Pintu kereta terkuak, terpacul seorang lelaki dari perut kereta Honda Accord berwarna emas berkilat-kilat seperti terintai-intai. Maya sedang berdiri di muka pintu menunggu buah hatinya masuk ke dalam rumah banglo mewah itu. En. Fariz dengan mata melilau takut-takut ada kelibat orang yang nampak dia datang ke sini dan masuk ke rumah abangnya itu. Kehadirannya adalah soal nafsu lelaki dan sudah sebulan dia tidak berjumpa dengan maya selepas pemergian abangnya Firdaus. Fariz akan datang ke banglo tersebut jika Firdaus ke luar negeri atau outstation. Dia akan mengambil kesempatan yang ada untuk bercekerama dengan kakak ipar merangkap perempuan simpanannya itu.
“Amir ada di rumah?” mata En. Faris melilau mencari kelibat Amir untuk memastikan projeknya kini berjalan lancar.
“Amir tak ada, dia keluar ke mana ntah. Saya pon tak sempat nak tanya.” Balas Maya dengan menjongket sedikit bahu tanda tidak tahu.
“kiranya line clear la nih. Saya nak masuk ni boleh ke? Awak sorang saje kan?” En fariz tersenyum gatal. Niatnya untuk memuaskan nafsunya dengan Maya kini tiada siapa akan menghalang.
“Abang ni macam tak biasa pulak, masuklah tak ade siapa dalam rumah, saya seorang sahaja.” Sambil menarik tali leher Fariz, Maya terus mencium pipi lelaki tersebut.
“sabarlah kalau ye pon. Tunggu lah kejap lagi. Boleh ambilkan saya air. Nak yang sejuk eh, tak nak air panas. Saya sudah kepanasan ni.” Fariz menolak dengan lembut tautan lengan Maya di pinggangnya membuatkan Maya tersentak, dia menuju ke arah ruang tamu rumah tersebut. Maya menggigit bibir tanda protest. Dia berjalan menuju ke dapur untuk membuat air untuk Fariz
Seketika kemudian, Maya datang membawa segelas air oren sejuk untuk kekasih hatinya. Selepas meletakkan air di atas meja di hadapan Fariz, Maya terus duduk di sisi Fariz dan melentokkan kepalanya di bahu Fariz. Fariz tersenyum lebar tanda puas.
“awak tak takut ke kalau arwah Firdaus tengah tengok kite sekarang nih?” sambil ketawa Fariz bertanyakan kepada Maya, geli hati agaknya.
“nak takut ape? Dia bukannye boleh halang kita, dia kan dah mati.” Sambil merengek manja, Maya membalas.
“kalau la dia datang dekat awak sekarang, mungkin dia dah jadi hantu. Lepas tu dia datang cekik awak” Sambil menunjukkan riaksi seram, Fariz mengusik Maya. Muka Maya berkerut dengan kata-kata dan usikan Fariz
“ish, mana boleh dia datang cekik saya seorang, dia mesti cekik awak jugak. Awak kan mastermind, mesti dia dah tahu rahsia awak” Mereka berdua ketawa sambil berkucupan.
“mesti awak terseksa zahir dan batin eh awak kahwin dengan dia.? Dia tu dah la tua, dah tak kacak lagi. Nasib baik saya ade, boleh bagi apa yang awak nak. Saya kan kacak” sambil mengangkat kening sebelah, Fariz memuji diri sendiri.
“mestilah, nasib baik abang ada. Tak adalah saya terseksa sangat.”Tangan Fariz menjalar ke seluruh tubuh Maya.
“abang.. jom naik atas, tak seronok la dekat sini. Terbuka sangat.” Maya bangun diikuti oleh Fariz. Mereka berlari dan berkejaran menaiki tangga. Kebahagiaan yang mereka kecapi sekarang tiada siapa boleh menghalang.
-----------------
Amir kehairanan melihat kereta bapa saudaranya berada di halaman rumah. Dia melilau mencari kelibat bapa saudaranya di luar rumah tetapi tiada seorang pun berada di luar. Amir mengesyak Bapa saudaranya itu mesti sedang bercekerama dengan Maya. Dia sudah mengetahui hal itu sudah lama. Tetapi dia tiada masa mahu menjaga tepi kain mereka. Dia tahu yang ibu tirinya itu bukan perempuan yang baik-baik.
Dia menolak pintu besar rumahnya itu. Tiada sesiapa yang berada di ruang tamu mahupun di dapur. Dia naik ketingkat atas dan menuju ke bilik ibu tirinya itu. Dia menguak pintu bilik ibu tirinya sedikit dan melihat ibu tirinya sudah tertidur tidak berbaju bersama dengan Bapa saudaranya. Amir menggeleng hampa.dia tidak mahu kecoh tentang hal ini. Tetapi sampai bila mereka mahu hidup dalam dosa besar begini.
Amir menutup pintu bilik ibu tirinya perlahan-lahan, dia tidak mahu mereka terjaga dari tidur. Dia tidak mahu mereka tahu yang dia sudah mengetahui skandal mereka itu. Dia berjalan longlai menuju ke bilik tidurnya dan menghempas badannya yang penat ke atas katil bilik tidurnya. Dengan tangan yang diletakkan di atas dahi, Amir mengerutkan dahi memikirkan perihal dosa yang ibu tiri dan bapa saudaranya lakukan. Amir terlena disebalik keresahan tersebut.
----------------