TERKEJUT

48 4 0
                                    

Setelah 4 bulan, si Hani tidak menyedarkan diri dan masih dalam rawatan dan Arsyaf telah lesap dan menjadi satu permata hitam kecil. Permata hitam tu adalah Arsyaf. Arsyaf yang tidak bernyawa

“Ruby, kau okay?”

Hazrul mengejutkan Ruby yang merenung pertama hitam yang bersinar

“tak. Aku tak okay”

Ruby menyimpan pertama hitam tu di dalam kotak kecil. Dan menyimpan kotak itu di dalam laci

“sebenarnya aku tak kisah pun kau okay ke tak cuma diorang ajak kau makan”

Hazrul berbicara dingin pada Ruby

“boleh tak aku nak peluk kau?”

Ruby menghampiri Hazrul. Hazrul teragak-agak untuk mengelengkan kepala tapi setelah dia melihat wajah Ruby yang tidak ceria lalu dia terpaksa mengangguk

“terima kasih”

Ruby memeluk Hazrul. Hazrul mengangkat tangan ke atas. Badannya seperti tidak merelakan dipeluk oleh Ruby

“aku rimas dengan diorang. Terlampau manjakan aku. Diorang buat aku macam budak-budak kecuali kau. Kau tak pernah layan aku macam tu.”

Ruby membisik sesuatu pada Hazrul. Hazrul tergaman. Ya, apa yang Ruby cakap tu betul. Disebabkan semua orang berusaha untuk membuat Ruby jatuh cinta, mereka semua terlampau manjakan Ruby. Selalu berkepit dengan Ruby

“habis kau nak aku buat apa? ”

Hazrul menolak badan Ruby yang berterusan memeluk dia

“kiss me”

Ruby mula berfikiran mengarut. Hazrul mengerutkann dahi

“huh! Kau dah merepek”

Hazrul membelakangi Ruby

“aku tahu kau sukakan aku. Aku tahu kau cemburu bila aku bersama diorang”

Ruby mengekori Hazrul. Hazrul terkejut dan menghentikan langkahnya

“otak kau dah masuk air loji!”

Hazrul tergelak dan meninggalkan Ruby. Ruby terkelu dan memdiamkan diri

Ruby akhirnya menuruni tangga menuju ke arah meja makan. Tempat semua berkumpul. Semuanya berada di situ sedang berjamu makanan

“Ruby! Come to papa”

Eunkwang menarik kerusi kosong bersebelahannya. Ruby akur dan duduk bersebelahan Eunkwang

Ruby memandang ke arah Hazrul. Hazrul tersenyum sinis pada Ruby

“saya nak beritahu korang sesuatu”

Ruby bersuara mendatar

“beritahu la”

Sunjae tersenyum pada Ruby

“saya akan menyerah diri pada vampire hunters memandangkan harapan untuk menang peperangan tu tipis”

Ruby bertindak jujur. Semua yang mendengarnya, mengelengkan kepala dan tidak setuju dengan cadangan Ruby

“kau tetap degil. Huh! Lantak la. Asalkan kau tak menyusahkan semua orang terutamanya pada aku”

Hazrul tenang menyuapkan makanan ke dalam mulutnya

“terima kasih sebab berjaya sakitkan hati aku”

Ruby menjeling tajam pada Hazrul

“garangnya changi aku”

Jimin membuat aegyo

Kerana Sayap-BTS & BTOB(hold)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora