BAB 32

68 4 2
                                    

Gambar 1:Datuk Eizlan Yusof sebagai Dato Abdullah(Watak Jahat)

Ok tamat giliran Bella.Sekarang giliran Datin Marina.Datin Marina menunggu suaminya,Dato Zairi Abidin.Sudah pukul 11 malam,masih tiada bayangan suaminya.Dia tiada siapa hendak berbual,anaknya Rina dalam perjalanan balik ke rumah.Tiba tiba dia ternampak orang yang sangat dia benci sedang membawa beberapa beg rodanya dalam troli beg yang dia tak tahu kemana orang itu nak pergi.Datin Marina mengalihkan pandangannya supaya orang tersebut tidak nampak dia.Tiba tiba orang tersebut menegurnya daripada belakang,siapa lagi,Dato Abdullah lah.Beliau siap senyum kepada Datin Marina.Datin Marina pun terkejut

"Assalamualaikum Rina" Dato Abdullah memberi salam kepada bekas isterinya

"Waalaikumusalam"Datin Marina menjawab salam dengan mukanya tidak memandang Dato Abdullah

"Sihat?"tanya Dato Abdullah

"Sihat tak sihat ke?Kau kisah apa?"jawab Datin Marina

"Huuuu,marah nampak,tak rindu aku ke?"tanya Dato Abdullah dengan senyuman sinisnya

"Rindu?Eh kau mati pun aku takkan rindu kau"jawab Datin Marina dengan nada marah

"Hahahaha,kau kena sedar sikit,kau tu jangan sombong sangat,takut rezeki tak berpihak kepada kau"kata Dato Abdullah

"Aku kesah apa,sekurangnya aku takkan merempat tepi jalan macam mana kau buat dekat aku dulu"kata Datin Marina

"Masalahnya kau yang curang dengan aku,kalau tak aku takkan kahwin dengan Lisa,kau ingat aku nak sangat ke dengan Lisa?!"tanya Dato Abdullah

"Itu semua fitnah Dato Abdullah,kau nak tahu seorang suami takkan biarkan isterinya merempat tepi jalan hanya kerana difitnah,kau kata kau sayang aku tapi bila aku perlukan kau,kau guna jalan yang mudah"jawab Datin Marina

"Jalan yang mudah?Maksud kau?Ceraikan kau?"tanya Dato Abdullah

"Yes"jawab Datin Marina

"Sebab tu,kau nak benci aku?"tanya Dato Abdullah

"Bukan aku sorang je,anak aku pun bencikan bapa dia yang langsung tak bertanggungjawab"jawab Datin Marina

"Ohhh,bapa tak bertanggungjawab,hmmm tak apa,kau tengoklah nanti,aku akan pastikan kau dan anak kau serta suami kau merempat tepi jalan sekali lagi"Dato Abdullah memberi amaran kepada bekas isterinya

"Cubalah,aku tak takut,malah aku bersedia nak berperang dengan kau"kata Datin Marina

"Hahahahah,Goodluck bekas isteri"kata Dato Abdullah sambil meninggalkan Datin Marina keseorangan

"Aku akan pasti yang engkau jatuh dalam tangan aku Abdullah"Datin Marina mengomel apabila bekas suaminya sudah pergi jauh daripadanya

Badan Datin Marina sedang panas membara akibat terlalu marah kepada bekas suaminya.Dia amat berdendam dengan lelaki durjana tersebut begitu juga dengan isteri kepada lelaki durjana tersebut.Tetapi dia takkan membenci anak mereka iaitu Khairil kerana anaknya Rina masih sayangkan Khairil walaupun mereka berdua sudah berpisah.Tiba tiba ada orang menegurnya lagi,lelaki jugak

"Kau nak apa lagi?Pergilah daripada sini!!"kata Datin Marina yang hampir menangis

"Sayang,kenapa ni?Ni abanglah Zairi"kata lelaki tersebut

Datin Marina memandang ke arah lelaki tersebut.Ternyatalah suami dia sudah selamat sampai ke Malaysia.Bayangkan sudah sebulan isteri  tidak berjumpa dengan suaminya dan anak tidak berjumpa dengan ayah.Datin Marina hampir mengalirkan air mata sebab akhirnya dapat berjumpa dengan suami tercintanya.

"Abang,ini abang ke ni?"tanya Datin Marina sambil mengalirkan air mata

"Ini abanglah,abang pun rindu dekat Rina,Rina sihat?"tanya Dato Zairi

DENDAM KELUARGA MARINAWhere stories live. Discover now