OPPONENT IS ME

5.1K 387 15
                                    

🔸FLASHBACK🔸

🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸

"Cuba abang cari di sebelah sana! Saya rasa Aiden ada kat sana! Cepatlah!"

"Mana ada! Abang tak kesan bau dia kat situ!"

"Habis tu!? Gunalah hidung tu baik-baik! Ini semua salah abang tau tak!? Semua benda ni terjadi sebab abang!"

"Eh!? Asal pulak!? Lora suka cari salah orang! Salah sendiri tak nampak pulak!? kenapa Lora biarkan Aiden lari macam tu saja!?"

"Abang ingat saya gumiho lagi ke!? Saya tak laju macam serigala!"

Aku dan Loralyn berbalah sambil memecut ke depan! Rangkulan Loralyn terasa erat memeluk bahuku dari belakang. Aku melompat ke atas sisa bangunan batu sambil menjejak bau Aiden.

Aiden ni pun satu! Ke mana dia pergi!? Dari tadi aku dan Lora cari, tak jumpa-jumpa!

Ketika aku melompat ke atas gerai ikan, aku terhidu bau Aiden...

Dan juga...

Bau Hades...

"AIDEN KAT SANA! QUICK, LYCANS! SAVE HIM!" Loralyn memekik seraya menunjuk ke arah kiri! Dari jauh, aku melihat Aiden melarikan diri di celahan bangunan batu sambil memimpin seorang budak lelaki!

There you are!

Tanpa membuang masa, aku memecut ke arah dia! Loralyn bingkas melompat turun sebaik sahaja aku mendarat di depan Aiden. Budak serigala tersebut termengah-mengah mencari nafas.

"You damn kid! Mana kau pergi, huh!? Kau ni memang menyusahkan!"

"What!? Kau yang suruh aku cari ibu! Bapak tak guna! Really, i fucking hate you!"

"Sudahlah tu! Aiden...Ok...?"

Loralyn merangkul Aiden erat-erat. Budak serigala menjeling aku seraya membalas pelukan Loralyn. Aku memeluk tubuh memandang mereka berdua.

Tetiba...

Pandangan mataku tertacap pada lelaki serba hitam di depan. Dia berdiri kira-kira 100 meter dari kami. Aku mengorak beberapa langkah ke depan...

"Loralyn...Bawa Aiden dan budak lelaki tu ke Istana Imperial Wolf..." Aku memberi arahan dengan nada tegas. Loralyn mengangguk. Dia beredar bersama Aiden dan budak lelaki tersebut...

Alright...

This is it...

Merlin dan Deathwing uruskan Kraken. Aku pula uruskan si dewa tak guna ni...

Sound fair enough for me...

"Haha...Lycans...Your son...Aku kagum dengan dia...He look just like you..."

"Well, he's my son...Hurmm, urusan kita belum selesai, Hades...Its between you and me..."

Aku berkata seraya menggapai Sange dan Yasha dari belakang. Hades tersenyum melihat aku bersedia untuk bertarung.

Bilah pedang terhasil dari asap hitam. Si dewa kematian menghunus pedang kepadaku...

"Kau cuma serigala biasa, Lycans...Kau tak layak untuk bertarung dengan aku..."

"We'll see about that..."

Aku membalas seraya memacakkan pedang ke tanah. Hades memerhati gelagat aku dengan penuh minat. Tatu di belakang leher mulai bersinar biru...

"By the name of Lord Barathum, i am Lycanstrophes...The Twelve generation of the Legendary Hunter...Seeking for a pure strength..."

Hades mengerut dahi melihat aku mengucapkan kata-kata tersebut. Sange dan Yasha mula menghasilkan aura merah dan hitam...

"Let me protect my legacy...Let me protect the bloodlines...For i am, the legend of the hunter..."

Seusai aku menghabiskan kata, tanah merekah! Hades berganjak ke belakang! Asap biru memenuhi ruang suasana! Aura biru memancar ke langit!

"This is...Imposibble..." Hades tercengang apabila asap biru kian menipis. Aku berjalan ke depan. Sebilah pedang dengan ukiran tengkorak serigala tergenggam kemas di tangan...

Armor silver dengan ukiran serigala terhasil di tubuh. Kepala dilindungi topeng tengkorak manusia. Hembusan nafasku menghasilkan aura biru...

Setiap kali aku melangkah, segala serpihan batu tercampak ke sisi. Hades menelan air liur melihat aura yang terpacar dari tubuhku...

"Your opponent is me, Hades..." Aku berkata dengan suara garau. Pedang Excaviur dihunuskan kepadanya. Si dewa kematian seakan resah...

"What is this...?"

"This is...My god mode...This time, i kill you for real..."

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART TWO [C]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن